Rabu, 22 November 2017

An Nisa' - Ayat 163 Ms 203 Baris ke 13 dari bawah

۞ إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ ۚ
Bahawasa kai telah kami wahyu kepada engkau ya Muhammad seperti barang yang telah kami wahyu kepada Nai Nuh dan segala nabi-nabi daripada kemudiannya
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ ۚ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا

Dan seperti kami wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Ya’akub dan segala anak-anak Nabi Ya’akub dan Nabi Isa dan Nabi Ayyub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman dan kami dating akan Nabi Daud kitab Zabur dalamnya tasbih dan tahmid dan puji Allah dan ajaran tiada halal atau haram

Isnin, 20 November 2017

An Nisa' - Ayat 162 Ms 203 Baris Ke 4

لَٰكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ
Tetapi bermula segala orang yang tetap ilmu daripada mereka itu seperti Abdullah ibnu Salam dan segala orang mukminin muhajirin dan ansar itu beriman mereka itu dengan barang yang diturunkan kepada engkau dan barang yang diturunkan dahulu daripada engkau daripada Quran dan Taurat dan Injil
وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ ۚ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
Dan segala orang yan mendirikan sembahyang lima waktu dan segala yang memberi zakat dan segala yang beriman dengan Allah dan hari akhirat itu
أُولَٰئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا

Bermula segala mereka itu lagi kami beri akan mereka tu Pahala balasan besar-besar syurga

Ahad, 19 November 2017

An Nisa' - Ayat 160 & 161 Ms 202 Baris Ke 3 Dari Bawah

فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ
Maka dengan sebab zalim daripada segala yahudi itu telah kami haram atas mereka itu akan makanan yang lazat-lazat yang dihalal bagi mereka itu
وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ ۚ
Dan dengan sebab tegah mereka itu daripada agama Allah akan kebaikkan manusia dan mengambil mereka akan riba dan sungguh telah ditegah mereka itu daripadanya dan makan mereka itu akan harta manusia dengan batil tiada beridha-ridha
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Dan telah kami sediakan bagi segala yang kafir daripada mereka itu azab yang sangat sakit

Isnin, 13 November 2017

An Nisa' - Ayat 159 Ms 202 Baris ke 9 Dari Bawah

وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ
Dan tiada seorang daripada ahli kitab melainkan bahawa beriman ia dengan Nabi Isa bahawa Abdullah wa rasuluhu dahulu daripada matinya ketika lihat Malakul Maut masa tiada di manafaat iman
ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا

Dan hari kiamat adalah Isa atas mereka itu jadi saksi dengan barang yang diperbuat mereka itu ketika disuruh kepada mereka itu maka jadi saksi ia atas Yahudi dengan dusta dan Nasrani dengan ambilnya I’tiqad anak Allah

An Nisa' - Ayat 158 Ms Baris 202 Ke 12 Dari Bawah

بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ ۚ
Tetapi telah mengangkat akan dia Isa oleh Allah kepadaNya maka jadi ia “insiyan” “Malakiyan” “Ardiyan” “Samawiyan” erti Manusia Malaikat Bumi Langit
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mulia pada miliknya lagi amat hakim pada perbuatan

Selasa, 7 November 2017

An Nisa' - Ayat 156 & 157 Ms 201 - 202 Baris Paing Bawah

وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَىٰ مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ
Dan dengan sebab kufur mereka itu dan kata mereka itu Siti Mariam akan perkataan dusta yang besar tuduh berzina dan kata mereka itu bahawa telah kami bunuh Nabi Isa anak Mariam Rasulullah itu telah kami azabkan mereka itu dengan neraka
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ۚ
FirmanNya tiada membunuh mereka itu akan dia Nabi Isa dan tiada sula mereka itu akan dia dan tetapi diserupa bagi mereka itu yang dibunuh dan disula itu rupa Isa iaitu kawan mereka itu maka zon mereka itu Isa adapun Isa diangkat Allah pada langit yang kedua di pakai bulu dan nur dan dibuang lazat makan dan minum bersama-sama Malaikat
وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ ۚ
Dan bahawasa segala mereka yang bersalah-salahan mereka itu pada Isa itu sungguh pada syak daripadanya kata setengah mereka itu muka Isa tubuh bukan tubuh Isa ia bukan Isa dan kata yang lain dialah Isa
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ
Tiada bagi mereka itu dengannya ilmu ketahui yang dibunuh itu yakin Isa
إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ
Melainkan ikut sangka-sangka sahaja
وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا

Dan tiada membunuh mereka itu akan dia dengan yakin Isa tetapi sangka-sangka


An Nisa' - Ayat 155 Ms 201 Baris ke 8 Dari Bawah

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ ۚ
Maka dengan membinasa mereka itu akan janji mereka itu dan kufur mereka itu dengan segala ayat Allah Ta’ala dan membunuh mereka itu akan segala anbiya-anbiya dengan tiada Sebenar dan kata mereka itu bagi Nabi Muhammad hati kami tertutup itu telah kami laknatkan mereka itu daripada rahmat kami
بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Tetapi telah menutup Allah atas hati mereka itu dengan sebab kufur mereka itu maka tiada beriman mereka itu melainkan sedikit seperti Abdullah bin Salam dan sahabatnya

Isnin, 30 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 154 Ms 201 Baris Ke 8 Dari Atas

 وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ
Dan kami angkat atas kepala mereka itu bukit tursina
بِمِيثَاقِهِمْ
Dengan ambil perjanjian mereka itu
وَقُلْنَا لَهُمُ
Dan kami kata bagi mereka itu
ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا
Masuk oleh kamu akan pintu kampong baitul maqdis hal kamu sujud tunduk kepala
وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ
Dan kami kata bagi bagi mereka itu jangan kamu langgar hukum pada mengambil ikan hari sabtu yang ditegah
وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan kami ambil daripada mereka itu akan perjanjian yang kukuh

An Nisa' - Ayat 153 Ms 200 - 201 Baris ke 4 Dari Bawah

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ
Lagi meminta akan dikau Ya Muhammad oleh ahli kitab yahudi bahawa engkau turun atas mereka itu kitab daripada langit jumlah sekali turun seperti yang diturun atas Musa maka jika engkau membenar yang demikian itu
فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِكَ
Maka sungguh telah meminta mereka itu akan Musa yang terlebih besar daripada yang demikian lagi
فَقَالُوا
Maka kata mereka itu
أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً
Perlihat akan kami Allah itu terang-terang
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ
Maka mengambil akan mereka itu oleh lintar mati mereka itu dengan sebab zalim mereka itu pada permintaan yang tiada layak
ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ
Kemudian mengambil mereka itu akan ‘ijil buat tuhan akan disembah
مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ
Kemudian daripada barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan mukizat wahdaniah Allah
فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maka kami maafkan daripada yang demikian itu dan kami memberi akan Musa sultan kekuasaan yan nyata sekira-kira taat mereka itu akan suruhan dengan membunuh diri mereka itu tujuh puloh ribu pada satu hari taubat daripada sembah ‘ijil

An Nisa' - Ayat 152 Ms 200 Baris ke 9 Dari Bawah

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ أُولَٰئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ
Dan segala mereka yang beriman dengan Allah dan rasulNya dan tiada memfariq antara seorang daripada mereka itu bermula mereka itu lagi kami datang akan mereka itu akan segala Pahala amalan mereka itu iaitu syurga
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 151 Msa 200 Baris 12 Dari Atas

أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ
Bermula mereka itu merekalah yang kafir sekelian dengan Sebenar-benar
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Dan kami sedia bagi segala kafir itu akan azab yang sangat hina neraka

Jumaat, 20 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 150 Baris Ke 7 Dari Atas

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ
Bahawasanya segala mereka yang kufur mereka itu dengan Allah dan segala rasulNya dan menghendaki mereka itu bahawa memfaraq antara Allah dan segala rasulNya dengan beriman dengan Allah sahaja tiada rasul
وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ
Dan kata meeka itu kami beriman dengan setengah rasul dan kami kufur dengan setengah yang lain
وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Dan menghendaki mereka itu bahawa mengambil mereka itu antara yang demikian itu jalan agama

An Nisa' 149 Baris Ke 4 Dari Atas

إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ
Maka kamu nyata akan kebajikan kamu seperti sedekah atau kamu sembunyi akan dia atau kamu maaf daripada kejahatan zalim orang atas kamu
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا

Maka bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Amat Mengampuni lagi Amat Kuasa

An Nisa' - Ayat 148 Baris Paling Bawah

۞ لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ
Tiada kasih Allah akan jahar menerang dengan kejahatan daripada perkataan arti disiksakan dia melainkan mereka yang kena zalim maka tiada diambil dengan jaharnya dengan mengkhabar khabar orang yang menzalimi dan doa atasnya
وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu TUhan yang Amat Mendengar lagi Amat Melihat bagi perbuatannya

An Nisa' - Ayat 147 Ms 199 Baris Ke 5 Dari Bawah

 مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ ۚ
Tiada memperbuat Allah dengan mengazab kamu yakni orang mukminin jika kamu syukur dan kamu beriman dengan Allah
وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala Tuhan yang menerima syukur bagi segala amalan orang mukminin dengan di balas dengan syurga lagi amat mengetahu dengan makhluqNya

Isnin, 16 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 146 Ms 199 Baris ke 10 dari bawah

إلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ
Melainkan segala mereka yang taubat mereka itu dan beramal soleh mereka itu dan berpegang mereka itu dengan Allah Ta’ala dan ikhlas mereka itu akan agama mereka itu bagi Allah semata-mata
فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
Maka bermula mereka itu serta segala orang mukminin pada barang yang mengerjakan mereka itu akan dia
وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Dan lagi akan memberi Allah Ta’ala akan segala orang mukminin itu akan Pahala yang yang besar-besar pada akhirat Syurga

An Nisa' - Ayat 145 Ms 199 Baris Ke 11 dari atas

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
Bahawa segala orang munafiq itu pada tempat yang di bawah daripada neraka
وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Dan tiada engkau dapat bagi mereka itu pertolongan melepas daripada azab

An Nisa' - Ayat 144 Ms 199 Baris Ke 7

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Hai segala orang yang mukminin jangan kamu ambil akan orang-orang kafir perbuat perbantahan dan persetian daripada lain orang mukminin
أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Adakah kamu kehendaki bahawa kamu jadi bagi Allah atas kamu itu keterangan yang menyata atas munafiq kamu

Rabu, 11 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 143 Ms 199 Baris ke 3

مُذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَٰلِكَ
Berulang-ulang mereka itu antara yang demikian itu kufur dan iman
لَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَلَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
Tiada nisbah tetap kepada mereka itu kafir dan tiada nisbah kepada mereka itu mukminin
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Dan bermula mereka yang menyesat akan dia oleh Allah itu maka tiada engkau dapati baginya jalan hidayah sekali-kali

An Nisa' - Ayat 142 Ms 198 - 199 Baris 4 Dari Bawah

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ
Bahawasa segala orang munfiqin itu menipu mereka itu akan Allah ta’ala dan IA Allah Ta’ala menipu akan mereka itu erti membalas atas tipu mereka itu dengan kekejian pada dunia dan azab pada akhirat
وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ
Dan apabila berdiri mereka itu kepada sembahyang bersama-sama orang mukminin nescaya berdiri mereka itu dengan seakan-akan berlambat-lambat
يُرَاءُونَ النَّاسَ
Memperlihatkan mereka itu akan manusia dengan sembahyang mereka itu
وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan tiada menyebut mereka itu akan Allah dengan sembahyang melainkan sedikit jua