Selasa, 11 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 94



فَمَنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ {94}
Maka barang siapa berbuat-buat atas Allah Ta’ala akan dusta daripada kemudian yang demikian itu bermula mereka itu mereka itulah yang zalim sekelian dengan melampau had kepada yang batil.  

PENJELASANNYA
Maksudnya, barang siapa yang berdusta terhadap Allah dan mengakui bahawa Allah mesyariatkan bagi mereka hari sabtu serta berpegang kepada Taurat selamanya, bahawa ALlah tidak mengutus nabi lain yang menyeru kepada ALlah swt dengan membawa bukti-bukti serta hujjah-hujjah sesudah apa yang Kami terangkan, iaitu terjadinya nasakh dan apa yang telah Kami sebutkan itu benar-benar nyata.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan