Jumaat, 7 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 93



Dan turun tatkala dikata orang yahudi kepada Nabi Muhammad bahawa engkau dakwa kata engkau atas agama Ibrahim dan adalah Ibrahim tiada makan daging unta dan laban susu
كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِ
Sekelian makanan itu ada ia halal bagi Bani Israel Nabi Yaakub melainkan barang yang mengharam oleh Israel itu atas dirinya ketika dating baginya Yaakub penyakit عرق النساء araq nisa’ perecut di peha ubatnya minyak lemak di pungkur kibash minum tiga pagi satu kibash maka bernazar ia jika sembuh tiada makan unta maka diharam ata mereka itu.
مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ ۗ
Daripada dahulu bahawa diturun akan Taurah lagi, maka yang demikian itu kemudian daripada Ibrahim dan tiada haram pada masanya seperti yang disangka mereka itu.
قُلْ
Kata olehmu
فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maka bawa datang kamu dengan Taurah maka baca oleh kamu akan dia jika ada kamu itu benar sekelian maka tercengang mereka itu dan tiada datang mereka itu dengannya Taurah firman Allah Ta’ala

TAFSIR JALALAIN

(Semua makanan halal bagi Bani Israel kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel) atau Yakub (atas dirinya) yaitu unta yang ditimpa penyakit pada urat nadinya. Ia bernazar jika hewan itu sembuh tidak akan dimakannya, maka haramlah hukumnya bagi mereka (sebelum Taurat diturunkan) hal ini terjadi sesudah Ibrahim sedangkan pada masanya sendiri tidaklah haram sebagaimana yang telah diakuinya. (Katakanlah) kepada mereka ("Ambillah Taurat lalu bacalah) agar nyata benar atau tidaknya ucapanmu itu (jika kamu orang-orang yang benar") dalam masalah tersebut. Mendengar itu mereka pun kebingungan dan tak pernah mengemukakan Taurat.

Ali Imran - Ayat 92



 لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ
Tiada kamu dapat akan pahala kebajikan syurga itu hingga kamu sedekah daripada barang harta yang kamu kasih
وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ {92}
Dan akan barang mana yang kamu sedekah daripada suatu maka Allah Ta’ala dengannya amat mengetahui maka membalas ia atasnya,

Khamis, 6 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 91



إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الْأَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَىٰ بِهِ ۗ
Bahawasanya segala mereka yang kafir dan mati mereka itu kafir maka tiada diterima daripada seorang mereka itu penuh bumi emas jika ditebus dengannya
أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermula mereka itu bagi mereka itu azab yang sangat sakit
وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
Dan iada bagi mereka itu seorang daripada petolongan yang melepaskan daripada azab Allah Ta’ala.

Ali Imran - Ayat 90



Kisah Yahudi jadi Kafir..... dan turun pada yahudi
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَنْ تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ
Bahawasanya segala orang yang kafir dengan Isa kemudian daripada iman mereka itu dengan Musah kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad itu tiada terima taubat mereka itu apabila ghargarah sampai nyawa di halqum atau mati kafir
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الضَّالُّونَ
Dan bermula mereka mereka itulah yang sesat sekelian

Isnin, 3 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 89



 إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا
Melainkan segala mereka yang taubat mereka itu dan beramal yang soleh-soleh
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ {89}
Maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat mengampuni lagi amat kasih sayang.