Isnin, 29 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 86 Ms 182

HUKUM JAWAB SALAM

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا
Dan apabila di tahiyyat ta’zhim hormat akan kamu kamu dengan satu kehormatan maka tahiyyat oleh kamu dengan yang terlebih baik daripadanya seperti dikata bagi kamu
السلام عليكم
maka kamu jawab
وعليكم السلام رحمة الله وبركاته
أَوْ رُدُّوهَا ۗ
Atau kamu kembali akan dia sebanyak perkataan sahaja tiada lebih wajib salah satu

إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Bahawasa Allah T’ala itu adalah Ia atas tiap-tiap sesuatu menghisab maka membalas IA atasnya setengah daripadanya jawab salam dan telah menentu oleh hadis dengan tiada wajib jawab salam kafir dan orang bid’ah dan fasiq dan atas orang qoda hajat dan orang dalam hamam (tandas) dan orang tengah makan tetapi makruh dan dikata bagi kafir

وعليك
dan atas engkau kerana ia apa yang 
السام عليكم
erti mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan