Ahad, 28 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 284



لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
Bagi Allah Ta’ala barang yang di dalam tujuh petala langit dan barang yang pada dalam bumi milik kejadian hamba bagi Allah
وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ
Dan jika kamu zahir barang yang dalam hati kamu dariapda kejahatan azam atas atau kamu sembunyi akan dia dalam hati nescaya hisab akan kamu dengannya oleh Allah Ta’ala hari qiamat
فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ
Maka mengampun Ia bagi mereka yang dikehendaki ampun dan mengazab Ia akan mereka yang dikehendaki azabNya.
وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Allah Ta’ala atas tiap-tiap suatu itu amat kuasa dan setengah daripadanya hisab amalan kamu dan balas kamu

Isnin, 22 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 283



وَإِنْ كُنْتُمْ عَلَىٰ سَفَرٍ وَلَمْ تَجِدُوا كَاتِبًا
Dan jika ada kamu itu atas musafir dan tiada kamu dapat juru tulis dan kamu berhutang
فَرِهَانٌ مَقْبُوضَةٌ
Maka gadaian yang diterima supaya kamu kepercayaan dengannya atas hutang itu dan telah menyata oleh sunat akan harus gadaian pada hadir dan ada surat dan syarat terima pada gadaian tambah dan memadai daripada murtahin atau wakilnya
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا
Maka jika percaya setengah kamu akan setengah atas haqnya maka tiada ambil gadaian ia
فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ
Maka hendaklah tunai oleh mereka yang dipercayai itu akan amanahnya hutang itu
وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Dan hendaklah takut ia akan Allah Ta’ala Tuhannya pada tunai hutangnya
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ
dan jangan kamu sembunyi akan saksi apabila diseru kepada mendirinya
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ ۗ
dan barang siapa yang sembunyi akan saksi maka bahawasanya berdosa hatinya kerana hati itu tempat saksi apabila berdosa ia mengikut akan dia oleh lainnya daripada segala anggota maka disiksa atasnya seperti segala yang berdosa
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
dan Allah Ta’ala dengan barang yang kamu beramal itu amat mengetahui tiada tersembunyi satu khair atau syar baik atau jahat

Rabu, 17 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 282



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala orang mukmin
إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ
Apabila berhutang kamu dengan satu hutang kepada pertangguhan yang tentu maka buat suruh oleh kamu akan dia seperti hutang dan jual salam jadi kepercayaan dan menolak perbantahan
وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
Dan hendaklah perbuat surat antara kamu itu oleh yang menyurat dengan keadilan tiada lebih pada harta dan pertangguhan dan tiada kurang
وَلاَ يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللّهُ
Dan tiada menegah orang yang menyurat bahawa perbuat surat ia seperti barang yang mengajar akan dia oleh Allah Ta’ala dengan hak
فَلْيَكْتُبْ
Maka hendaklah perbuat surat ia
وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ
Dan hendaklah imla’ oleh mereka itu yang atasnya hak hutang maka ikrar ia supaya diketahui barang yang atasnya
وَلْيَتَّقِ اللّهَ رَبَّهُ
Dan hendaklah takut ia akan Allah Ta’ala Tuhannya
وَلاَ يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئاً
Dan tiada kurang ia daripadanya akan suatu
فَإن كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهاً أَوْ ضَعِيفاً أَوْ لاَ يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ
Maka jika ada mereka yang atasnya hak itu safih atau dhaif kerana kecil atau tua atau tiada kuasa bahawa mula ia sendiri kerana خرصkelu atau tiada tahu atau jahil
فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ
Maka hendaklah imla’ oleh walinya
بِالْعَدْلِ
Dengan adil daripada bapa dan wasi dan qiyam dan juru bahasa
وَاسْتَشْهِدُواْ شَهِيدَيْنِ من رِّجَالِكُمْ
Dan taruh saksi oleh kamu akan dua saksi dua orang lelaki kamu muslimin  احرارmerdeka
فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاء
Maka jika kedua itu dua lelaki maka seorang lelaki dan dua perempuan dariapda mereka yang kamu redha daripada segala saksi kerana agamanya dan adilnya
أَن تَضِلَّ إْحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى
Bahawa pula salah seorang keduanya maka mengingat salah seorang keduanya akan yang lain
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ
Dan tiada menegah oleh segala saksi apabila diseru mereka itu kepada jadi saksi tanggung saksi dan menunai
وَلاَ تَسْأَمُوْاْ أَن تَكْتُبُوْهُ صَغِيراً أَو كَبِيراً إِلَى أَجَلِهِ
Dan jangan kamu jemu bahawa kamu surat akan dia hak kecil atau besar itu hingga sampai pertangguhannya
ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ اللّهِ
Yang demikian itu kamu terlebih adil pada Allah Ta’ala
وَأَقْومُ لِلشَّهَادَةِ
Dan terlebih menolong bagi saksi atas mendirinya
وَأَدْنَى أَلاَّ تَرْتَابُواْ
Dan terlebih hampir bahawa tiada kamu syak pada qodar hak dan pertangguhan
إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ
Melainkan bahawa ada ia tijarah jual beli yang hadir pada antara kamu terima akan dia dan tiada pertangguhan padanya
فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلاَّ تَكْتُبُوهَا
Maka tiada di atas kamu itu mengapa bahawa tiada kamu perbuat surat akan dia
وَأَشْهِدُوْاْ إِذَا تَبَايَعْتُمْ
Dan taruh saksi oleh kamu apabila kamu berjual beli kerana menolak ia akan ikhtilaf ini disuruh taruh saksi sunat
وَلاَ يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلاَ شَهِيدٌ
Dan tiada memberi mudhara oleh yang menyuruh dan tiada saksi akan sohibul hak tuan barang dan mereka yang atasnya dengan ubah atau menegah atau berani keduanya barang yang tiada layak pada suratnya dan saksi
وَإِن تَفْعَلُواْ فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ
Dan jika diperbuat yang ditegah itu maka bahawasanya fasiq dengan kamu keluar daripada taat
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada amarNya dan nahiNya
وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ
Dan mengajar akan kamu oleh Allah Ta’ala akan segala maslahah pekerjaan dunia akhirat kamu
وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui

Isnin, 15 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 281



وَاتَّقُواْ يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللّهِ
Dan takut oleh kamu akan satu hari yang dikembali kamu padanya kepada Allah semata-mata iaitu hari qiyamat
ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ
Kemudian disempurna akan tiap-tiap seseorang itu barang yang ia beramal daripada baik dan jahat
وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ
Dan mereka itu tiada dizalimi akan mereka itu dengan kurang hasanah kebajikan atau tambah saiyiah kejahatan