Sabtu, 5 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 174, Muka Surat 146 (Cadangan Utk 10 Mac 16 Hari Khamis)

فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
Maka balik mereka itu ke Madinah dengan ni’mat daripada Allah dan kurnia selamat dan laba
لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ
Tiada kena akan mereka itu kejahatan daripada bunuh atau luka
وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ
Dan ikut mereka itu akan keredhaan Allah dengan taatnya dan rasulnya pada keluar
وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ {174}

Dan Allah Ta’ala itu mempunyai kurnia yang besar-besar ahli tatnya

Jumaat, 4 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 173, Muka Surat 146 (Cadangan Utk Rabu 9 Mac 16)

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ
Segala mereka yang berkata bagi mereka itu oleh manusia Naim ibnu aswa al Asja’i
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ
Bahawa manusia Abu Sufian dan sahabatnya sungguh menghimpun mereka itu bagi kamu tentera yang banyak hendak menghabis akan kamu maka takut oleh kamu akan mereka itu dan jangan kamu pergi di Badar As Sughro yang janji Abu Sufian hendak berperang di sana maka dating ketakutan diupah Naim ini sepulu unta suruh kata perkataan itu
فَزَادَهُمْ إِيمَانًا
Maka bertambah akan mereka itu iman dengan Allah dan yakin
وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan membaca mereka itu ayat itu di jalan pergi itu makna memada akan kami Allah dan sebaik yang diserah kepadanya pekerjaan maka keluar mereka itu serta Nabi seribu lima ratus orang dan Abu Sufian keluar sampai di tempat (Nabi) nama Marra Zahran balik ke Mekah sertanya dua ribu Quraisy ketika dating ketakutan dan a dalah serta sahabat nabi tijarah dan jual mereka itu maka dapat laba mereka itu, firman Allah Ta’ala


Ali Imran - Ayat 171 Muka Surat 146 (dibentang pada 10 Mac 2016)

Bukit Uhud
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
Suka mereka itu dengan ni’mat daripada Alah dan kurnia lebih atasnya.
  وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan bahawasa  Allah Ta’ala itu tiada mensia-sia akan pahala orang yang mukminin tetapi memberi pahala akan mereka itu

Ali Imran - Ayat 170, Muka Surat 145 (Cadangan Utk Isnin 7 Mac 16)

Bukit Rumma, Tempat Pemanah
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ
Suka mereka itu dengan barang yang diberi akan mereka itu oleh Allah  daripada kuriaNya dan mereka itu suka dengan segala mereka yang tiada menghubung dengan mereka itu daripada kemudian mereka itu daripada saudara mereka itu yang mukminin dalam dunia
أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Bahawa tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada Akhirat (Ayat 170)

Khamis, 25 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 169 (Cadangan Utk Hari Khamis 3 Mac 16 - Muka Surat 145)



 
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ
Dan jangan engkau sangka akan segala mereka yang dibunuh pada perang sabilillah di Uhud itu mati tetapi
بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ {169}
Tetapi mereka itu hidup pada sisi Tuhan mereka itu direzeki mereka itu daripada buah-buahan syurga ruh mereka itu pada dalam segala burung yang hijau terbang ia dalam syurga di mana-mana tempat yang dikehendakinya

Ali Imran - Ayat 168 (Cadangan Utk Rabu 2 Mac 16 - Muka surat 145)



الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوا
Segala mereka yang berkata bagi segala saudara pada agama dan duduk mereka itu daripada perang
لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا ۗ
Jika mereka itu taat akan kamu nescaya tiada dibunuh mereka itu pada Uhud
قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنْفُسِكُمُ الْمَوْتَ
Kata olehmu maka tolak oleh kamu daripada diri kamu itu akan mati
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {168}
Jika ada kamu itu benar sekelian pada kata duduk itu tiada mati dan turun pada segala yang mati syahid pada Uhud ahwal as Syuhada’

Ali Imran - Ayat 167 (Cadangan Utk Selasa 1 Mac 16 - Muka Surat 144 & 145)



وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا ۖ قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَاتَّبَعْنَاكُمْ ۗ
Dan segala mereka yang dikata bagi mereka itu mari kamu berperang pada sabilillah atau tolak kamu akan kaum kafir dariapda kami kata mereka itu jika kami tahu berperang nescaya kami ikut akan kamu maka mereka itu Abdullah bin Ubai yang munafiq dan sahabatnya tatkala berpaling mereka itu daripada perang Uhud adalah mereka itu tiga ratus lelaki firmannya mendusta mereka itu.
هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَانِ ۚ
Mereka itu bagi kufur pada hari itu terlebih hampir daripada mereka itu bagi iman dengan menzahir mereka itu daripada menghina bagi Rasul dan segala mukmin dan adalah mereka itu dahulu daripada itu hampir kepada iman pada zahirnya
يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
Kata mereka itu dengan mulut mereka itu barang yang tiada pada dalam hati mereka itu perkataan jika kami tahu berperang kami ikut itu jika tahu mereka itu berperangpun tiada ikut
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ {167}
Dan Allah Ta’ala itu amat mengetahui dengan barang yang mereka itu sembunyikan dalam hati dariapda munafiq itu