Rabu, 4 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 139 Ms 197 - 198

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Segala mereka yang ambil mereka itu akan segala kafir buat wali perbantaan dan bersetia bertolong-tolong daripada lain orang mukmin kerana disangka mereka itu ada kekuatan
أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ
Adakah tuntut mereka itu pada sisi mereka itu kafir itu ada kekuatan
فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

Maka bahawasa kekuatan itu bagi Allah ta’ala semata-mata sekeliannya pada dunia dan akhirat tiada dapat kekuatan itu melainkan auliya’ Allah

An Nisa' - Ayat 138 Ms 197 Baris ke 7 Dari Bawah

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا


Persuka olehmu Ya Muhammad segala orang munafiqin itu dengan bahawa bagi mereka itu azab yang sangat sakit

An Nisa' - Ayat 137 Ms 197 Baris ke 12

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا
Bahawasa segala mereka yang beriman dengan Nabi Musa iaitu yahudi kemudian kufur mereka itu dengan menyembah I’jil kemudian beriman mereka itu kemudian daripadanya kemudian kufur mereka itu dengan Nabi Isa u bertambah-tambah mereka itu kufur dengan Nabi Muhammad itu
لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًا

Tiada ada Allah Ta’ala itu bahawa mengampuni bagi mereka itu dan tiada bahawa hidayah Ia akan mereka itu kepada jalan yang sebenar selama tiada taubat mereka itu dengan Islam

Isnin, 2 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 136 Ms 197

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۚ
Hai segala mereka yang beriman hendaklah mengekal kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan kitab Quran yang diturun atas RasulNya Muhammad dan kitab yang diturun daripada dahulu Muhammad daripada masa kamu dan hingga mati
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Dan barang siapa yang kufur dengan Allah dan segala MalaikatNya dan segala kitabNya dan segala RasulNya dan hari yang akhir maka sungguh telah sesat ia akan sebagai sesat yang jauh daripada jalan agama yang benar-benar

Ahad, 1 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 135 Ms 196 - 197

۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ
Hai segala mereka yang beriman hendaklah ada kamu berdiri sekelian dengan adil lagi jadi saksi bagi Allah Ta’ala semata-mata dengan sebenar-benarnya
وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ
Dan jika atas diri kamu atau atas dua ibu bapa dan segala kerabat sekalipun dengan kamu mengaku dengan yang sebenar dan jangan sembunyi
إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ
Jika ada ia kaya atau miskin maka Allah Ta’ala itu yang terlebih aula dengan keduanya daripada kamu dan terlebih mengetahui dengan muslihat keduanya
فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ
Maka jangan kamu ikut hawa nafsu kamu pada jadi saksi dengan tuntut redha orang kaya dan Rahim orang fakir
أَنْ تَعْدِلُوا ۚ
Bahawa tahu berbuat adil
وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika kamu tukar saksi atau kamu berpaling daripada jadi saksi maka bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia dengan barang yang kamu beramal amat mengetahui maka membalas Ia akan kamu dengannya

Khamis, 28 September 2017

An Nisa' - Ayat 134 Ms 196

مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ
Barang siapa yang ada dia berkehendak Pahala dunia dengan amalannya maka pada sisi Allah Ta’ala dunia dan akhirat tiada ada lainnya maka kerana apa dituntut Pahala dunia yang hina dan tiada dituntut pahala akhirat yang mulia dengan ikhlas amalan bagi Allah semata-mata
وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat Mendengar lagi amat Melihat

Selasa, 26 September 2017

An Nisa' - Ayat 133 Ms 196

إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ وَيَأْتِ بِآخَرِينَ ۚ
Jika dikehendaki Allah nescaya membinasa ia akan kamu hai manusia dan mendatang ia dengan kau yang lain ganti kamu dengam maksiat kamu seperti binasa banu jan ganti dengan Adam
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ قَدِيرًا

Dan adalah Allah Ta’ala atas yang demikian itu amat kuasa

Isnin, 25 September 2017

An Nisa' - Ayat 132 Ms 196

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan bagi Allah Ta’ala barang yang ada dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi diulang-ulangkan dia kerana menetap sebab yang mewajib taqwa kepada Allah dan memadalah dengan Allah Ta’ala itu saksi dengan bahawa barang yang di dalam kedua itu milikNya

An Nisa' - Ayat 131 Ms 195 - 196

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
Dan milik bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ
Dan sungguh telah kami wasiat akan segala mereka yang diberi mereka itu kitab daripada dahulu kamu daripada yahudi dan nasrani dan akan kamu itu bahawa takut oleh kamu akan Allah Ta’ala dengan kamu taat akan dia pada amaran dan nahinya dan jangan memaksiatkan Dia
وَإِنْ تَكْفُرُوا
Dan jika kamu kufur dengan wasiat itu
فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
Maka bahawasa bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit an barang yang dalam bumi kejadian dan milik dan hamba maka tiada mudharat akan dia kerana kufur kamu
وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat Kaya daripada makhlukNya lagi Amat kepujian pada perbuatannya


Rabu, 20 September 2017

An Nisa' - Ayat 130 Ms 195

وَإِنْ يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِنْ سَعَتِهِ ۚ
Dan jika bercerai dua laki isteri nescaya mengkaya Allah Ta’ala akan tiap-tiap seorang daripada kalapangannya dengan direzeki akan tiap-tiap seorang itu suami dan isteri lain
وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Luas kurnia lagi Amat Hakim pada barang yang ditadbir bagi hambaNya

An Nisa' - Ayat 129 Ms 195

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ
Dan tiada kamu kuasa bahawa kamu sama antara segala isteri kamu pada kasih
وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ
Dan jika kamu loba atas yang demikian itu beri bersamaan sekalipun
فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ
Maka jangan kamu cenderung akan sebagai cenderung kepada perempuan yang kamu kasih pada giliran dan nafkah
فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ
Maka kamu tinggal akan dia perempuan yang tiada kasih itu seperti perempuan yang tergantung tiada ia bujang dan tiada ia bersuami
وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan jika kamu sulhu dengan mengadili pada giliran dan nafkah dan kamu pelihara akan zalim maka bahasanya Allah Ta’ala adalah IA amat mengampuni barang yang dalam hati kamu daripada lebih kasih seseorang isteri daripada seorang itu lagi amat Rahim IA dengan kamu


Selasa, 19 September 2017

An Nisa' Ayat 128 Ms 194 - 195

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا
Dan jika seseorang perempuan takut daripada suaminya nusyuz dengan tinggal seketidurannya dan taqsir pada nafkahnya kerana benci akan dia dan ingin matanya pada yang terlebih cantik daripadanya 
 أَوْ إِعْرَاضًا
Atau berpaling suami daripadanya
 فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ 
Maka tiada mengapa atas keduanya bahawa sulhu kedua itu antara keduanya akan sebagai sulhu pada giliran dan nafkah dengan ditinggal satu baginya menuntut kekal bersahabat jika redha perempuan dan jika tiada maka wajib atas suami menyempurna hak isteri atau cerai
وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ 
Dan sulhu itu terlebih baik daripada bercerai dan nusyuz dan berpaling muka 
وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ 
Dan dihadir nafsu seseorang itu itu akan sangat bakhilnya diperangi atasnya erti perempuan tiada maaf daripada suaminya haknya demikian suami apabila kasih perempuan lain 
وإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Dan jika kamu berbuat baik pada isteri dan kamu pelihara daripada zalimi mereka itu maka bahawasanya Allah Ta'ala adalah IA dengan barang yang kamu beramal itu amat ketahui maka membalas IA akan kamu dengannya.

Selasa, 12 September 2017

An Nisa' - Ayat 127 Ms 194

وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ ۖ
Dan minta fatwa mereka itu akan dikau ya Muhammad pada perempuan adakah dapat pusaka atau laki dan yang besar sahaja dapat pusaka tiada perempuan dan kanak-kanak seperti adat jahiliah
قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ
Kata olehmu Ya Muhammad bermula Allah Ta’ala memfatwa Ia akan kamu pada mereka itu perempuan
وَمَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ
Dan barang yang dibaca atas kamu pada kitab Quran daripada hukum mirath pusaka yang telah lalu pada segala anak yatim perempuan yang tiada beri akan mereka itu barang yang difardhu bagi mereka itu daripada mirath dan kamu benci daripada berkahwin akan mereka itu kerana hodoh mereka itu dan kamu enggan bahawa nikah mereka itu pada orang yang lain kerana tamak pada mirath mereka itu arti fatwa ia akan kamu jangan kamu perbuat yang demikian itu
وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَانِ
Dan pada segala yan dhaif-dhaif yang kecil daripada kanak-kanak laki-laki bahawa kamu beri akan mereka itu akan segala hak mereka iu daripada pusaka
وَأَنْ تَقُومُوا لِلْيَتَامَىٰ بِالْقِسْطِ ۚ
Dan bahawa kamu berdiri bagi segala anak yatim itu dengan adil pada mirath dan mahar
وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا
Dan akan barang mana yang kamu kerja daripada kebajikan maka bahawasa Allah Ta’ala dengannya itu amat Mengetahui


An Nisa' - Ayat 126 Ms 194

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
Dan bagi Allah Ta’ala barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi milik dan kejadian dan hamba
ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطًا

Dan adalah Allah Ta’ala dengan tiap-tiap suatu meliputi ilmu dan qudrat sentiasa Allah bersifat dengan yang demikian itu

An Nisa' - Ayat 125 Ms 193 - 194

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ
Dan tiada seorang yang terlebih elok agama daripada mereka yang berserah ia akan mukanya bagi Allah semata-mata dan ia mewahid akan Allah
وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ
Dan ikut ia akan agama Nabi Ibrahim yang muwafaqah bagi agama Islam
حَنِيفًا ۗ
Cenderun daripada sekelian agama-agama kepada agama Islam
وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Dan telah mengambil oleh Allah Ta’ala akan Nabi Ibrahim itu perbuat Khalil pilihan yang bersih mahabbah semata-mata

Khamis, 7 September 2017

An Nisa' - Ayat 124 Ms 193

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Dan barang siapa beramal suatu daripada segala amal yang soleh-soleh daripada laki-laki atau perempuan dan ia beriman dengan Allah dan rasul
فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
 Maka bermula segala mereka itu masuk mereka itu akan syurga dan tiada dizalimi mereka itu sebesar mata biji tamar



An Nisa' - Ayat 123 Ms 193

لَيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ
Tiada masuk syurga dan lepas neraka itu dengan angan-angan kamu hai muslimun dan tiada dengan angan-angan ahli kitab tetapi dengan iman dan amal yang soleh
مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ
Barang siapa yang mengerjakan kejahatan nescaya dibalas dengannya iman pada akhirat atau pada dunia dengan bala dan percubaan
وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Dan tiada dapat baginya daripada lain Allah itu wali dan tiada yang menolong

Selasa, 29 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 122 Ms 193

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
 Dan bermula segala mereka yang beriman dan beramal mereka iu akan amalan yang soleh-soleh itu lagi kami masukkan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawahnya oleh segala sungai
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
Hal kekal mereka itu pada dalamnya selama-lama
وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ
Hal janji Allah yang Sebenar
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

Dan tiada seorang yang terlebih benar daripada Allah Ta’ala perkataan

An Nisa' - Ayat 121 Ms 193

أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلَا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا

Bermula mereka itu tempat kembali mereka itu neraka jahannam tiada dapat mereka itu daripadanya berpaling kepada lain tempat 

Ahad, 20 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 120 Ms 192 - 193

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ
Mengwas was ia akan panjang umur mereka itu dan mencita-cita akan mereka itu dapat angan-angan pada dunia dan tiada jaza’ balasan akhirat
وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan tiada menjanji akan mereka itu oleh syaitan itu melainkan tipu daya jua