Rabu, 2 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 113 Ms 191

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ

Dan jika mengurniakan Allah Ta’ala atas engkau ya Muhammad dan rahmatNya dengan ‘ismah engkau nescaya bercita-cita satu toifah daripada mereka itu kaum To’mah bahawa menyesat mereka itu melainkan diri mereka itu jua

وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ
Dan tiada menyesat mereka itu melainkan diri mereka jua

وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ
Dan tiada mudharat mereka itu akan dikau suatu

وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Dan telah diturunkan Allah atas engkau itu akan kitab Quran dan hikmat

وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ
Dan mengajar ia akan dikau barang yang tiada engkau ketahui daripada segala hukum dan yang ghaib-ghaib

وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
Dan adalah kurnia Allah atas engkau itu sangat besar

An Nisa' - Ayat 112 Ms 191

وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan kesalahan dosa kecil atau dosa besar kemudian menuduh ia dengannya akan seorang yang lain atas daripadanya maka sungguh telah menanggung ia akan dusta dan dosa yang nyata

Selasa, 1 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 111 Ms 190- 191

وَمَنْ يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ

Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan dosa maka hanya usaha akan dia atas dirinya tiada atas orang lainnya

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatannNya

An Nisa' - Ayat 110 Ms 190

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


Dan bermula mereka yang mengerja kejahatan atau zalim dirinya kemudian taubat minta ampun akan Allah Ta’ala nescaya mendapat ia akan Allah Ta’ala Amat Mengampuni lagi Amat Rahim baginya

Isnin, 31 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 109 Ms 190

هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ جَادَلْتُمْ عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Bermula kamu hai segala mereka kamu lawan bantah ganti daripada mereka itu pada hidup dunia ini

فَمَنْ يُجَادِلُ اللَّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maka siapakah lawan bantah ganti mereka itu pada hari kiamat esok

أَمْ مَنْ يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا

Atau mereka yang ada atas mereka itu jadi wakil tiada seorang

Rabu, 26 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 108 Ms 190

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ
Sembunyi mereka itu daripada manusia dan tiada sembunyi mereka itu darpada Allah dan Ia serta mereka itu dengan ilmuNya
 إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ
Kerana cita-cita hati mereka itu barang yang tiada redha Allah darpada perkataan atas sumpah dusta To'mah kata tiada curi
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Dan adalah Allah Ta'ala dengan barang yang kamu kerjakan itu meliputi ilmu

Selasa, 25 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 107 Ms 190

وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ 
Dan jangan engkau lawan ganti daripada segala orang yang khianat akan diri mereka itu dengan mengerjakan maksiat 
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada kasih IA akan orang yang banyak khianat banyak dosa

Khamis, 20 Julai 2017

An Nisa' - Aya 106 Ms 190

وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan minta ampun olehmu akan Allah daripada cita-cita lawan ganti bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 105 Ms 189 - 190

Dan tatkala curi To’mah bin Abiraq akan baju rantai  dan sembunyi akan dia pada seorang Yahudi maka di dapati padanya dekat To’mah kirim dan bersumpah To’mah ia tiada curi maka minta kaumnya akan Nabi sollahu alaihi wasallam bahawa lawan daripada To’mah dan lepaskan dia maka turun

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Bahawasanya kami telah kami turun kepada engkau ya Muhammad akan kitab dengan Sebenar supaya engkau hukum antara manusia dengan barang yang mengajar akan dikau oleh Allah Ta’ala dan janan aada engkau bagi segala orang yang khianat itu lawan ganti

Rabu, 19 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 104 Ms 189

dan turun tatkala menyuruh Nabi solllahu alahi wasallam satu toifah pada ikut Abi Sufian dan sahabatnya pada ketika kembali mereka daripada Uhud maka mengadu hal mereka itu akan banyak kena luka

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
Dan jangan kamu dhaif pada ikut kaum kafir kamu bunuh akan mereka itu

إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
Jika ada kamu sakit maka bahawasa mereka itupun sakit seperti barang yang kamu sakit juga dan kamu ada harap daripada Allah Ta’ala barang yang mereka itu tiada harap daripada Syurga dan ampun dosa maka sayugia bahawa kamu terlebih gemar daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatanNya 

An Nisa' - Ayat 103 Ms 189

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
Maka apabila selesai kamu akan sembahyang maka hendaklah kamu sebut akan Allah banyak-banyak pada berdiri dan duduk dan berbaring atas lambung kamu arti tiap-tiap kelakuan

فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
Maka apabila aman kamu maka diri oleh kamu akan sembahyang dengan segala haknya

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bahawasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang mukminin fardhu yang di waktu maka tiada dita’khir daripadanya, 

Isnin, 17 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 102 Ms 188 - 189


وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
Dan apabila ada engkau ya Muhammad pada mereka itu maka engkau diri bagi mereka itu akan sembahyang pada dalam peperangan

فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ
Maka hendaklah berdiri satu toifah daripada mereka itu serta engkau sembahyang dan ta’khir satu toifah berhadapan seteru

وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ
Dan hendaklah memegag mereka itu akan senjata-senjata mereka itu

فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ
Maka apabila sujud mereka itu maka hendaklah mereka itu toifah yang lain daripada belakang kamu memelihara hingga selesai sembahyang

وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ
Dan hendaklah dating toifah yang lain yang belum sembahyang itu maka hendaklah sembahyang mereka itu serta engkau

وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ
Dan hendaklah mengambil mereka itu akan peliharaan mereka itu dan senjata mereka itu hingga selesai sembahyang dan sungguhn telah mengerjakan Sollahu alaihi wasallam yang demikian itu dengan tempat nama batin nakhli

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ
Telah bercita-cit oleh segala orang kafir  bahawa kamu lalai daipada senjata kamu dan mata benda kamu

فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ
Maka timpa mereka itu atas kamu sekali timpa inilah ilah suruh pegang senjata

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ
Dan tiada maaf atas kamu jika ada dengan kamu itu penyakit daripada hujan atau ada kamu itu kesakitan bahawa kamu leta senjata kamu tiada pegang

وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ
Dan ambil oleh kamu akan peliharaan kamu daripada seteru kamu barang sekuasa-kuasa

إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Bahawasa Allah Ta’ala telah sedia bagi segala kafir akan azab yang hina
https://www.youtube.com/watch?v=g-Y-H4Fywe4
Cara2 Solat Khauf.... 

An Nisa' - Ayat 101 Ms 188

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
Dan apabila kamu musafir pada bumi maka tiada mengapa atas kamu bahawa kamu kembali sembahyang yang empat rakaat kepada dua rakaat

إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Jika kamu takut bahawa fitnah akan kamu oleh segala orang kafir iaitu musafir perjalanan empat puluh lapan mil dua marhalah perjalanan empat berada pada Mazhab As Syafie enam pada Hanafi

إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا

Bahawasa segala kafir itu adalah mereka itu bagi kamu seteru yang nyata sembahyang syiddatul Khauf

Rabu, 12 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 100

۞ وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
Dan bermula mereka yang hijrah pada jalan agama Allah nescaya dapat ia pada bumi itu tempat berpindah yang banyak tempat-tempat dan dapat kelapangan pada rezeki dan mendiri agama

ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ

Dan barang siapa yang keluar daripada rumahnya hijrah kepada Allah dan rasulNya keudian mendapatkan dia oleh maut di jalan maka sungguh telah jatuh wajib pahalanya atas Allah Ta’ala kata ulama’ demikianlah merek yang qosad kerja satu taaat kemudian lemah ia daripada sempurnanya

وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi kasih sayang

Selasa, 11 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 99 Ms 187

فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ
Maka mereka itu mudah-mudahan Allah Ta’ala bahawa memaaf mengampun daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Memaaf lagi Mengampuni

An Nisa' - Ayat 98 Ms 187

إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا
 Melainkan segala orang yang dhaif-dhaif daripada lelaki dan perempuan dan wildan kanak-kanak yang tiada kuasa mereka itu berpidah sebab tida nafkah dan tiada kuat berjalan dan tiada dapat mereka itu akan jalan kepada hijrah

Isnin, 10 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 97 Ms 187


إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ

Bahawasa segala mereka yang wafat akan mereka tu oleh Malakul Maut hal zalim mereka itu akan diri mereka itu dengan duduk serta orang kafir dan tinggal hijrah

قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ

Kata mereka itu apda apa satu ada kamu pada pekerjaan agama kamu

قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ

Kata mereka tu adalah kami dhaif pada dalam bumi Makkah pada mendiri agama

قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً

Kata mereka itu Malaikat tiadakah bumi Allah Ta’ala itu luas

فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ
Maka kamu berpindah padanya daripada bumi kafir kepada bumi Islam sunat pindah dari negeri kafir kepada negeri Islam jika dapat menzahir agama dan jika tiada nescaya wajib pindah

فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا


FirmanNya maka mereka itulah tempat kembali mereka itu neraka jahannam dan sejahat-jahat ia tempat kembali

Ahad, 9 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 96 Ms 187

دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ
Akan beberapa darjat setengah atas setengah daripada kemuliaan dan ampunan dan rahmat darpada Allah Ta’ala

وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Amat Mengetahui lagi kasih sayang bagi auliya’Nya dan ahli taatNya


Isnin, 19 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 95 Ms 186 - 187


لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ

Tiada bersamaan segala orang yang duduk daripada perang daripada orang yang mukmin yang iada empunyai dharar dengan lemah atau buta atau penyakit itu dan segala orang yang berperang dengan orang tiada berperang

فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ
Telah melebihi Allah Ta’ala akan segala orang yan berperang dengan harta mereka itu dan diri mereka itu atas segala orang yang duduk tiada berperang itu beberapa darjat fadhilat kerana bersamaan keduanya pada niat dan lebih mujahidin dengan perbuat kerja

وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
Dan akan tiap-tiap itu menjanji Allah akan hasani kebaikkan syurga

وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan telah melebihi Allah akan segala mujahidin atas segala yang duduk daripada perang itu pahaa yang besar-besar 

Rabu, 14 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 94 Ms 186

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا
Hai segala mereka yang beriman apabila musafir kamu pada berperang sabilillah maka ambil kenyataan oleh kamu hingga menyata muslim daripada kafir

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
Dan jangan kamu kata bagi mereka yang melontar kepada kamu salam itu tiada engkau beriman dan hanya kata kerana memelihara nyawa dan hartanya maka kamu bunuh akan dia

تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Kamu tuntut akan mati tanda hidup dunia rampasan

فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
Maka pada sisi Allah Taa’ala beberapa ghanimah yang banyak mengkaya akan kamu daripada bunuh kerana harta

كَذَٰلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
Seperti demikian itulah ada kamu dariapda masa dahulu dipelihara darah kamu dan harta kamu dengan semata-mata kalimah syahadah sahaja

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ
Maka mengurnia Allah ta’ala atas kamu dengan masyhur iman dan istiqamah

فَتَبَيَّنُوا ۚ
Maka apabila kenyataan oleh kamu bahawa jangan kamu bunuh orang mukmin dan perbuat oleh kamu dengan orang yang masuk Islam seperti barang yang diperbuat dengan kamu pada mula kamu Islam

إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Bahawasa Allah ta’ala adalah Ia dengan barang yang kamu beraqal itu amat mengetahui maka membalas akan kamu dengannya