Ahad, 8 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 13



قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا ۖ
Sungguhn telah ada bagi kamu itu ambil i’tibar pada dua puak peperangan muslim dan kafir berdempak keduanya pada hari Badar kerana berperang
فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Satu puak berperang ia pada jalan agama Allah mereka itu Nabi dan segala sahabatnya tiga ratus tiga belas orang laki-laki serta mereka itu dua berkuda enam baju rantai dan lapan berpedang kebanyakan mereka itu berjalan kaki tujuh puluh unta berganti-ganti
وَأُخْرَىٰ كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُمْ
Puak yang lain itu kafir melihat mereka itu kafir akan mereka itu muslimin
مِثْلَيْهِمْ
Dua ganda mereka itu muslimin terlebih banyak daripada mereka itu seumpama seribu
رَأْيَ الْعَيْنِ ۚ
Pada penglihatan mata zahir dan sungguh telah tolong akan mereka itu oleh Allah serta sedikit mereka itu
وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ
Dan Allah Ta’ala menguat IA dengan pertolonganNya mereka yang dikehendaki tolongNya
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Bahawasa pada yang demikian itu menjadi bandingan bagi yang empunya mata hati maka apa tiada kamu ambil i’tibar dengan yang demikian itu maka supaya kamu beriman

Selasa, 3 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 12



قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
Kata olehmu ya Muhammad bagi segala orang kafir
سَتُغْلَبُونَ
Lagi dukalah akan kamu dengan bunuh dan tawan dan kena jizyah dan sungguh telah jadi yang demikian itu
وَتُحْشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan lagi dihimpun akan kamu sekelian kepada neraka jahannam dan sejahat-jahat hamparan ia

Ahad, 1 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 11



 كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ

Seperti adat Firaun dan ahlinya dan segala mereka kafir yang dahulu daripada mereka itu seperti kaum ‘Aad dan Tsamud
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
Mendusta mereka itu dengan segala ayat Kami
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka telah ambil akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan dosa mereka itu membinasa akan mereka itu.
وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan Allah Ta’ala itu sangat-sangat ‘iqab dan turun tatkala menyuruh Nabi sollahu alaihi wasallam akan orang Yahudi dengan Islam ketika baliknya daripada perang badar menghimpun ia akan mereka itu pada Suq (pasar) Bani Qainuqa’ menakut bahawa turun dengan mereka itu barang yang turun dengan Quraisy maka kata mereka itu jangan menipu akan dikau bahawa engkau bunuh jama’ah yang bodoh tiada tahu perang jika engkau perang kami nescaya engkau tahu kami manusia.


Rabu, 28 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 10



إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
Bahawasa segala orang yang kafir itu
لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
Tiada mmengaya daripada mereka itu oleh segala harta pun mereka itu dan tiada segala anak-anak mereka itu daripada azab Allah itu suatu
وَأُولَٰئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang menyala api neraka

Ali Imran - Ayat 9



رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ
Hai Tuhan kami bahawasanya Engkau Tuhan yang menghimpun akan segala manusia bagi hari yang tiada syak padanya iaitu hari kiamat maka Engkau balas akan mereka itu dengan amalan mereka itu seperti yang Engkau janji.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Bahawasa Allah Ta’ala itu Tuhan tiada menyalahi janji sekali-kali rawi As Syaikhani daripada Aisyah kata ia baca Nabi Sollahu alaihi wasallam ini ayat
هو الذي أنزل عليك الكاب الح
Dan sabda Ia apabila engkau lihat segala mereka yang mengikut barang yang syubhat itu maka mereka itulah yang dinama oleh Allah Ta’ala maka takut oleh kamu akan mereka itu dan daripada Abi Musa al Asyaari dengar Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda ia tiada aku taku atas umatku melainkan tiga perkara iaitu banyak harta maka berhasad-hasad dan berbunuh-bunuh mereka itu sebabnya dan bahawa buka kita maka ambil mukminin pada menuntut ta’wilnya dan tiada ketahui ta’wil melainkan Allah dan bahawa bertambah ilmu mereka itu maka sia-sia mereka itu akan dia tiada belajar daripadanya.