Isnin, 30 Disember 2013

Al Baqarah - AYAT 10




فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ
Pada dalam hati mereka itu sakit erti syak dan nifaq dengan Quran yang diturunkan kerana kufur mereka itu dengannya.



فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً
Maka ditambah akan mereka itu oleh Allah akan sakit dengan Quran yang diturunkan kerana kufur mereka itu dengannya.
وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan bagi mereka itu azab yang sangat sakit

بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dengan barang yang ada mereka itu dusta mereka pada kata mereka telah iman kami kerana tiada beriman mereka itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan