Khamis, 9 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 159



إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى
Bahawasanya segala mereka yang sembunyi mereka itu akan hukum barang yang telah kami turu daripada segala kenyataan atas pekerjaan Muhammad dan hidayah menunjuk segala hukum-hukum seperti hukum rejam dan sifat Nabi Muhammad saw

مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ
Daripada kemudian barang yang Kami nyatakan dia bagi segala manusia pada dalam kitab taurat

أُولَـئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ
Bermula mereka itu yang sembunyi itu melaknat akan mereka itu oleh Allah erti menjauh akan mereka itu daripada rahmatnya

وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ
Dan melaknat akan mereka itu oleh segala yang melaknat itu Malaikat dan segala mukminin atau tiap-tiap satu dengan doa atas mererka itu dengan laknat.




Selasa, 7 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 158



إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ
Bahawasanya bukit Sofa dan Marwah tempat Sa’e di Makah itu setengah daripada tanda agama Allah.
فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ
Maka barang siapa qosad Baitullah bagi kerja haji atau umrah
فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا
Maka tiada mengapa atasnya bahawa towaf ia dengan keduanya dengan sa’e antara keduanya tujuh kali turun ini ayat tatkalai benci orang Muslimin akan demikian itu sa’e kerana orang jahiliyah sa’e mereka itu dengan keduanya dan atas kedua itu dua berhala sapu mereka itu akan keduanya dengan tangan kerana mengambil berkat kata Abdullah bin Abbas bahawa sa’e bukan fardhu
dan kata Imam Syafie dan lainnya sa’e itu rukun Haji dan menyata Rasulullah akan rukunnya dengan sabdanya bahasanya Allah Ta’ala telah fardhu atas kamu itu sa’e, dan lagi sabdanya
ابدؤوا بما بدأ الله به
Mula oleh kamu dengan barang yang memulai oleh Allah Ta’ala dengannya yakni Sofa
وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Dan barang siapa mengerjakan sunat kebajikan daripada towaf dan lainnya maka bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang menerima syukur bagi amalannya dengan diberi balasan pahala atasnya lagi amat ketahui dengannya banyak sedikit dan turun pada orang yahudi

Al Baqarah - Ayat 157



أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Maksudnya : Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ
Bermula mereka itu atas mereka itu ampunan daripada Tuhan mereka itu dan ni’mat kerana menarik setengah dan menolak mudharat.

وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang dapat hidayah kepada jalan agama yang betul sekira-kira istirja’ mereka itu dan taslim serah pekerjaan kepada Allah semata-mata ketika musibah.

Khamis, 2 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ
Demi Allah sungguh Kami hendak cuba akan kamu dengan suatu daripada ketakutan daripada seteru
وَالْجُوعِ
Dan lapar kemarau
وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
Dan kekurangan daripada harta dengan dibinasa dan kekurangan manusia dengan mati dan kena bunuh dan kesakitan dan kekurangan buah-buahan dengan kena penyakit maka kami hendak lihat adakah kamu sabar atau tiada
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan persuka olehmu Ya Muhammad akan segala oang yang baik sabar atas bala itu dengan syurga lepas dari neraka.

TAMBAHAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”

Riwayat at-Tirmidzi

Huraian

1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak