Khamis, 8 November 2018

Al Maidah - Ayat 97 Ms 243 - 244 Baris Ke 8 Dari bawah


جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ
Dan menjadi oleh Allah Ta’ala akan ka’abah Baitullah Al Haram tempat berdirian agama bagi manusia dengan kerja haji
وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ
Dan menjadi bulan asyhur al Haram itu tempat perdirian agama kerana aman daripada perang dalam bulan itu iaitu Zulkaedah Zulhijjah Muharram dan Rejab
وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ
Dan menjadi unta hadiah kepada tanah haram dan qolaid gantung sepotong ranting kayu tanah haram di leher iatu jadi perdirian agama aman daripada dirampas saun atas orang itu
ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
Bermula demikian itu kejadian itu supaya kau ketahui bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang ketahui barang yang tujuh lapis langit dan barang yang di dalam bumi
وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu dengan tiap-tiap suatu amat ketahui yang memberi muslihat bagi kamu dan memberi mudharat atas kamu dan yang akan datang tiada tersembunyi atas Allah Ta’ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan