Isnin, 6 Julai 2015

Ali Imran - Ayat 75



 وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ
Dan setengah daripada Ahli kitab itu mereka jika engkau aman akan dia dengan harta yang banyak nescaya menunai ia akan dia kepada engkau seperti Abdullah bin salam mengirim akan dia oleh seorang laki-laki seribu dua ratus uqiah mas maka mengembali ia kepadanya
إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ
Dan setengah mereka itu mereka jika engkau percaya akan dia dengan satu dinar sahaja nescaya tiada mengembali kepada engkau kerana khianatnya
إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ
Melainkan selama berkekalan engkau atasnya berdiri tiada tinggal akan dia maka segala tinggal akan dia engkar ia seperti Kaab bin al Asyraf kirim akan dia seorang Quraisy satu dinar maka ingkar akan dia
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ
Bermula yang demikian itu dengan sebab mereka itu berkata tiada atas kaya pada bangsa ummiyyin harta itu dosa kerana menghalal mereka itu zalim orang yang menyalahi agama mereka itu dan nisbah mereka itu akan dia kepada Allah Ta’ala
وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ {75}
Dan berkata mereka itu atas Allah Ta’ala akan perkataan yang dusta dan mereka itu ketahui sekelian bahasanya mereka itu dusta pada menisbah yang demikian keapda Allah Ta’ala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan