Khamis, 18 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 65



يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ
Hai ahli kitab kerana apa kamu berbantah pada nabi Ibrahim dengan kata atas agamanya
وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ ۚ
Dan tiada diturun taurah dan injil melainkan kemudian daripada dengan beberapa masa antara Ibrahim dengan Musa seribu tahun dan antara Musa dengan Isa seribu sembilan ratus tujuh puloh lima tahun dan kemudian daripada nurun keduanya datang Yahudi dan Nasoro
أَفَلَا تَعْقِلُونَ {65}
Maka tiadakah beraqal kamu akan batil perkataan kamu itu

Ali Imran - Ayat 64




قُلْ
Kata olehmu Ya Muhammad
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Hai Ahli Kitab Yahudi Nasoro
تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Mari oleh kamu kepada kalimah yang bersamaan antara kami dan antara kamu iaitu
أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ
Iaitu bahawa jangan kita sembah melainkan Allah semata-mata dan jangan kita syirik denganNya sutu dan tiada ambil setengah kita akan setengah buat tuhan daripada lain Allah ta’ala seperti kamu ambil akhbar dan ruhban kamu buat tuhan dengan ikut apa yang dihalal atau haram ahbar ulama yahudi ruhban ulama nasoro
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ {64}
Maka jika berpaling mereka itu daripada tauhid Allah maka kata oleh kamu Ya Muslimun naik saksi kamu bagi kami dengan bahawa kami ini Islam sekelian dan turun tatkala kata yahudi nabi Ibrahim yahudi dan kata atas agamanya dan kata nasoro seperti demikian juga

Selasa, 16 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 63



فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ {63}
Maka jika berpaling mereka itu daripada iman maka bahawasanya Allah ta’ala itu amat mengetahui dengan segala orang yang berbuat kejahatan maka balas Ia akan dia.

Ali Imran - Ayat 62



إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ ۚ
Bahawasanya yang tersebut iaitulah kisah khabaran yang sebenar tiada syak padanya
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ ۚ
Dan tiada daripada Tuhan itu melainkan Allah semata
وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dan bahawasanya Allah ta’ala ialah Tuhan yang sangat keras pada dalam miliknya lagi sangat pandai pada perbuatannya

Isnin, 15 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 61



 فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ  {61}
Maka barang siapa lawan berbantah akan dikau pada kejadian Isa daripada kemudian barang yang datang akan dikau daripada ilmu wahyu dengan kejadiannya maka kata olehmu
   فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Mari oleh kamu kata panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu dan isteri kami dan isteri kamu dan diberi kami dan diberi kamu kemudian kita bersungguh-sungguh pinta doa maka kita jadi akan laknat Allah atas segala orang yang dusta dengan kita kata
اللهم العن الكاذب في شأن عيسى
Hai Tuhanku laknat olehMu akan yang dosa pada kejadian Isa dan sungguh telah dipanggil oleh Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam akan wafdun Najran bagi yang demikian itu tatkala berhujjah mereka itu akan dia pada kejadian Isa maka kata mereka itu hingga kami hendak nazar fikir pada pekerjaan kami kemudian kami mari maka kata orang alim mereka itu nama Abdul Masih sungguh telah kamu ketahui akan nabinya Muhammad itu dan tiada mubahalah lawan laknat satu kaum akan seorang nabi-nabi melainkan binasa mereka itu maka suluh oleh kamu akan laki-laki ini dan balik kamu maka datang mereka itu akan nabi dan sungguh telah keluar ia dan sertanya Hasan dan Husain dan Fatimah dan Ali dan sabda Nabi bagi mereka itu apabila aku doa maka Aamiin oleh kamu menegah mereka itu daripada lawan berlaknat dan suluh mereka itu atas jizyah riwayat Abu Naim dan daripada Ibnu ‘Abbas berkata ia jikalau keluar segala mereka yang mubahalah itu nescaya kembali tiada dapat harta dan tiada ahli, diriwayat jika keluar mereka itu nescaya terbakar mereka itu.