Isnin, 18 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 235



   وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

TAFSIR NURUL IHSAN

 وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء
Dan tiada mengapa atas kamu pada barang yang kamu sendiri dengannya daripada meminang perempuan yang mati suami dalam iddahnya seperti katanya innaki jamilah engkau cantik wa man yajid mislaka siapa dapat semacam engkau dan robbi roghib fiki banyak orang gemar pada engkau
 أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ
Atau kamu sembunyi pada dalam hati kamu qosad nikah mereka itu
عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ
Telah ketahui oleh Allah Ta’ala bahawasanya kamu laki menyebut kamu akan dia dengan meminang maka harus bagi kamu dengan sendiri
وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً
Dan tetapi Jangan kamu janji akan mereka itu sebut nikah dengan sorih hanya sendiri sahaja yang harus
إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Melainkan bahawa kata akan kamu perkataan yang baik-baik daripada ta’ridh tiada dengan tasrih sendiri meminang tiada dengan sorih
وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
Dan Jangan kamu azam atas aqad nikah hingga sampai iddah itu akan masanya dengan lepas daripadanya
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala itu mengetahui akan barang yang dalam hati kamu maka takut oleh kamu akan Dia dariapda iqob siksaNya
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Mengampunai dosa kamu laki halim dengan ta’khir iqob daripada yang mustahaqnya.

Rabu, 13 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 234

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿٢٣٤﴾
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber`iddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa `iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya, menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا
Dan segala laki-laki yang mati daripada kamu dan meninggalkan mereka itu akan isteri itu
يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ
Hendaklah beriddah mereka itu dengan sendiri mereka itu
أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ
Empat bulan sepuluh hari dengan malamnya jika tiada hamil, maka iddahnya dengan beranaknya dan uddah empat setengah yang demikian itu dengan sunah hadis
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ
Maka apabila lepas iddah mereka itu
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ
Maka tiada mengapa atas kamu hai wali pada barang yang kerja mereka itu perempuan pada diri mereka itu daripada menghiasi diri dan melentang bagi pinangan orang dengan yang kebaikan pada syarak

Isnin, 11 Ogos 2014

aL Baqarah Ayat 231



وَاِذَا طَلَّقۡتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ اَجَلَهُنَّ فَاَمۡسِكُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ اَوۡ سَرِّحُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ‌ وَلَا تُمۡسِكُوۡهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعۡتَدُوۡا‌ ۚ وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰ لِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهٗ ‌ؕ وَلَا تَتَّخِذُوۡٓا اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا‌ وَّاذۡكُرُوۡا نِعۡمَتَ اللّٰهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ اَنۡزَلَ عَلَيۡكُمۡ مِّنَ الۡكِتٰبِ وَالۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُمۡ بِهٖ‌ؕ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعۡلَمُوۡٓا اَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيۡمٌ‏ ﴿۲۳۱﴾
Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma'ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, karena dengan demikian kamu menganiaya mereka [145]. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah ni'mat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
TAFSIR NURIL IHSAN
وَاِذَا طَلَّقۡتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ اَجَلَهُنَّ
Dan apabila kamu talaq akan perempuan maka sampai mereka itu akan uddah mereka itu hendak lepas
فَاَمۡسِكُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ اَوۡ سَرِّحُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ‌
Maka pegang oleh kamu akan mereka itu perempuan dengan ruju’ dengan kebaikan daripada ketiadaan mudharat atau kamu tinggal akan mereka itu dengan ma’ruf hingga lepas iddah mereka itu
وَلَا تُمۡسِكُوۡهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعۡتَدُوۡا‌
Dan Jangan kamu pegang akan mereka itu dengan ruju’ kerana memberi mudharat atas mereka itu sahaja kerana kamu sengaja melampau dengan membawa kepada pinta tebus talak dan memanjang iddah
وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰ لِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهٗ 
Dan barang siapa yang berbuat akan demikian itu maka sungguhnya telah zalim ia akan dirinya dengan dilintang akan dia kepada azab Allah
وَلَا تَتَّخِذُوۡٓا اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا‌
Dan Jangan kamu ambil akan segala hukum Allah ta’ala itu perbuat olok-olok dengan menyalahi
وَّاذۡكُرُوۡا نِعۡمَتَ اللّٰهِ عَلَيۡكُمۡ
Dan ingat oleh kamu akan ni’mat Allah ta’ala atas kamu dengan agama Islam
وَمَآ اَنۡزَلَ عَلَيۡكُمۡ مِّنَ الۡكِتٰبِ وَالۡحِكۡمَةِ
Dan barang yang telah ia turun akan dia atas kamu daripada kitab Quran dan hikmah hukum-hukum
يَعِظُكُمۡ بِهٖ‌ؕ
Mengajar Ia Allah ta’ala akan kamu dengannya dengan kamu syukur akan Dia dengan amal dengannya
وَاتَّقُوا اللّٰهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan imtithal junjung suruh dan tegah
وَاعۡلَمُوۡٓا اَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيۡمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasa Allah ta’ala dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui tiada tersembunyi atasnya suatu daripada ma’siat kamu dan taat.