Isnin, 11 Ogos 2014

aL Baqarah Ayat 231



وَاِذَا طَلَّقۡتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ اَجَلَهُنَّ فَاَمۡسِكُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ اَوۡ سَرِّحُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ‌ وَلَا تُمۡسِكُوۡهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعۡتَدُوۡا‌ ۚ وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰ لِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهٗ ‌ؕ وَلَا تَتَّخِذُوۡٓا اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا‌ وَّاذۡكُرُوۡا نِعۡمَتَ اللّٰهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ اَنۡزَلَ عَلَيۡكُمۡ مِّنَ الۡكِتٰبِ وَالۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُمۡ بِهٖ‌ؕ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعۡلَمُوۡٓا اَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيۡمٌ‏ ﴿۲۳۱﴾
Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma'ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, karena dengan demikian kamu menganiaya mereka [145]. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah ni'mat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
TAFSIR NURIL IHSAN
وَاِذَا طَلَّقۡتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ اَجَلَهُنَّ
Dan apabila kamu talaq akan perempuan maka sampai mereka itu akan uddah mereka itu hendak lepas
فَاَمۡسِكُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ اَوۡ سَرِّحُوۡهُنَّ بِمَعۡرُوۡفٍ‌
Maka pegang oleh kamu akan mereka itu perempuan dengan ruju’ dengan kebaikan daripada ketiadaan mudharat atau kamu tinggal akan mereka itu dengan ma’ruf hingga lepas iddah mereka itu
وَلَا تُمۡسِكُوۡهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعۡتَدُوۡا‌
Dan Jangan kamu pegang akan mereka itu dengan ruju’ kerana memberi mudharat atas mereka itu sahaja kerana kamu sengaja melampau dengan membawa kepada pinta tebus talak dan memanjang iddah
وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰ لِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهٗ 
Dan barang siapa yang berbuat akan demikian itu maka sungguhnya telah zalim ia akan dirinya dengan dilintang akan dia kepada azab Allah
وَلَا تَتَّخِذُوۡٓا اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا‌
Dan Jangan kamu ambil akan segala hukum Allah ta’ala itu perbuat olok-olok dengan menyalahi
وَّاذۡكُرُوۡا نِعۡمَتَ اللّٰهِ عَلَيۡكُمۡ
Dan ingat oleh kamu akan ni’mat Allah ta’ala atas kamu dengan agama Islam
وَمَآ اَنۡزَلَ عَلَيۡكُمۡ مِّنَ الۡكِتٰبِ وَالۡحِكۡمَةِ
Dan barang yang telah ia turun akan dia atas kamu daripada kitab Quran dan hikmah hukum-hukum
يَعِظُكُمۡ بِهٖ‌ؕ
Mengajar Ia Allah ta’ala akan kamu dengannya dengan kamu syukur akan Dia dengan amal dengannya
وَاتَّقُوا اللّٰهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan imtithal junjung suruh dan tegah
وَاعۡلَمُوۡٓا اَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيۡمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasa Allah ta’ala dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui tiada tersembunyi atasnya suatu daripada ma’siat kamu dan taat.

Khamis, 7 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 230



إِنْ طَلَّقَهَا فَلا تَحِلُّ لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يَتَرَاجَعَا إِنْ ظَنَّا أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٢٣٠ -
Kemudian jika si suami mentalaknya (setelah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sebelum dia menikah dengan suami yang lain[18]. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan istri) untuk menikah kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah ketentuan-ketentuan Allah yang diterangkan-Nya kepada orang-orang yang (mau) mengetahui.

TAFSIR NURIL IHSAN

وإِنْ طَلَّقَهَا فَلا تَحِلُّ لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ
Maka jika mentalaq ia akan perempuan maka tiada halal bagi suaminya daripada kemudian yang demikian itu talaq yang ketiga hingga nikah ia akan suami yang lain dan wati (bersetubuh) ia akan dia
فَإِنْ طَلَّقَهَا
Maka jika ditalak ia suami yang lain akan dia dan lepas iddahnya
فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يَتَرَاجَعَا
Maka tiada mengapa atas keduanya zaumah isteri dan zauj suami aqad suami yang kedua asobah jima’nya talaqnya lepas iddahnya
إِنْ ظَنَّا أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ
Jika zon (sangka) kedua-duanya itu bahawa mendiri kedua-dua akan segala had hukum Allah Ta’ala
وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ
Bermula yang demikian itu segala yang tersebut segala had hukum Allah Ta’ala
يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Menyata ia akan dia bagi segala kaum yang mengetahui tadbir mereka itu.

Rabu, 6 Ogos 2014

Al Baqarah Ayat 229



الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاك بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحُ بِإِحْسَانٍ وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا مِمَّا ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلآَّ أَن يَخَافَآ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللهِ فَأُوْلاَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ {229}
 “Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami istri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh istri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zhalim.” (Al-Baqarah: 229 )

TAFSIR NURUL IHSAN

الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ
Bermula talaq itu dua kali yang boleh rujuk
فَإِمْسَاكُ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحُ بِإِحْسَانٍ
Maka pegang rujuk dengan kebaikan daripada ketiadaan mudhorat atau lepas talak dengan keelokan talaq yang ketiga makna kemudian daripada dua talaq harus rujuk dan talak yang ketika tambah
وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا مِمَّا ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا
Dan tiada halal bagi kamu hai suami bahawa kamu ambil balik daripada barang yang telah kamu beri mahar akan mereka itu suatu daripada mahar apabila kamu talaq mereka itu
إِلآَّ أَن يَخَافَآ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللهِ
Melainkan bahawa takut kedua laki isteri itu bahawa tiada kuasa mendiri kedua akan segala had hukum Allah yang wajib atas keduanya
فإن خِفتُم ألا يُقيما حدودَ الله فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ
Maka jika berketahui kamu hai segala walatul Umur qodi-qodi bahawa tiada kuasa mendiri kedua-duanya itu akan had hukum Allah Ta’ala maka tiada maaf atas keduanya pada barang yang tebus perempuan dengannya akan dirinya daripada harta supaya mentalak akan dia oleh suaminya, artinya tiada mengapa atas perempuan pada memberi tebus dan tiada mengapa atas suami pada mengambilnya
تِلْكَ حُدُودُ اللهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا
Bermula yang demikian itu sekelian yang tersebut daripada nikah perempuan kafir sampai di sini itu segala had hukum Allah Ta’ala maka janganlah kamu lampaui akan dia dengan menyalahinya
وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللهِ فَأُوْلاَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ {229}
Maka barang siapa melampau akan segala had hukum Allah maka bermula mereka itulah yang zalim sekelian.

Isnin, 30 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 228



وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُواْ إِصْلاَحاً وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكُيمٌ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ
Dan bermula segala perempuan yang di talaq itu beriddah mereka itu dengan sendiri mereka itu tiga quru’ yaitu tiga kali haid daripada talaq ini hukum pada isteri yang sudah jima’ dukhul dengannya adapun yang belum dukhul maka tiada iddah atasnya dan iddah perempuan yang putus asa yang sudah berhenti daripada haid seperti umur lima puluh atau enam puluh dan perempuan yang kecil yang baru datang haid itu tiga bulan, cukup dengan iddah perempuan yang hamil bunting itu dengan beranak dan iddah hamba perempuan dengan dua quru’ dua kali haid
وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ
Dan tiada halal bagi mereka itu perempuan bahawa sembunyi mereka itu akan barang yang telah menjadikan Allah pada dalam segala Rahim mereka itu daripada anak dan haid
إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Jika ada mereka itu beriman dengan Allah dan hari yang akhir
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ
Dan segala suami mereka itu terlebih mustahak dengan kembali ruju’ mereka itu pada dalam yang demikian itu iddah
إِنْ أَرَادُواْ إِصْلاَحاً
Jika berkehendak mereka itu akan sulhu (perdamaian) antara keduanya tiada kerana mudharat perempuan, ini ayat menggemar atas suruh ruju’
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan bagi segala perempuan atas suami itu seumpama barang yang wajib atas mereka itu perempuan daripada segala huquq dengan kebaikan pada syara’ daripada elok ma’asyarah kedudukan dan tinggal mudharat isterinya dan seumpamanya difaham sunat lelaki menghiasai diri bagi isterinya seperti sunat isteri menghiasai bagi suaminya
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
Dan bagi segala lelaki atas mereka itu perempuan beberapa darjat kelebihan daripada wajib taat perempuan bagi mereka itu kerana barang yang diberi bagi mereka itu daripada mahar dan nafqah
وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكُيمٌ
Dan Allah ta’ala itu amat keras pada dalam miliknya lagi amat hakim pada yang ditadbir bagi makhluqnya.