Ahad, 14 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 11 Ms 212 Baris 11 Dari Bawah

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
Hai segala orang yang beriman ingat oleh kamu akan ni’mat Allah atas kamu dengan dijadikan kamu Islam
إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ
Ketika mencita-cita kaum Quraisy bahawa menghulur mereka itu kepada kamu akan sekelian tangan mereka itu supaya melanggar membunuh akan kamu ketika kamu sembahyang asar di tempat peperangan nama I’sfan dua marhalah dari Mekah empat puluh lapan mil
فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ ۖ
Maka menegah ia akan tangan mereka itu daripada kamu dengan turun hukum sembahyang syiddahul khauf dalam peperangan maka sembahyang Nabi dengan satu firqah dua-dua rakaat dan jaga seteru satu firqah jadi terhenti cita-cita kaum kafir hendak melanggar itu
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Dan takut oleh kamu akan Allah pada pelihara suruh dan tegahnya dan atas Allah Ta’ala maka hendaklah bergantung segala orang mukminin jangan bergantung pada kemegahan dan kepandaian kekayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan