Selasa, 16 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 63



فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ {63}
Maka jika berpaling mereka itu daripada iman maka bahawasanya Allah ta’ala itu amat mengetahui dengan segala orang yang berbuat kejahatan maka balas Ia akan dia.

Ali Imran - Ayat 62



إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ ۚ
Bahawasanya yang tersebut iaitulah kisah khabaran yang sebenar tiada syak padanya
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ ۚ
Dan tiada daripada Tuhan itu melainkan Allah semata
وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dan bahawasanya Allah ta’ala ialah Tuhan yang sangat keras pada dalam miliknya lagi sangat pandai pada perbuatannya

Isnin, 15 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 61



 فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ  {61}
Maka barang siapa lawan berbantah akan dikau pada kejadian Isa daripada kemudian barang yang datang akan dikau daripada ilmu wahyu dengan kejadiannya maka kata olehmu
   فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Mari oleh kamu kata panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu dan isteri kami dan isteri kamu dan diberi kami dan diberi kamu kemudian kita bersungguh-sungguh pinta doa maka kita jadi akan laknat Allah atas segala orang yang dusta dengan kita kata
اللهم العن الكاذب في شأن عيسى
Hai Tuhanku laknat olehMu akan yang dosa pada kejadian Isa dan sungguh telah dipanggil oleh Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam akan wafdun Najran bagi yang demikian itu tatkala berhujjah mereka itu akan dia pada kejadian Isa maka kata mereka itu hingga kami hendak nazar fikir pada pekerjaan kami kemudian kami mari maka kata orang alim mereka itu nama Abdul Masih sungguh telah kamu ketahui akan nabinya Muhammad itu dan tiada mubahalah lawan laknat satu kaum akan seorang nabi-nabi melainkan binasa mereka itu maka suluh oleh kamu akan laki-laki ini dan balik kamu maka datang mereka itu akan nabi dan sungguh telah keluar ia dan sertanya Hasan dan Husain dan Fatimah dan Ali dan sabda Nabi bagi mereka itu apabila aku doa maka Aamiin oleh kamu menegah mereka itu daripada lawan berlaknat dan suluh mereka itu atas jizyah riwayat Abu Naim dan daripada Ibnu ‘Abbas berkata ia jikalau keluar segala mereka yang mubahalah itu nescaya kembali tiada dapat harta dan tiada ahli, diriwayat jika keluar mereka itu nescaya terbakar mereka itu.

Ahad, 14 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 60



الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْمُمْتَرِينَ {60}
Bermula yang sebenar perkejaan Isa itu daripada Tuhan engkau maka jangan ada engkau ya Muhammad dariapda jumlah segala orang yang syak padanya.

Ali Imran - Ayat 59



إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ {59}
Bahawa umpama kejadian Isa pada Allah Ta’ala itu seperti umpama kejadian Adam telah menjadi akan dia daripada tanah kemudian firman baginya jadi olehmu maka jadi ia dengan tiada ibu dan bapa