Isnin, 25 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 238



حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

TAFSIR NURUL IHSAN

Sembahyang wusto….
حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى
Pelihara oleh kamu atas sembahyang lima waktu dan sembahyang wusto yaitu ‘asar atau subuh, beberapa aqwal disebut akan dia kerana kelebihannya
وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Dan berdiri oleh kamu bagi Allah akan sembahyang itu hal keadaan kamu taat sekelian baginya tiada bagi lainnya.

Tambahan (bukan dari Tafsir Nurul Ihsan)

Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda :
صلُّوا كَما رأَيتُموني أُصلي
Sembahyanglah kamu (caranya) seperti kamu lihat aku sembahyang.

PERTAMA : DENGAN MAKSUD SOLAT ASAR

Firman Allah: khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar). Adapun solat wusta maka mengikut pendapat yang rajih yang dipilih dari pelbagai riwayat ialah solat asar kerana Rasulullah s.a.w bersabda pada hari peperangan al-Ahzab: Mereka telah menghalangi kita daripada solat wusta, iaitu solat Asar. Allah penuhkan hati dan rumah mereka dengan api neraka! (riwayat Muslim)
Sayid Qutub berkata: Dalam ayat ini diperintahkan supaya dipeliharakan semua solat, iaitu mendirikannya di dalam waktu-waktunya masing-masing dan menyempurnakan segala rukun dan segala syaratnya.
Ibn al-Arabi mengemukakan tiga andaian:- Ia diambil daripada perkataan al-wasat yang bermaksud saksama, terbaik dan mempunyai kelebihan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً
Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) satu umat pilihan lagi adil.

KEDUA : DENGAN MAKSUD SOLAT SUBUH

Ibn al-Qasim berkata, Malik berkata: Solat subuh ialah solat wusta kerana solat zuhur dan asar pada waktu siang dan solat maghrib dan isyak pada waktu malam, sedangkan subuh berada antaranya dan ia solat yang paling sikit kadarnya.
Solat zuhur dan asar boleh dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak boleh dijamakkan sedangkan solat subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana solat pun. Ia juga solat yang ramai orang terluput kerana tertidur.
Pandangan yang sama disebut oleh Zaid bin Aslam. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa solat subuh ialah solat wusta kerana dikerjakan antara kegelapan malam dan kecerahan siang. Di samping itu kerap kali manusia terluput mengerjakannya. Ibn Abbas juga berkata: Setelah membaca qunut dalam solat subuh, inilah solat wusta.

Ahad, 24 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 237



وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

TAFSIR NURUL IHSAN
وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ
Dan jika kamu talak akan mereka itu dan sungguh telah kamu fardhu bagi mereka itu mahar akan sebagai fardhu maka wajib setengah barang yang telah kamu fardhu
إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ
Melainkan bahawa memaafkan oleh mereka itu isteri atau memaaf oleh suami dengan tangannya aqad nikah dengan tinggal mahar bagi isteri sekelian
وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan bermula maaf-maaf kamu itu terlebih hamper bagi taqwa akan Allah daripada insaf
وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
Dan Jangan kamu lupa akan kebaikan antara kamu laki isteri dan ibu bapa keduanya
إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Bahasanya Allah Ta’ala dengan barang yang kamu kerja itu amat melihat maka membalas Ia akan kamu dengannya

Rabu, 20 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 236



AYAT 236
لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدْرُهُ مَتَاعاً بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُحْسِنِينَ

Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
TAFSIR NURUL IHSAN

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ
Tiada mengapa atas kamu jika kamu talaq akan isteri kamu selama tiada kamu jima’ akan mereka itu.
أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً
Atau belum kamu tardhu mahar bagi mereka itu akan sebagai fardhu pada nikah tafwidh arti tiada dosa dan tiada mahar maka menikah perempuan tiada sebut mahar apabila di talaq oleh suaminya sebelum dukhul tiada wajib mahar dan tiada berdosa tetapi wajib mut’ah sahaja
وَمَتِّعُوهُنَّ
Dan beri mut’ah oleh kamu akan mereka itu
عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ
Atas orang kaya qadarnya dan atas orang miskin qodarnya
مَتَاعاً بِالْمَعْرُوفِ
Akan mut’ah dengan kebaikan
حَقّاً عَلَى الْمُحْسِنِينَ
Akan mut’ah yang sebenar kena atas orang yang muttaqin yang ta’at pada Allah.


Isnin, 18 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 235



   وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

TAFSIR NURUL IHSAN

 وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء
Dan tiada mengapa atas kamu pada barang yang kamu sendiri dengannya daripada meminang perempuan yang mati suami dalam iddahnya seperti katanya innaki jamilah engkau cantik wa man yajid mislaka siapa dapat semacam engkau dan robbi roghib fiki banyak orang gemar pada engkau
 أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ
Atau kamu sembunyi pada dalam hati kamu qosad nikah mereka itu
عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ
Telah ketahui oleh Allah Ta’ala bahawasanya kamu laki menyebut kamu akan dia dengan meminang maka harus bagi kamu dengan sendiri
وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً
Dan tetapi Jangan kamu janji akan mereka itu sebut nikah dengan sorih hanya sendiri sahaja yang harus
إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Melainkan bahawa kata akan kamu perkataan yang baik-baik daripada ta’ridh tiada dengan tasrih sendiri meminang tiada dengan sorih
وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
Dan Jangan kamu azam atas aqad nikah hingga sampai iddah itu akan masanya dengan lepas daripadanya
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala itu mengetahui akan barang yang dalam hati kamu maka takut oleh kamu akan Dia dariapda iqob siksaNya
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Mengampunai dosa kamu laki halim dengan ta’khir iqob daripada yang mustahaqnya.