Isnin, 8 Jun 2015

Ali Imran - 57



وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ {57}
Dan adapun segala orang mukminin dan beramal mereka itu akan amal yang soleh-soleh maka lagi kami sempurna akan mereka itu akan segala pahala mereka itu dan Allah Ta’ala tiada kasih segala orang-orang zalim.

Diriwayat bahawa Allah Ta’ala suruh kepadanya awan maka angkat ia akan dia maka bergantung dengannya oleh ibunya dan menangis ia maka kata Isa baginya bahawa hari qiamat berhimpun kita adalah yang demikian itu malam lailah al Qodar di bait al Maqdis umornya tiga puloh tiga tahun dan disorih pada hadis ketika diangkat umur seratus dua puloh tahun dan hidup ibunya enam tahun dan dipakai Isa bulu dan nur dan ditinggal segala keinginan manusia dan sifatnya daripada makan minum tidur terbang ia serta Malaikat maka tatkala melihat segala sahabatnya yang demikian itu berpecah-pecah mereka itu tiga firqah suatu kata adalah Allah pada kita kemudian naik ke langit iaitu nama Ya’qubiah dan kata firqah yang lain adalah pada kita anak Allah barang yang kehendaki Allah kemudian di angkat kepadanya iaitu nasthuriah dan kata firqah yang ketika ada pada kita hamba Allah dan rasulNya barang yang dikehendaki Allah kemudian di angkat kepadanya mereka itu segala muslimin maka beratu dua firqah yang mula itu berperang dengan firqah yang ketiga maka membunuh mereka itu akan firqah yang ketika jadi hilang Islam hingga bangkit Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam riwayat syaikhan hadis bahawa Isa lagi akan turun ke bumi ketika hampir qiyamat dan menghukum ia dengan syariat Nabi kita dan membunuh ia akan dajjal dan babi dan muhajah akan agama solib dan buang jizyah tiada terima melainkan agama Islam semata-mata dan pada hadis Muslim ia duduk tujuh tahun dan pada hadis Abi Daud empat puluh tahun dan wafat di Madinah disembahyang atasnya di kubur dalam hijrah an Nabi sollahu alaihi wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan