Isnin, 24 November 2014

Al Baqarah - Ayat 125



وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً
Dan ketika Kami jadi akan ini baitillah مثابة tempat berulang-ulang bagi manusia daripada segala pihak bumi وأمنا dan tempat aman bagi mereka itu daripada zalim dan rampas samun yang jatuh pada lainnya
وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
Dan ambil oleh kamu daripada maqam Ibrahim itu tempat sembahyang dua raka’at sunat tawaf maqam itu tempat Nabi Ibrahim berdiri atasnya ketika bina baitillah Nabi Ismail unjuk batu.
وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
Dan telah Kami ambil janji kepada Ibrahim dan Ismail
أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Bahawa suci oleh kedua kamu akan rumah aku ini dariapda أوثان berhala bagi segala orang yang tawaf dan orang yang I’tikaf orang yang beruku’ sujud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan