Isnin, 24 November 2014

Al Baqarah - Ayat 272



(Kisah pada orang kafir) dan tatkala menegah Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam daripada sedekah kepada kafir musyrikin supaya Islam mereka itu… turun
لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ
Tiada atas engkau ya Muhammad hidayah mereka itu kepada masuk Islam hanya atas engkau itu menyampaikan sahaja
وَلَـكِنَّ اللّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
Dan tetapi Allah Ta’ala jua yang menghidayah akan mereka itu yang dikehendaki pada agamaNya
وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلأنفُسِكُمْ
Dan akan barang suatu yang kamu nafkah daripada kebajikan harta maka iaitu bagi diri kamu pahalanya
وَمَا تُنفِقُونَ إِلاَّ ابْتِغَاء وَجْهِ اللّهِ
Dan tiada kamu nafkah melainkan menuntut keredhaan Allah tiada kerana dunia
وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ
Dan akan barang suatu yang kamu nafkah daripada kebajikan sedekah harta itu lagi disempurna kepada kamu balasannya di akhirat
وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ
Dan kamu itu tiada dizalimi akan kamu dengan kurang balasan daripada amalannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan