Isnin, 2 November 2015

Ali Imran - Ayat 131



 وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ {131}
Dan takut oleh kamu akan neraka yang sedia bagi sekelian orang kafir bahawa di azab padanya


Ali Imran - Ayat 130



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ
Hai segala orang mukminin jangan kamu makan riba berganda-ganda akan sebagai berganda-ganda kamu tambah pada harta ketika tunai hutang dan kamu ta’khir hutang
وَاتَّقُوا اللَّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan tinggal riba
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ {130}
Mudah-mudahan kamu dapat kemenangan dengan syurga dan lepas daripada neraka

Selasa, 27 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 129



وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
Dan bagi Allah itu barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi milik dan kejadian dan hamba
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ {129}
Mengampun Ia bagi mereka yang dikehendakinya ampun dan mengazab Ia akan mereka yang dikehendaki azabnya dan Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Mengampuni bagi segala auliyaNya dan amat rahim bagi ahli taatnya