Ahad, 14 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 36 Ms 168

۞ وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
Dan sembah oleh kamu akan Allah sanya dan jangan kamu syirik denganNya akan sesuatu
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Dan dengan kedua ibubapa itu berbuat baik dan lemah lembut
وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ
Dan berbuat baik dengan orang yang empunya kerabat dan anak yatim dan segala miskin dan jiran empunyat kerabat
 وَالْجَارِ الْجُنُبِ
Dan jiran yang jauh bukan kerabat
وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
Dan kawan dengan tepi rusuk iaitu isteri atau kawan musafir
وَابْنِ السَّبِيلِ
Dan orang musafir
وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ
Dan barang yang yang milik oleh tangan kamu daripada segala hamba
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Bahawasa Allah Ta’ala tiada kasih akan mereka yang ada takabbur lagi bermegah-megah sombong dengan pemberian Allah Ta’ala

Khamis, 11 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 35 Ms 168

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا
Dan jika kamu takut akan bersalahan kedua laki isteri
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا
Maka angkat oleh kamu seorang hakim daripada ahli suami dan seorang daripada ahli isteri dengan redha keduanya dan wakil suami akan hakimnya pada talaq dan diterima tebusan dan isteri wakil pada hakimnya pada khulu’ dan bayar tebusan maka ijtihad kedua pada buat mslihat daripada sulhu atau cerai
إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ
Jika menghendaki kedua hakim akan sulhu nescaya memberi taufiq Allah Ta’ala antar keduanya daripada sulhu atau cerai
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan yang Amat mengetahui yang azhir lagi mengetahu yang batin

Selasa, 9 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 34 Ms 167

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
Bermula segala lelaki itu berdiri mereka it kerasi atau segala perempuan dan mengajar mereka itu dan menegah akan mereka itu daripada kajahatan
بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ
Dengan sebab barang yang melebihi Allah setengah mereka itu lelaki atas setengah dengan ilmu dan aqal dan agama dan wilayah dan saksi dan jihad dan jumaat dan jamaah dan imam dan nabi dan khulafa’ dan nikah empat dan lebih pesaka dan nasab kepada laki-laki dan talaq dan nikah dan ruju’ dan lainnya
وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ
Dan dengan sebab barang yang manafaat mereka itu daripada segala harta mereka itu
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ
Maka bermula segala perempuan yang soleh-soleh lagi yang taat bagi suami mereka itu dengan barang yang memelihara mereka itu sekelian bagi diri mereka itu dan faraj ketika ghaib suami mereka itu dengan barang yang memelihara akan mereka itu oleh Allah Ta’ala sekira-kira wasiat akan suami mereka itu dengan pelihara mereka itu isteri
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ
Dan bermula segala perempuan yang kamu zon akan nusyuz mereka itu bagi kamu dengan zahir alamatnya
فَعِظُوهُنَّ
Maka ajar oleh kamu akan mereka itu dengan pertakut akan azab Allah atas perempuan yang nusyuz dan menggugur nafqah dan kiswah dan giliran
وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ
Dan tinggal oleh kamu akan mereka itu pada seketiduran jika menzahir mereka itu akan nuysuz
وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ
Dan balun oleh kamu akan mereka itu sebagai balun yang tiada membinasa jika tiada hilang nusyuz dengannya tinggal ketiduran
فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ
Maka jika taat mereka itu akan kamu pada barang yang dikehendaki maka jangalah kamu cari jalan lagi pada pukul mereka itu dengan zalim
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Maha Tinggi dan Maha Besar maka hendaklah kamu takut akan Dia jika kamu zalim mereka itu.

Ahad, 7 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 33 Ms 166

وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ ۚ
Dan bagi tiap-tiap yang mati daripada laki-laki perempuan itu Kami jadi wali asobah diberi akan mereka itu daripada barang yang tinggal oleh dua ibubapa dan segala kerabat daripada harta
وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ
Dan segala mereka yang berakad sumpah kamu bersaudara dan bertolong-tolong dan pesaka seperti pada masa jahiliyyah dan awal Islam
فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ ۚ
Maka beri oleh kamu akan bahagian mereka itu daripada pesaka iaitu sudus dan ini mansukh dengan firmanNya
وأولوا الأرحام بعضهم أولى ببعض
Dan orang yang empunya rahim itu setengah mereka itu aula dengan setengah maka orang yang berakad saudara bertolong-tolong ini bukan daripada zu arham
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu ada Ia atas tiap-tiap sesuatu Amat Melihat dan setengah daripadanya hal kamu

Selasa, 2 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 32 Ms 166

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
Dan jangan kamu cita-cita akan barang yang kurnia Allah Ta’ala dengannya setengah kamu akan setengah daripada pihak dunia atau agama supaya tiada membawa kepada berhasad-hasad dan bermarah-marah
لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ
Bagi segala lelaki itu bahagian thawab pahala daripada barang yang mereka itu usaha berbuat amal daripada perang sabil dan lain-lain dan bagi segala perempuan itu bahagian daripada barang yang mereka it usaha daripada taat suami dan pelihara faraj mereka itu daripada zina turun ini tatkala kata Ummu salamah mudah mudahan kita sekelian perempuan maka boleh kita pergi berperang dan dapatlah kita pahala seumpama lelaki
وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
Dan pohon oleh kamu akan Allah ta’ala daripadanya bagi suatu yang kafir berhajat memberi ia akan kamu
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Bahasa Allah Ta’ala itu adalah dengan tiap-tiap suatu amat mengetahui dan setengah daripadanya tempat yang boleh dikurnia dan pinta oleh kamu


An Nisa' - Ayat 31 Ms 166

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ
Dan jika kamu jauh akan dosa besar barang yang dekat kamu daripadanya iaitu barang yang warid atasnya wai’d seperti bunuh dan zina dan mencuri daripada ibnu Abbas iaitu kepada tujuh ratus terlebih hampir
نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
Nescaya kami kaffarah daripada kamu akan segala dosa kecil kamu dengan mengerja taat dan kami masuk akan kamu akan tempat yang mulia Syurga


Sabtu, 30 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 30 Ms 166

وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ
Dan barang siapa yang perbuat akan yang demikian itu barang yang ditegah daripadanya maka lagi kami masuk akan dia ke neraka terbakar ia pada dalamnya.
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Dan adalah yang demikian itu atas Allah Ta’ala sangat mudah.

An Nisa' - Ayat 29 Ms 165

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
Hai segala orang yang beriman jangan kamu makan segala harta kamu pada antara kamu dengan batil haram pada Syara’ seperti riba dan rampasan
إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ
Melainkan bahawa ada ia jual beli yang beridha daripada kamu dan suka hati maka haruslah kamu makan akan dia
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ
Dan jangan kamu bunuh akan diri kamu dengan mengerja yang membawa kepada binasa samada pada dunia atau akhirat.
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia dengan kamu Amat Kasih Sayang pada tegah kamu daripada yang demikian itu.

Selasa, 26 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 28 Ms 165

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ
Menghendaki Allah Ta’ala bahawa eringan memudah daripada kamu segala hukum Syara’
وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

Dan dijadi akan manusia dhaif tiada kuasa sabar daripada perempuan dan segala keinginan nafsu

Isnin, 25 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 27 Ms 165

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا

Dan Allah Ta’ala itu menghendaki memberi taubat Ia atas kamu dan menghendaki segala orang yang ikut hawa nafsu daripada Yahudi dan Nasrani dan Majusi dan segala zina itu bahawa kamu berpaling akan sebagai paling yang besar daripada hukum yang sebenar dengan dengan kerja yang haram supaya jadi kamu semacam mereka itu

Rabu, 20 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 26 Msa 165

يُرِيدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ ۗ
Menghenaki Allah Ta’ala bahasanya ia bagi kamu akan segala Syariah jalan agama kamu dan segala muslihat pekerjaan kamu dan menunjuk akan kamu segala jalan Nabi-nabi yang dahulu daripada kamu pada halal dan haram supaya boleh kau ikut dan taubat ia atas kamu daripada maksiat kamu kepada taatnya
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Mengetahu lagi Amat Pandai pada barang yang di tadbirnya bagi kamu

Selasa, 19 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 25 Ms 164 -165


وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Dan barang siapa yang tiada kuasa daripada kamu itu harta bahawa nikah ia akan perempuan merdeka yang mukminah
فَمِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
Maka nikah daripada barang yang milik tangan kamu
مِنْ فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ۚ
Daripada perempuan-perempuan muda kamu yang mukminah
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ ۚ
Dan Allah Ta’ala itu terlebih mengetahui dengan iman kamu maka memadai dengan zahirnya dan wakil seru kepada Allah ialah yang mengetahui dengan kelebihannya banyak hamba perempuan lebih baik daripada perempuan merdeka dan ini ayat menjinak dengan nikah hamba perempuan
بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ
Setengah kamu daripada setengah mereka itu bersama-sama pada agama dan nasab maka jangan kamu tertegah daripada nikah mereka itu
فَانْكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ
Maka nikah oleh kamu akan mereka itu dengan izin penghulu mereka itu
وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan beri oleh kamu akan mereka itu mahar mereka itu dengan kebaikan daripada ketiadaan lokek dan kurang
مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ ۚ
Akan perempuan yang baik-baik tiada perempuan yang zina dan tiada perempuan yang simpan lelaki berbuat zina dengan sembunyi
فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ
Maka jika sudah berkahwin mereka itu hamba perempuan maka jika mendatang mereka itu dengan zina maka atas mereka itu setengah barang yang atas segala perempuan merdeka apabila berzina
مِنَ الْعَذَابِ ۚ
Daripada azab had zina maka dibalun mereka itu lima puluh dan didagang enam bulan dan di qiyas atasnya hamba lelaki dan tiada dijadi ihson itu syarat bagi wajib had tetapi memberi ketahui bahasanya tiada rejam atas mereka itu sekali-kali
ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ ۚ
Bermula demikian itu nikah hamba perempuan bagi orang yang tiada kuasa belanja itu bagi mereka itu yang takut ia akan zina daripada kamu bersalahan mereka itu yang tiada takut zina maka tiada halal nikah hamba perempuan dan demikian lagi mereka yang kuasa belanja nikah perempuan merdeka atasnya Syafie dan keluar dengan hamba yang mukminah itu yang kafir maka tiada halal nikahnya dan jika takut zina dan tiada belanja sekalipun
وَأَنْ تَصْبِرُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۗ
Dan jika sabar kamu terlebih baik bagi kamu daripada nikah dengan hamba supaya tiada jadi anak itu hamba ikut ibunya
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat mengampuni lagi kasih sayang dengan diluas pada yang demikian itu.

Rabu, 29 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 24



۞ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ
Dan diharam segala yang mempunyai suami daripada perempuan dahulu daripada dicerai oleh suaminya merdeka muslim ada mereka itu atau tiada melainkan barang yang milik oleh tangan kamu daripada hamba perempuan dengan tawanan maka harus kamu wati’ mereka itu kemudian daripada istibra’ dengan segala haidh dan jika ada suami sekalipun
كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ
Difardhukan Allah ta’ala atas kamu yang demikian itu
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ
Dan dihalal bagi kamu barang yang lain yang diharam atas kamu itu bahawa kamu tuntut perempuan dengan harta kamu mahar atau harga hal kamu berkahwin tiada zina
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ
Maka mana-mana peempuan yang kamu ambil kekaan dengannya daripada mereka itu perempuan kamu kahwin dengna wati’ itu maka beri oleh kamu akan mereka itu mahar mereka itu yang kamu fardhukan bagi mereka itu itu fardhu
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ
Dan tida mengaa atas kamu pada barang yang kamu beridha ridha dengan mereka itu daripada perkurang atau perebih mahar itu
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Bahasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Yang Amat Mengetahui dan Amat Halim pada barang yang ditadbir bagi mereka itu.

An Nisa' - Ayat 23

AYAT 23


Ahad, 26 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 24 Ms 164

۞ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ
Dan diharam segala yang mempunyai suami daripada perempuan dahulu daripada dicerai oleh suaminya merdeka muslim ada mereka itu atau tiada melainkan barang yang milik oleh tangan kamu daripada hamba perempuan dengan tawanan maka harus kamu wati’ mereka itu kemudian daripada istibra’ dengan segala haidh dan jika ada suami sekalipun
كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ
Difardhukan Allah ta’ala atas kamu yang demikian itu
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ
Dan dihalal bagi kamu barang yang lain yang diharam atas kamu itu bahawa kamu tuntut perempuan dengan harta kamu mahar atau harga hal kamu berkahwin tiada zina
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ
Maka mana-mana peempuan yang kamu ambil kekaan dengannya daripada mereka itu perempuan kamu kahwin dengna wati’ itu maka beri oleh kamu akan mereka itu mahar mereka itu yang kamu fardhukan bagi mereka itu itu fardhu
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ
Dan tida mengaa atas kamu pada barang yang kamu beridha ridha dengan mereka itu daripada perkurang atau perebih mahar itu
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Bahasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Yang Amat Mengetahui dan Amat Halim pada barang yang ditadbir bagi mereka itu.

An Nisa' - Ayat 22 Ms 162

Haram Isteri Bapa

وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۚ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan jangan kamu nikah barang yang nikah oleh bapa kamu daripada perempuan itu melainkan barang yang telah lalu masa jahiliah dimaaf bahasa nikah isteri bapa bahasa nikah isteri bapa itu adalah ia kejahatan yang mengkeji oleh syarak dan murka dariapda Allah dan sejahat-jahat jalan mengkeji oleh adat.


An Nisa' - Ayat 21 Ms 162

وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَىٰ بَعْضُكُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
Dan betapa kamu hendak ambil akan dia dan sungguh telah sampai hajat setengah kamu kepada setengah dengan jima’ yang menetap bagi mahar
وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا
Dan telah ambil mereka itu perempuan daripada kamu itu akan perjanjian yang sangat kukuh iaitu barang yang menyuruh Allah dengannya daripada pegang dengan kebaikan dan lepas keelokkan.

An Nisa' - Ayat 20 Ms 161

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ
Dan jika berkehendak kamu tukar ganti isteri dengna kamu talak akan dia dan kamu nikah lain
وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا ۚ
Dan kamu beri akan seorang mereka itu harta yang banyak mahar maka jangan kamu ambil balik daripadanya akan suatu
أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Adakah kamu ambil akan dia dengan zalim dan dosa yang nyata

Ahad, 19 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 19 Ms 161

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ
Hai segala mereka yang beriman tiada halal bagi kamu bahawa kamu pesakakan perempuan bagi kerabat kamu yang mat itu dengan dikerasi seperti masa jahiliyah jika dikehendaki berkahwin mereka itu akan dia dengan tiada mahar atau kahwin kepada orang lain dan apabaila mereka itu akan maharnya atau enggan mereka itu akan dia hingga tebus perempuan itu dengan harta yang ia hendak dapat pesaka atau mati ia maka ambil pesaka mereka itu akan dia maka ditegah mereka itu daripada yang demikian itu

وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ
Dan jangan kamu tegah akan mereka itu perempuan kamu daripada nikah orang lain dengan tahan mereka itu dan tiada gemar kamu pada mereka itu kerana mudharat sahaja

لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ
Kerana kamu hendak menghilang setengah barang yang kamu beri kepada mereka itu daripada mahar dan nafkah

إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
Melainkan bahawa mendatang mereka itu dengan zina yang nyata atau nusyuz maka harus bagi kamu beri mudharat mereka itu hingga tebus khulu’ mereka itu daripada kamu ini mansukh maka tiada harus mudharat isteri kerana hendakah suruh tebus pada satu mazhab

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
Dan muasyarah oleh kamu akan mereka itu dengan kebakan pada percakapan dan nafkah dan bermalam

فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ
Maka jika kamu benci akan mereka itu maka sabar kamu

فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا 

Maka mudah-mudahan bahawa kamu benci akan sesuatu dan menjadi Allah padanya kebaikan ang banyak dengan direzeki akan kamu anak yang soleh daripada mereka 

An Nisa' - Ayat 18 Ms 161

ولَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ
Dan tiada taubat itu bagi mereka yang mengerja dosa hingga apabila hadir akan seseorang mereka itu oleh mati dan keluar roh
قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ
Berkata ia bahawasa akau itu taubat sekarang maka tiada manafaat taubat ketika keluar roh dan tiada di terima
وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ
Dan tiada diterima taubat segala orang yang mati dan mereka it kafir apabila taubat pada Akhirat ketika lihat azab

Bermula mereka itu telah kami sedia bagi mereka itu azab yang sangat sakit