Isnin, 17 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 175



أُولَـئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُاْ الضَّلاَلَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

TAFSIR NURUL IHSAN

أُولَـئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُاْ الضَّلاَلَةَ بِالْهُدَى
Bermula mereka itu segala mereka yang tukar mereka itu akan dholalah dengan buang hidayah ambil sesat kufur buang Islam
وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ
Dan tukar azab dengan maghfirah arti tukar ambil ambil kerajaan azab buang kerajaan ampun dosa yang disediakan bagi mereka itu jika tiada mereka itu sembunyi hukum Allah
فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ
Maka apa yang terlebih kuat sabar mereka itu atas api neraka iaitu ta’ajub bagi orang yang mu’minin daripada mengerjakan satu yang mewajibkan neraka dengan tiada ambil hirau hendak taubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan