Ahad, 28 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 13 Ms 213 Baris Ke 8 Dari Bawah

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ
Maka dengan sebab batal mereka itu akan perjanjian mereka itu telah kami laknat akan mereka itu kami jauh mereka itu daripada rahmat kami syurga
وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ
Dan kami jadi hati mereka itu keras tiada mahu beriman dengan Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam
يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ ۙ
Menukar mereka itu akan kalimah Allah dalam Taurat daripada sifat Nabi Muhammad dan lainnya daripada segala tempatnya yang Allah Ta’ala hantar padanya
وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ
Dan lupa mereka itu akan bahagian daripada barang yang diperingat mereka itu dengannya dalam Taurat daripada ikut Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam
وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۖ
Dan sentiasa engkau memandang ya Muhammad atas khianat daripada mereka itu selama lama melainkan sedikit daripada mereka seperti Abdullah ibnu Salam dan kawannya yang Islam
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۚ
Maka memaafkan olehmu daripada mereka itu dan berjabat tangan olehmu
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Bahawasa Allah Ta’ala itu kasih akan segala orang yang berbuat baik ini ayat mansyukh dengan ayat suruh perang