Khamis, 12 Disember 2013

AL BAQAROH 145

AYAT 145 AL BAQAROH - TAFSIR NURUL EHSAN



Tazkirah Masjid Bukit Indah : Tarikh 10 Dis 2013, Masa - Selepas Solat Subuh.

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
TAFSIRNYA :
وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ
Demi Allah jika engkau datang akan segala mereka yang diberi akan kitab Yahudi Nasara itu dengan tiap-tiap ayat mu’jizat ats kebenaran engkau pada pekerjaan berpaling Qiblat itu.
مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ
Nescaya tiada mengikut mereka itu akan qiblat engkau jua kerana tiada mereka itu erti hasad dengki.
وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ
Dan tiada engkau dengan mengikut qiblat mereka itu memutus Allah bagi tamaknya Nabi pada Islam mereka itu Yahudi danNasara dan tama’ mereka itu pada kembali Nabi kepada Qiblat mereka itu.
وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ
Dan tiada setengah mereka itu dengan mengikut qiblat setengah erti tiada ikut Yahudi qiblat Nasara dan aksnya (sebaliknya)
بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم
Demi Allah Ya Muhammad, jika engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu yang menyeru mereka itu akan dikau kepadanya daripada balik kepada qiblat mereka itu.
مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ
Daripada kemudian barang yang datang akan dikau daripada ilmu wahyu suruh qiblat ka’bah.
إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Bahawasanya engkau ketika itu sungguh daripada jumlah segala orang yang zalim zalim sebab tiada ikut suruhan Allah

Al Baqarah - Ayat 146


الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ
Segala mereka yang diberi meeka itu kitab Yahudi Nasara itu kenal mereka itu akan dia Muhammad
كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ
Sperti barang yang kenal mereka itu akan anak-anak mereka itu dengan sifatnya pada segala kitab-kitab mereka itu kata Abdullah ibnu Salam sungguhnya telah aku kenal akan dia Nabi Muhammad ketika aku lihat akan dia seperti barang yang aku kenal anakku dan kenalku bagi Muhammad itu terlebih lagi kerana percaya dengan Allah dan tiada berapa percaya dengan isteri
وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ
Dan bahawa stu firqah daripada mereka itu sungguh sembunyi mereka itu akan yang hak sifat Nabi
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan mereka itu mengetahui mereka itu Nabi Muhammad sebenar