وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلاَّ
يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلاَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنْهُمْ فَلاَ
تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan
dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah
mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi
orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara
mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut
kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan
supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh
petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
Kata Pengarang Nurul Ehsan :
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ
وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
Dan di mana tempat
engkau keluar musafir Ya Muhammad maka hadap olehmu akan muka engkau pada sembahyang akan pihak Masjidil Haram
الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ
فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Dan di mana tempat ada
kamu hai muslimin maka hadap oleh kamu akan muka kamu pada sembahyang itu akan
pihaknya Masjidil Haram
لِئَلاَّ يَكُونَ لِلنَّاسِ
عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ
Supaya tiada ada bagi
manusia Yahudi dan kafir musyrikin atas kamu hujjah perbantahan pada berpaling
kepada lainnya daripada kata Yahudi Muhammad engkar agama kami ikut qiblat kami
dan kata musryikin Muhammad dakwa agama Ibrahim dan menyalahi qiblatnya
إِلاَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ
Melainkan segala mereka
yang zalim daripada mereka itu dengan menadamkan bahawasanya mereka itu berkata
tiada berpaling ia kepada ka’bah itu melainkan kerana cenderung kepada agama
bapa-bapanya
فَلاَ تَخْشَوْهُمْ
Maka jangan kamu takut
akan mereka itu
وَاخْشَوْنِي
Dan takut oleh kamu akan
daku dengan junjung suruhanku
وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ
Dan supaya Aku hendak
sempurna akan segala ni’matku atas kamu dengan hidayah kepada segala
tanda-tanda Agama Islam.
وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan mudah-mudahan kamu
dapat hidayah kamu kepada yang haq jalan agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan