Isnin, 27 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 166



إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Tafsir Nurul Ihsan :

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ
Ketika melepas diri oleh segala mereka kepala-kepala yang diikut daripada segala mereka yang mengikut erti ingkar mereka itu kafir yang sesat akan sesat mereka itu yang mengikut jadi sesat

وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ
Dan melihat mereka itu akan azab Allah

وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
Dan putus dengan mereka itu oleh segala asbab perhubungan yang antara mereka itu pada dunia daripada Rahim dan mudah beri kasih / berkasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan