وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا
تَعْمَلُونَ
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka
hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah
berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Dan di mana tempat engkau keluar musafir ya Muhammad maka hadap olehmu akan
muka engkau pada sembahyang itu akan pihak Masjidil Haram dan bahawasanya
pekerjaan ini sungguh sebenar daripada Tuhan engkau.
وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan tiada Allah ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja
baik dan jahat dibalas dengansempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan