اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا
تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا
بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
TAFSIR NURUL IHSAN
اللَّهُ
لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ
Diberi Rasulullah itu Tuhan tiada Tuhan dengan
sebenar pada wujud zatNya melainkan Ia jua
الْحَيُّ
الْقَيُّومُ
Yang hidup berkekalan lagi yang berdiri pada tadbir
makhluqnya
لَا
تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ
Tiada ambil akan Dia oleh mengantuk dan tiada lena
مَا فِي
السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
bagiNya barang yang dalam tujuh petala langit dan
barang yang dalam bumi milik dan kejadian dan hamba
مَنْ ذَا
الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
Tiada seorang yang mensyafaat pada sisiNya melainkan
dengan izinNya
يَعْلَمُ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
Mengetahu IA barang yang antara hadapan mereka itu
hamba
وَمَا
خَلْفَهُمْ
Dan barang yang kemudian mereka itu daripada
pekerjaan dunia akhirat
وَلَا
يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
Dan tiada meliputi mereka itu hamba dengan suatu
daripada ilmuNya Allah Ta’ala yang ma’lum
إِلَّا
بِمَا شَاءَ
Melainka ndengan barang yang izin kehendaki dengan
khabaran segala rasul
وَسِعَ
كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
Telah luaslah oleh kursinya tujuh petala langit dan
bumi kata qil meliputi ulmuNya dan kata qil milikNya dan kata qil diri kursi
melengkapi atas keduanya kerana hadis tiada tujuh petala langit pada kursi itu
melainkan seperti dirham tujuh dilontar pada terasnya perisai
وَلَا
يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
Dan tiada berat akan dia oleh pelihara keduanya
وَهُوَ
الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dan ialah tuhan yang amat ketinggian atas makhlukNya
dan Amat kebesaran sabda Nabi Sollahu alaihi wasallam barang siapa baca ayat
kursi tiap-tiap lepas sembahyang fardhu nescaya tiada menegah masuk Syurga
melainkan mati dan tiada menggali atasnya melainkan siddiq atau abid barang
siapa baca akan dia apabila hendak tidur aman oleh Allah Ta’ala atas dirinya
dan jirannya dan jiran-jirannya dan segala rumah-rumah kelilingnya.
MENGENAI AYAT KURSI
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ibnu Hanafiah katanya :
"Ketika ayat ini turun, telah runtuh semua patung-patung di dunia dan
telah jatuh raja-raja di dunia beserta mahkota-mahkota mereka, dan para
syaitan bertempiaran lari sehingga mereka menemui Iblis dan mengadu
perihal kepadanya. Lalu mereka diperintahkan untuk menyiasat apakah yang
berlaku. Lalu mereka telah pergi ke Madinah dan mendapati bahawa ayat
Kursi telah diturunkan."
Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah
iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan
kehendak. Dalam ayat Kursi terdapat sejumlah nama dan sifat Allah SWT
yang melebihi ayat-ayat lain. Intipati nama dan sifat Allah SWT yang
berjumlah 99 itu diungkapkan dalam satu ayat iaitu pada ayat Kursi.
Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dengan
demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya
kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang Maha Hidup, yang
terus menerus mengurus serta mengawal keadaan hamba-Nya.
Allah, Dialah Tuhan yang tunggal bagi sekalian makhluk. Oleh itu, tiada
yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang
ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di
bawah kehendak dan kuasa-Nya, firman Allah bermaksud :
"Tidak
seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang
Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah
mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap
mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri"
(Maryam : 93-95).
Kelebihan-Kelebihan Amalan Membaca Ayat Kursi
Kelebihan-kelebihan ayat Kursi adalah ia merupakan penghulu bagi
al-Quranul Karim. Ayat Kursi juga boleh dijadikan doa untuk keselamatan
diri daripada gangguan makhluk halus. Ayat ini mempunyai beberapa
kelebihan yang tidak ada pada ayat lain.
Daripada kedudukannya dalam al-Quran,
sabda Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Abu Zar r.a,
"Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?"
Jawab Nabi s.a.w : "Ia adalah ayat Kursi"
(riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).
Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Nabi s.a.w :
"Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat
dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."
"Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi
ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan
melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).
"Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan
memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan
Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya
daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya"
(riwayat al-Nasai).
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana-Dia memelihara Nabi Muhammad."
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah."
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.