Khamis, 25 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 166 & 167 (Cadangan Utk Isnin 29 Feb 16 - Muka Surat 144)



وَمَا أَصَابَكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ فَبِإِذْنِ اللَّهِ
Dan akan barang yang mengena akan kamu pada hari berampak dua puak peperangan Uhud itu maka iaitu dengan izin Allah
وَلِيَعْلَمَ الْمُؤْمِنِينَ   {166} وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا ۚ
Dan supaya mengetahui ia akan segala orang mukmin dengan sebenar dan supaya mengetahu Ia akan segala orang munafiqin yang sebenar maka perang Uhud jadi timbangan yang boleh mengetahu Muslim atau Munafiq

Rabu, 24 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 165



أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ
Adalah tatkala kena akan kamu oleh musibah di Uhud dengan bunuh tujuh puluh sungguh telah kena kamu dua gandanya dengan Badar dengan bunuh tujuh puloh dan tawan tujuh puloh daripada mereka itu kuffar itu kamu kata
أَنَّىٰ هَٰذَا ۖ
Dari mana bagi kita ini kehinaan dan kita muslimun sekelian dan Rasulullah ada pada kita
قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ ۗ
Kata olehmu ya Muhammad iaitu kehinaan itu daripada diri kamu kerana kamu tinggal markaz tempat perang maka hina akan kamu dengan hazimah
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {165}
Bahawasanya Allah Ta’ala atas tiap-tiap sesuatu itu amat kuasa dan daripadaNya pertolongan dan tegahnya dan sungguh membalas Ia akan kamu dengan sebab menyalahi kamu suruh Nabi kamu.

Ahad, 21 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 164



لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ
Demi Allah sungguh telah mengkurnia Allah Ta’ala atas segala orang mukminin itu kerana telah bangkit ia pada mereka itu akan seorang Rasul Muhammad daripada bangsa mereka itu Arab, umpama mereka itu supaya dapat taham mereka itu daripadanya dan kemuliaan dengannya tiada Malaikat dan tiada bangsa ‘ajam
يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
Membaca ia atas mereka itu segala ayat QuranNya
وَيُزَكِّيهِمْ
Dan mensuci ia akan mereka itu daripada dosa dengan tunjuk jalan ibadat dan taubat
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Dan mengajar ia akan mereka itu kitab Quran dan hikmat sunah Nabi
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ {164}
Dan jika ada mereka itu daripada dahulu bangkitnya daripada dholalah yang nyata sekalipun