Sabtu, 23 Jun 2018

Al Maidah - Ayat 42 Ms 225 Baris Ke 11


 سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ
Banyak pendengaran mereka itu bagi dusta
أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ ۚ
Banyak memakan mereka itu bagi yang haram seperti rasuah upah hukum
فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ
Maka jika datang mereka itu akan dikau supaya engkau hukum maka hukum olehmu antara mereka atau berpaling engkau daipada mereka itu dengan tiada hukum ini pilihan ayat mansukh dengan
وانِ احكُم بينهم
Dan hukum oleh kamu antara mereka itu maka wajib dihukum antara mereka itu apabila angkat dakwa pada kita muslimin pada yang terlebih sah dua qaul Imam Syafie dan jika serah muslim wajib hukum dengan ijma’ ulama
وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا ۖ
Dan jika engkau berpaling daripada hukum mereka itu maka tiada memberi mudharat mfereka itu akan dikau suatu
وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ
Dan jika engkau menghukum maka hukum olehmu antara mereka itu dengan keadilan
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Kerana bahawasa Allah Ta’ala kasih Ia akan segala orang yang menghukum dengan adil

Tarikh Bentang : 26 Jun 2018 ; Hari : Selasa ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan