Rabu, 12 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 100

۞ وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
Dan bermula mereka yang hijrah pada jalan agama Allah nescaya dapat ia pada bumi itu tempat berpindah yang banyak tempat-tempat dan dapat kelapangan pada rezeki dan mendiri agama

ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ

Dan barang siapa yang keluar daripada rumahnya hijrah kepada Allah dan rasulNya keudian mendapatkan dia oleh maut di jalan maka sungguh telah jatuh wajib pahalanya atas Allah Ta’ala kata ulama’ demikianlah merek yang qosad kerja satu taaat kemudian lemah ia daripada sempurnanya

وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi kasih sayang

Selasa, 11 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 99 Ms 187

فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ
Maka mereka itu mudah-mudahan Allah Ta’ala bahawa memaaf mengampun daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Memaaf lagi Mengampuni

An Nisa' - Ayat 98 Ms 187

إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا
 Melainkan segala orang yang dhaif-dhaif daripada lelaki dan perempuan dan wildan kanak-kanak yang tiada kuasa mereka itu berpidah sebab tida nafkah dan tiada kuat berjalan dan tiada dapat mereka itu akan jalan kepada hijrah

Isnin, 10 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 97 Ms 187


إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ

Bahawasa segala mereka yang wafat akan mereka tu oleh Malakul Maut hal zalim mereka itu akan diri mereka itu dengan duduk serta orang kafir dan tinggal hijrah

قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ

Kata mereka itu apda apa satu ada kamu pada pekerjaan agama kamu

قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ

Kata mereka tu adalah kami dhaif pada dalam bumi Makkah pada mendiri agama

قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً

Kata mereka itu Malaikat tiadakah bumi Allah Ta’ala itu luas

فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ
Maka kamu berpindah padanya daripada bumi kafir kepada bumi Islam sunat pindah dari negeri kafir kepada negeri Islam jika dapat menzahir agama dan jika tiada nescaya wajib pindah

فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا


FirmanNya maka mereka itulah tempat kembali mereka itu neraka jahannam dan sejahat-jahat ia tempat kembali

Ahad, 9 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 96 Ms 187

دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ
Akan beberapa darjat setengah atas setengah daripada kemuliaan dan ampunan dan rahmat darpada Allah Ta’ala

وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Amat Mengetahui lagi kasih sayang bagi auliya’Nya dan ahli taatNya


Isnin, 19 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 95 Ms 186 - 187


لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ

Tiada bersamaan segala orang yang duduk daripada perang daripada orang yang mukmin yang iada empunyai dharar dengan lemah atau buta atau penyakit itu dan segala orang yang berperang dengan orang tiada berperang

فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ
Telah melebihi Allah Ta’ala akan segala orang yan berperang dengan harta mereka itu dan diri mereka itu atas segala orang yang duduk tiada berperang itu beberapa darjat fadhilat kerana bersamaan keduanya pada niat dan lebih mujahidin dengan perbuat kerja

وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
Dan akan tiap-tiap itu menjanji Allah akan hasani kebaikkan syurga

وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan telah melebihi Allah akan segala mujahidin atas segala yang duduk daripada perang itu pahaa yang besar-besar 

Rabu, 14 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 94 Ms 186

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا
Hai segala mereka yang beriman apabila musafir kamu pada berperang sabilillah maka ambil kenyataan oleh kamu hingga menyata muslim daripada kafir

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
Dan jangan kamu kata bagi mereka yang melontar kepada kamu salam itu tiada engkau beriman dan hanya kata kerana memelihara nyawa dan hartanya maka kamu bunuh akan dia

تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Kamu tuntut akan mati tanda hidup dunia rampasan

فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
Maka pada sisi Allah Taa’ala beberapa ghanimah yang banyak mengkaya akan kamu daripada bunuh kerana harta

كَذَٰلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
Seperti demikian itulah ada kamu dariapda masa dahulu dipelihara darah kamu dan harta kamu dengan semata-mata kalimah syahadah sahaja

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ
Maka mengurnia Allah ta’ala atas kamu dengan masyhur iman dan istiqamah

فَتَبَيَّنُوا ۚ
Maka apabila kenyataan oleh kamu bahawa jangan kamu bunuh orang mukmin dan perbuat oleh kamu dengan orang yang masuk Islam seperti barang yang diperbuat dengan kamu pada mula kamu Islam

إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Bahawasa Allah ta’ala adalah Ia dengan barang yang kamu beraqal itu amat mengetahui maka membalas akan kamu dengannya

Isnin, 12 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 93 Ms 185 - 186


وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا
Dan barang siapa bunuh akan orang mukmin dengan sengaja qosad bunuh dengan suatu yang memati pada ghalib

فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Maka balasan itu neraka jahannam hal kekal ia pada dalanya dan murka Allah atasnya dan melaknatkan dia daripada rahmatNya dan menyedia baginya akan azab yang besar-besar dalam neraka ini balasan jika menghalal bunuh atau jika dibalas pada ibnu Abbas atas zohirnya dan telah menyata oleh ayat Baqarah bahawa orang yang bunuh sengaja dibunuh dengannya dan wajib diat jika dimaaf daripada bunuh dan menyata sunnah antara ‘amad dan khoto’ satu bunuh dinama syibih al amd menyerupa sengaja iaitu bahawa membunuh dengan satu yang tiada memati tiba-tiba mati tiada qisas hanya diat dan turun tatkala lalu jamaat peperangan daripada sahabat dengan seorang laki Bani Saleem dan ia halau kambing maka beri salam ia atas mereka itu maka membunuh akan dia oleh Usamah bin Zaid dengan pedangnya dengan syak tiada Islam seperti Bani Saleem yang lain-lain lari sekelian

An Nisa' - Ayat 92 Ms 184 - 185


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ
Tiada sayugia seorang mukmin itu membunuh akan seorang dengan tersalah daripada qosadnya seperti qosad lontar perburuan atau kayu maka kena pada seorang atau pukul dengan stu yang tiada memati tiba-tiba mati

وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
Dan barang siapa membunuh akan seseorang dengan tersalah maka hukuman kena merdeka seorang hamba mukminah dan kena diat yang diserahkan pada ahli waris simati

إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا ۚ
Melainkan bahawa bersedekah mereka itu atasnya dengan maaf daripada diat dan telah menyata oleh sunnah Nabi bahawa diat seratus unta dua puluh binti makhadh dan demikian binti labun dan ibn labun dan haknya dan juz’ah atas ‘aqilah yang membunuh iaitu segala ‘asobahnya lain daripada asal dan furu’ dibahagian atas mereka itu yang kaya nisfu dinar yang pertengahan rubu’ dalam tiga tahun maka jika tiada mencukupi maka daripada baitulmal dan jika teruzur maka atas yang membunuh

فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
Dan jika ada yang kena bunuh itu daripada kaum seteru kamu dan ia mukmin maka kena meredeka hamba yang mukminah kaffarah dan tiada diat kerana ahlinya kafir harbi

وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ
Dan jika ada ia daripada kaum yang ada antara kamu dan mereka itu itu perjanjian seperti ahli zimmah maka kena diat diserah pada ahlinya iaitu thuluth diat mukmin jika orang yahudi atau nasrani dan dua thuluth ‘usyur jika majusi dan merdeka seorang hamba yang mukminah atas yang membunuh

فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
Maka barang siapa tiada dapat hamba maka puasa dua bulan berturut-turut atasnya kaffarah

تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
Disuruh yang demikian itu taubat daripada Allah Ta’ala

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Taala itu yang Amat Mengetahui lagi Amat Pandai pada tadbir makhluknya.

Isnin, 5 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 91 Ms 184


سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ يَأْمَنُوكُمْ
Lagi kamu dapati akan kaum yang lain itu menghendaki mereka itu bahawa aman mereka itu akan kamu dengan zahir iman

وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ
Dan aman mereka itu akan kaum mereka itu dengan menzahir kufur iaitu kaum Asad dan kaum Ghatfan Yahudi keliling Madinah Ar Rasul

كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ
Tiap-tiap dikembali mereka itu kepada fitnah syirik nescaya masuk mereka itu padanya dengan bersungguh-sungguh

فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
Maka jika tiada tinggal mereka itu akan perang kamu dan tiada melontar mereka itu kepada kamu akan sulhu

وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ
Dan tiada menahan mereka itu akan tangan mereka itu daripada perang kamu

فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ
Maka ambil oleh kamu akan mereka itu tawan dan bunuh oleh kamu akan mereka itu di mana tempat yang kamu dapati akan mereka itu

وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Dan bermula sekelian kamu itu telah kami jadi bagi kamu atas mereka itu kekerasan yang nyata atas bunuh dan tawan mereka itu kerana tipu mereka itu

An Nisa' - Ayat 90 Ms 183

إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
Melainkan segala mereka yang datang berhubung kepada kaum yang ada antara kamu dan antara mereka itu termeteri perjanjian dengan aman maka mereka itupun aman seperti barang yang mua’hadah Nabi sollahu alaihi wasallam akan Hilal bin Uwaimir al Aslakhi

أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَنْ يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ و
Atau mereka yang datang akan kamu sungguh telah picik oleh dada mereka itu daripada bahawa perang mereka itu akan kamu serta kaum mereka itu atau perang mereka itu akan kaum mereka itu serta kamu arti menegah diri mereka itu daripada perang kamu dan mereka itu maka janganlah engkau hadapan pada mereka itu dengan tawan dan bunuh dan ini ayat mansukh dengan ayat saif

َلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ
Dan jika dikehendaki Allah nescaya mengerasi ia akan mereka itu atas kamu maka perang mereka itu akan kamu dan tetapi tiada dikehendaki maka dilontar dalam hati mereka itu ketakutan

فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقَاتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
Maka jika meninggal mereka akan kamu maka tiada perang mereka itu akan kamu dan melontar mereka itu kepada kamu akan sulhu

فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

Maka tiada dijadikan Allah bagi kamu atas mereka itu jalan dengan tawan dan buuh

An Nisa' - Ayat 89 Ms 183

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ
Bercita-cita mereka itu bahawa jadi kufur kamu seperti kufur mereka itu maka jadi kamu iu bersamaan dengan mereka itu pada kufur

فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ
Maka jangan kamu ambil seorang daripada mereka itu perbuat beri perintah dan jika menzahir mereka itu iman sekalipun

حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
Hingga hijrah mereka itu pada jalan agama Allah akan hijrah yang sohih yang tahqiq iman mereka itu

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ ۖ
Maka jika berpaling mereka itu daripada beriman maka ambil oleh kamu akan mereka itu dengan tawan dan bunuh oleh kamu akan mereka itu di mana tempat kamu dapat akan mereka itu

وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Dan jangan diambil seorag daripada mereka itu perbuat perintahan dan pertolongan atas seteru kamu


Isnin, 29 Mei 2017

An Nisa' 88 Ms 182 - 183

۞ فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ
Maka apa kerana jadi kamu pada orang munafiqin dua puak

وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا ۚ
Dan Allah Ta’ala itu memaling mereka itu daripada perang dengan sebab barang yang usaha mereka itu dariada kufur dan maksiat supaya mereka itu tiada dapat pahala perang

أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ
Adakah kamu kehendaki bahawa kamu hidayah akan mereka yang telah disesat akan dia oleh Allah Ta’ala

وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Dan barang siapa yang menyesat akan dia oleh Allah Ta’ala maka tiada engkau dapat baginya jalan kepada hidayah

An Nisa' - Ayat 87 Ms 182

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
Bermula Allah itu Tuhan yang tiada tuhan melainkan IA jua

لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ
Demi Allah lagi menghimpun IA akan kamu pada hari qiamat yang tiada syak padanya daripada kubur kamu

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

Dan tiada seeorang yang terlebih benar daripada Allah Ta’ala perkataan dan tatkala kembali munafiqin daripada perang Uhud bersalahan sahabat Nabi pada mereka itu maka kata satu firqah (kumpulan) bunuhkan mereka itu dan kata ffirqah lain jangan maka turun

An Nisa' - Ayat 86 Ms 182

HUKUM JAWAB SALAM

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا
Dan apabila di tahiyyat ta’zhim hormat akan kamu kamu dengan satu kehormatan maka tahiyyat oleh kamu dengan yang terlebih baik daripadanya seperti dikata bagi kamu
السلام عليكم
maka kamu jawab
وعليكم السلام رحمة الله وبركاته
أَوْ رُدُّوهَا ۗ
Atau kamu kembali akan dia sebanyak perkataan sahaja tiada lebih wajib salah satu

إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Bahawasa Allah T’ala itu adalah Ia atas tiap-tiap sesuatu menghisab maka membalas IA atasnya setengah daripadanya jawab salam dan telah menentu oleh hadis dengan tiada wajib jawab salam kafir dan orang bid’ah dan fasiq dan atas orang qoda hajat dan orang dalam hamam (tandas) dan orang tengah makan tetapi makruh dan dikata bagi kafir

وعليك
dan atas engkau kerana ia apa yang 
السام عليكم
erti mati

An Nisa' - Ayat 85 Ms 181- 182

مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا ۖ
Barang siapa syafaat akan satu syafaat yang baik antara manusia yang muwafaqah bagi Syarak nescaya adalah baginya bahagian pahala padanya

وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا ۗ
Barang siapa mensyafaat akan satu syafaat yang maksiat menyalahi bagi Syarak nescaya adalah baginya bahagian dosa daripadanya

وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُقِيتًا

Dan adalah Allah Ta’ala atas tiap-tiap sesuatu amat kuasa maka membalas Ia tiap-tiap seorang dengan amalannya.

An Nisa' - Ayat 84 Ms 181

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ ۚ
Maka perang olehmu Ya Muhammad pada jalan agama Allah Ta’ala tiada engkau berani melainkan diri engku sahaja yakni perangkan dan jika seorang engkau sekalipun dan jika engkau dukacita sebab tiada bersama-sama mereka itu engkau jua yang menang
وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
Dan gemarkan olehmu Ya Muhammad akan segala orang mukminin atas berperang kafir
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Mudah-mudahan Allah Ta’ala bahawa menegah akan kekuatan segala orang kafir
وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا
Dan Allah Taa’la itu terlebih sangat kekuatan dan terlebih sangat azab daripada mereka itu maka sabda Nabi sollahu alaihi wasallam
والذي نفسي بيدي لاخرجن ولو وحدي

Demi diriku dengan qudratnya sungguh aku hidup keluar dan jika seorang akupun maka keluar ia dengan tujuh puloh rakib kepada Badar Sughro maka menegah Allah akan kekuatan orang kafir dengan masuk ketakutan pada hati mereka itu dan Abi sufyan daripada keluar

Rabu, 24 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 83 Ms 181

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ
Dan apabila datang akan mereka itu oleh pekerjaan tentera Nabi sollahu alaihi wasallam
مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ
Daripada aman menang atau takut hazimah pecah perang
أَذَاعُوا بِهِ ۖ
Nescaya berkhabar-khabar mereka itu dengannya turun ini pada orang munafiqin atau mukminin yang dhaif-dhaif mereka itu perbuat demikian itu maka jadi dhaif hati orang mukminin dan menyakiti nabi
وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ
Dan jika kembali mereka itu pekerjan itu kepada rasulullah dan kepada sahabat yang besar-besar yang empunya pekerjaan daripada mereka itu
لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ
Nescaya mengetahui akan dia oleh segala mereka yang ambil perati akan dia daipada mereka itu adakah boleh berkhabar-khabar dengannya atau tiada
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan jika tiada kurnia Allah Ta’ala atas kamu dengan Islam dan rahmatNya dengan Quran nescaya kamu ikut akan syaitan pada mengerja maksiat melainkan sedikit orang dapat hidayah dengan aqal pada ma’rifat Allah dan tauhid Allah seperti Qais bin saadah dan warakah bn Naufal dan Umar bin thaqil yang ada ia atas agama Isa dahulu daripada Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.

Isnin, 22 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 082 Ms 180 - 181

 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ
Maka apa kena tiada ambil tadbir berfikir mereka itu akan Quran supaya diketahui amar dan nahinya
وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Dan jika ada Quran daripada lain Allah Ta’ala nescaya dapat mereka itu padanya berlawanan yang banyak hukum dan makna dan nizam

An Nisa' - Ayat 081 Ms 180

 وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ
Dan kata mereka itu munafiqin taat kami bagi engkau ya Rasulallah
فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِنْدِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ
Maka apabila keluar mereka itu daripada engkau nescaya bercita-cita satu toifah daripada mereka itu akan lain perkataan yang dikata bagi engkau daripada toifah itu
وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ
Dan Allah Ta’ala itu menyuruh barang yang meeka itu cita-citakan
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
Maka berpaling olehmu daripada mereka itu dan berserah engkau atas Allah Ta’ala maka ia memadai akan dikau
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan memadalah dengan Allah Ta’ala itu tempat wakil mufawwadh akan dikau