Rabu, 29 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 260



وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءاً ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً وَاعْلَمْ أَنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Dan ketika berkata Nabi Ibrahim
رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى
Hai Tuhanku perlhat akan daku betapa Kaifiat Engkau menghidup orang mati kata ia ketika lihat satu bangkai di tepi laut memakan akan dia binatang laut ketika air pasang dan binatang darat ketika air surut maka ta’ajjub ia daripadanya hidupnya kerana setengah dalam laut dan setengan atas darat
قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن
Firman Allah tiadakah engkau beriman dengan qudratKu atas menghidup Tanya Allah Ta’ala akan Nabi Ibrahim serta ketahu dengan imannya supaya dijawab barang yang ditanya maka ketahui yang mendengar akan kehendaknya Nabi Ibrahim
قَالَ بَلَى
Kata Nabi Ibrahim sebenar hambaMu beriman
وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
Dan tetapi supaya tetap hatiku dengan memandang tulang yang berhimpun serta ambil dalil
قَالَ
firmanNya
فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ
Maka ambil olehmu akan empat jenis daripada burung
فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ
Maka cincang campur olehmu akan mereka itu daging dan bulu hampir engkau
ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءاً
Kemudian jadi olehmu atas tiap-tiap suatu bukit yang empat atau tujuh dariapda mereka itu satu-satu juzuk
ثُمَّ ادْعُهُنَّ
Kemudian seru oleh kamu akan mereka itu kepada engkau
يَأْتِينَكَ سَعْياً
Nescaya datang mereka itu akan dikau dengan segera
وَاعْلَمْ أَنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat keras tiada lemah akan Dia oleh suatu lagi amat Hakim pada perbuatannya maka ambil Ibrahim akan burung Tho_us merak dan siwao (seumpamanya) dan dan dendang (Selayang) dan dik bapa ayam dan perbuat ia dengan sekelian itu barang yang tersebut dan pegang ia akan keapala masing-masing itu padanya dan panggil ia akan mereka itu maka terbanglah segala juzuk dariapda bukit itu keapda setengah hingga cukup kemudian berhadap ia kepada segala kepala masing-masing dan terbang ia dengan izin Allah.

Selasa, 14 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 258






أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Bahagian 1 Tafsir Nurul Ihsan (Ayat 258 Al Baqarah)
Bahagian 2 Tafsir Nurul Ihsan (Ayat 258 Al Baqarah)

TAFSIR NURUL IHSAN

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ
Tiadakah engkau lihat ya Muhammad kepada kisah mereka yang lawan berhujjah akan Nabi Ibrahim pada Tuhannya kerana bahawa sebab datang akan dia oleh Allah Ta’ala angkat jadi raja iaitu namrud ibnu Kan’an anak zina mendakwa rububiah ketuhanan satu daripada empat raja-raja yang milik bumi sekelian dua kafir dua mukmin kedua Bakhtanussor maka yang mukmin itu Nabi Sulaiman dan Zulqarnain
إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Ketika berkata Nabi Ibrahim baginya tatkala berkata ia siapa tuhan engkau yang engkau panggil kami kepada sembahnya itu
رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ
Kata Nabi Ibrahim Tuhanku itu Tuhan yang menghidup dan memati
قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ
Kata Namrud dakupun boleh menghidup dan memati dengan bunuh dan ampun maka menyeru dengan dua lelaki maka membunuh ia akan seorang dan tinggal ia seorang maka tatkala lihat Nabi Ibrahim akan ahmaq bodoh namrud
قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Kata Nabi Ibrahim berpindah kepada hujjah yang terlebih terang daripadanya
فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
Maka bahawasa Allah Ta’ala itu bawa datang dengan matahari daripada masyriq pergi ke maghrib maka bawa datang olehmu dengannya daripada pihak maghrib ke masyriq pula jika sebenar engkau tuhan
فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ
Maka tercengang dan gementar namrud yang kafir dan putus hujjahnya
وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan Allah Ta’ala itu tiada menghidayah Ia akan segala kaum yang zalim dengan kufur kepada jalan lawan berhujjah

Isnin, 13 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 257





اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
TAFSIR NURUL IHSAN
اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ
Allah Ta’ala itu wali segala orang yang beriman
يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ
Mengeluar Ia akan mereka itu daripada zulmah kufur kepada nur iman
وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ
Dan bermula segala orang kafir itu auliya’ mereka itu Syaitan thoghut dengan ikut syaitan
يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ
Mengeluar mereka itu thoghut akan mereka itu kafir daripada nur iman kepada zulmat kufur
أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ
Bermula mereka itu yang mempunyai api neraka
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka itu pada dalamnya kekal sekelian.

Ahad, 12 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 256




لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
TAFSIR NURUL IHSAN
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Tiada dikerasi pada agama atas masuknya
قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Sungguh telah nyata iman Islam daripada kufur turun ini ayat pada Abu Husoin Ansor ada baginya dua anak laki-laki jadi nasora menghendaki ia Islam keduanya dengan keras menegah keduanya hingga sampai pada Nabi sollahu alaihi wasallam maka firmanNya
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maka tinggal ia akan keduanya
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ
Maka barang siapa yang kufur dengan thogut iaitu ayaitan atau asnam berhala
وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ
Dan beriman ia dengan Allah
فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا
Maka sungguhnya telah bergantung ia dengan tali yang kukuh tiada putus baginya
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar bagi perkataan lagi amat mengetahui dengan perbuatannya.