الشَّهْرُ
الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى
عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُواْ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
(Mencabuli) bulan
yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang
dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada
balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap
kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang
dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah:
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Terjemahan Bahasa
Inggeris :
The forbidden
month for the forbidden month , and forbidden things in retaliation . And one
who attacketh you , attack him like manner as he attacked you . Observe your
duty to Allah , and know that Allah is with those who ward off ( evil )
TAFSIR NURUL IHSAN
الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ
Bermula bulan syahrul haram itu berlawanan hormat dengan bulan syahrul
haram itu dibalas dengan seumpama apabila dibinasakan dia.
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
فَاعْتَدُواْ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Maka barang siapa sahaja atas kamu maka sengaja oleh kamu ata dengan
seumpama barang yang sengaja ia atas kamu dengan perang pada tanah haran atau
dalam ihram atau bulan syahrul haram tampar dengan tampar pukul dengna pukul
tikam dengan tikan dengan tiada berlebih-lebihan
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada melebihi balasan dan sengaja
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ
مَعَ الْمُتَّقِينَ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala itu serta segala muttaqin
orang yang takut akan Allah dengna pertolongan dan menang perang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan