وَلاَ
جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ
أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن
لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ
تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan tidak ada salahnya bagi kamu
tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan
(yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam
hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan
menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan
tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari
menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu
menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum
habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya,
dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
TAFSIR NURUL IHSAN
وَلاَ
جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء
Dan tiada mengapa atas kamu pada
barang yang kamu sendiri dengannya daripada meminang perempuan yang mati suami
dalam iddahnya seperti katanya innaki jamilah engkau cantik wa man yajid
mislaka siapa dapat semacam engkau dan robbi roghib fiki banyak orang gemar
pada engkau
أَوْ
أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ
Atau kamu sembunyi pada dalam hati
kamu qosad nikah mereka itu
عَلِمَ
اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ
Telah ketahui oleh Allah Ta’ala
bahawasanya kamu laki menyebut kamu akan dia dengan meminang maka harus bagi
kamu dengan sendiri
وَلَـكِن
لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً
Dan tetapi Jangan kamu janji akan
mereka itu sebut nikah dengan sorih hanya sendiri sahaja yang harus
إِلاَّ أَن
تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Melainkan bahawa kata akan kamu
perkataan yang baik-baik daripada ta’ridh tiada dengan tasrih sendiri meminang
tiada dengan sorih
وَلاَ
تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
Dan Jangan kamu azam atas aqad
nikah hingga sampai iddah itu akan masanya dengan lepas daripadanya
وَاعْلَمُواْ
أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya
Allah Ta’ala itu mengetahui akan barang yang dalam hati kamu maka takut oleh
kamu akan Dia dariapda iqob siksaNya
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya
Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Mengampunai dosa kamu laki halim dengan ta’khir
iqob daripada yang mustahaqnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan