Isnin, 31 Mac 2014

Al Baqarah Ayat 191



وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Terjemahan Bahasa Inggeris :

And slay them wherever ye find them , and drive them out of the places whence they drove you out , for persecution is worse than slaughter . And fight not with them at the Inviolable Place of Worship until they first attack you there , but if they attack you ( there ) then slay them . Such is the reward of disbelievers .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ
Dan bunuh oleh kamu akan mereka itu kuffar di mana tempat kamu dapat mereka itu
وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
Dan keluarkan oleh kamu akan mereka itu dari mana tempat yang mengeluarkan mereka itu akan kamu arti Makkah dan sungguh telah diperbuat dengan meeka itu yang demikian itu tahun futuh Makkah.
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Dan bermula berbuat fitnah kufur itu terlebih besar kejahatan daripada berbunuh-bunuh di tanah haram dan dalam ihram dan bulan syahrul haram
وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ
Dan jangan kamu perang akan mereka itu pada sisi masjidil haram hingga perang mereka itu akan kamu padanya
فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ
Maka jika berperang mereka itu akan kamu padanya maka perang oleh kamu akan mereka itu.
كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Seperti yang demikian itulah balasan segala orang kafir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan