Isnin, 16 November 2015

Ali Imran - Ayat 140 (Muka Surat 140)



 إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ
Jika kena kamu kesusahan daripada luka dan seumpamanya maka sungguh telah kena akan kaum kafir itu kesusahan umpama juga dengan perang badar kerana dibunuh mereka itu tujuh puloh perbuatan Khalid bin al Walid dahulu daripada Islam
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Dan demikian itu segala hari itu Kami palingkan dia antara manusia sehari menang bagi satu firqah dan sehari bagi lainnya supaya jadi pengajaran
وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
Dan supaya diketahui Allah akan segala orang yang mukminin dengan sebenar-benar daripada lainnya
وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ
Dan supaya diambil daripada kamu orang mati syahid hendak diikram permula mereka itu

وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ {140}
Dan Allah Ta’ala itu tiada kalimah Ia akan segala orang yang kafir menyiksa akan mereka itu dan barang yang dinikmat atas mereka itu istidraj melulu-lulu sahaja tiada jadi kebajikan di Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan