Selasa, 13 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 32 Ms 221 Baris ke 10 Dari Atas


 مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Daripada kerana yang demikian itu perbuatan qabil membunuh habil itu telah kami fardhukan wajib atas bani Israel
أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ
Bahawasanya barang siapa yng membunuh satu nyawa dengan tiada sebab bunuh nyawa waris atau dengan tiada sebab berbuat fasiq dalam bumi daripada kufur atau zina atau menyamun dan seumpamanya
فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
Maka seolah-olah membunuh ia akan manusia sekelian
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ
Dan barang siapa yang menghidupkan akan dia maka seolah-olah menghidup ia akan manusia sekelian daripada sekira-kira binasa hormatnya dan pelihara maka binasa hormat seorang seperti binasa hormat orang kesemua demikin jua peliharanya
وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ
dan sungguh telah dating akan mereka itu bani Israel itu oleh beberapa banyak rasul kami dengan beberapa banyak mukjizat empat ribu rasul antara Musa dan Isa kata setengah tuJuh puloh ribu kemudian bahawa kebanyakan daripada mereka itu kemudian daripada yang demikian itu sungguh melampaui sekelian akan had hukum Allah dengan mengerja perkerjaan yang jadi kufur dan membunuh orang dan lainna yang demikian itu

Al Maidah - Ayat 31 Ms 220 Baris Ke 6 Dari Bawah



فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ
Maka membangkit Allah Ta’ala akan seekor burund dindang mengorek akan tanah dengan paruhnya dan dua kakinya dan kambus akan dia atas burung dindang yang mati sertanya dalam lubang hingga tertutup ia
لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ ۚ
Supaya memperlihat akan dia qabil betapa menutup ia akan kemaluan saudaranya
قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ
Kata qabil hai kebinasaan aku telah gemahlah aku bahawa jadi aku seumpama burung dindang ini
فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي ۖ
Maka aku hendak tutup akan kemaluan saudaraku
فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ
Maka jadilah ia daripada jumlah segala orang yang menyesal atas galinya dan korek lubangnya dan kambusnya dan jadi hitam tubuh qabil dan melepas diri daripadanya oleh dua ibu bapanya dan mengambil qabil dengan tangan saudaranya Iqlima per gi kepada Aden tanah Yaman maka datang Iblis katanya hanya maka api akan qurban habil itu keadaan ia sembah api maka dirikan olehmu akan rumah api ada ia bagi engkau dan anak cucu engkau maka memperbuat ia akan rumah api maka ialah oleh orang yang menyembah api maka berkekalan anak-anak qabil atas sembah api kemudian daripada mati qabil hingga di karamkan Allah akan mereka itu sekelian dengan taufan Nabi Nuh tiada tinggal seorang dan tinggal anak cucu Syith hingga hari kiamat