Selasa, 24 Mac 2020

Al Maidah - Ayat 102 Ms 245


قَد سَأَلَها قَومٌ مِّن قَبلِكُم ثُمَّ أَصبَحوا بِها كٰفِرينَ

TERJEMAHAN BIASA

Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu (kepada Nabi mereka), kemudian mereka kufur dengannya.

TAFSIR NURUL EHSAN MS 245 BARIS PERTAMA DARI ATAS

AYAT 102 SURAH AL MAIDAH

Sungguh telah ditanya akan dia segala pertanyaan itu oleh kaum Yahudi dan Nasora dahulu daripada kamu akan Anbiya’ mereka itu maka dijawab dengan menyata hukuman-hukuman maka jadi mereka itu kafir sekelian dengannya dengan sebab meninggalkan amal dengannya seperti minta kaum Nabi Soleh itu mukjizat dan Yahudi minta lihat Allah dengan jahr terang dan Nasora minta turun Maidah hidangan dari langit.

Selasa, 27 November 2018

Al Maidah - Ayat 101 Ms 244

turun tatkala membanyak mereka itu akan Tanya Rasulullah daripada fardhu haji adakh tiap-tiap tahun dan bapanya di mana dalam syurga, atau …. Ayat 101

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ
Jangan kamu Tanya daripada segala perkara-perkara yang tiada menafaat akan kamu
إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
Jika dinyata bagi kamu pertanyaan itu nescaya menyakiti akan kamu seperti jawab Rasulullah bapa engkau dalam neraka
وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ
Dan jika kamu tiada daripada yang manafaat kamu ketika turun Quran menyatanya dan manakala dinyata kau susah hati maka janganlah kamu Tanya daripadanya kerana tiada manafaat bagi kamu
عَفَا اللَّهُ عَنْهَا ۗ
Telah memaafkan Allah Ta’ala daripadanya pertanyaaan itu maka jangan kamu ulang lagi
وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi halim tiada menyegera azab

Al Maidah - Ayat 100 Ms 244


قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ
Kata olehmu tiada bersamaan jahat dan baik kufur dan iman haram dan halal itu
وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ
Dan jika mengajaibkan akan dikau oleh banyak yang jahat dan kufur haram sekalipun
فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ
Maka hendaklah kamu takut akan Allah Ta’ala hai segala yang empunya aqal pada tinggal yang jahat kufur haram itu
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mudah-mudahan kamu dapat kemenangan kamu dngan syurga dan lepas daripada neraka turun tatkala membanyak mereka itu akan Tanya Rasulullah daripada fardhu haji adakh tiap-tiap tahun dan bapanya di mana dalam syurga, atau …. Ayat 101

Al Maidah - Ayat 99 Ms 244


مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ ۗ
Tiada atas rasul itu melainkan menyampai suruhan Allah kepada kamu sahaja
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ
Dan Allah Ta’ala itu mengetahui barang yang kamu nyata dan barang yang kamu sembunyi daripada taat rasul atau tiadanya maka membalas ia akan kamu

Al Maidah - Ayat 98 Ms 244 Baris Ke 3


اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ وَأَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Ketahui oleh kamu bahawasa Allah Ta’ala sangat-sangat siksa atas segala seterunya daripada kafir dan munafiq dan bahawasa Allah Ta’ala amat mengampuni bagi segala auliya’nya yang ikut suruh tegahnya lagi amat Rahim dengan mereka itu

Khamis, 8 November 2018

Al Maidah - Ayat 97 Ms 243 - 244 Baris Ke 8 Dari bawah


جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ
Dan menjadi oleh Allah Ta’ala akan ka’abah Baitullah Al Haram tempat berdirian agama bagi manusia dengan kerja haji
وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ
Dan menjadi bulan asyhur al Haram itu tempat perdirian agama kerana aman daripada perang dalam bulan itu iaitu Zulkaedah Zulhijjah Muharram dan Rejab
وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ
Dan menjadi unta hadiah kepada tanah haram dan qolaid gantung sepotong ranting kayu tanah haram di leher iatu jadi perdirian agama aman daripada dirampas saun atas orang itu
ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
Bermula demikian itu kejadian itu supaya kau ketahui bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang ketahui barang yang tujuh lapis langit dan barang yang di dalam bumi
وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu dengan tiap-tiap suatu amat ketahui yang memberi muslihat bagi kamu dan memberi mudharat atas kamu dan yang akan datang tiada tersembunyi atas Allah Ta’ala

Al Maidah - Ayat 96 Ms 243 Baris Ke 6 Dari Atas


أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Dihalalkan bagi kamu hai manusia perburuan laut dan makanannya ikan mati ombak bawa ke darat bahawa kau makan akan dia iaitu tiap-tiap binatang tiada hidup di darat seperti ikan dan ketam dan udang dan haram binatang yang hidup di laut dan darat seperti ketam batu dan katak dan buaya dan ular dan haram binatang laut yang bawa racun
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ
Bersedap-sedap bagi kamu dan bagi orang musafir buat segala ikan kering
وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ
Dan haram atas kamu itu memburu perburuan daratan selama ada kamu itu ihram haji atau umrah dan binatang yang berubah jadi bangkai haram makannya bersalahan perburuan orang tiada ihram maka halal bagi orang yang ihram makannya
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan takut oleh kamu akan Allah ta’ala Tuhan yang kepadanya dihimpun kamu di akhirat maka membalas IA akan amalan kamu dengan jenisnya daripada baik dan jahat

masalah ejaan .... berubah

Isnin, 5 November 2018

AL Maidah - Ayat 95 Ms 242 Baris Ke 11 Dari Atas


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۚ
Jangan kamu bunuh perburuan daratan dan kamu itu ihram haji atau umrah
وَمَنْ قَتَلَهُ مِنْكُمْ مُتَعَمِّدًا
Dan barangsiapa bunuh akan dia perburuan daripada kamu dengan sengaja
فَجَزَاءٌ مِثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ
Maka wajib balasan sembelih dam seumpama binatang yang ia bunuh daripada ni’am
يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ
Mengukum dengannya dua orang adil daripada kamu pada kata umpama binatang yang dibunuh maka jadilah binatang yang dibunuh oleh orang ihram bangkai haram baginya seperti sembelih majusi maka burung ni’amah diganti dengan unta dan pada rusa dan himar hutan diganti dengan lembu dan pada kijang diganti dengan kambing
هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ
Balasan itu hadiah dam yang sampai kaabah tanah haram disembelih padanya dan disedekah pada segala miskin tanah haram tiada harus sembelih di lain tanah haram
أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ
Atau kaffarah beri makanan orang miskin seorang secupak daripada harga binatang hendak diganti itu
أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًا
Atau umpama yang demikian itu puasa tiap-tiap hari kira secupak dan hukum perburuan yang ada baginya mithil dan bagi perburuan tiada mithil seperti burung ceruk dan belalang maka dikira-kira harganya beli makanan sedekah kepada faqir miskin seorang secupak atau puasa sebanyak cupak itu hari
لِيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ ۗ
Supaya merasai adakah berat balasan dosanya yang telah ia kerja yang demikian itu
عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ
Telah ampun Allah daripada dosanya yang telah lalu dahulu daripada tegah
وَمَنْ عَادَ فَيَنْتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ ۗ
Dan barang siapa yang ulang balik kemudian daripada tegah maka siksa Allah Ta'ala daripadanya
وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
Dan Allah Ta’ala Tuhan yang menang atas kerajaanNya lagi yang empunya siksa pada orang yang derhaka

Masalah ejaan tidak jelas .... burung ceruk

Khamis, 1 November 2018

Al Maidah - Ayat 94 Ms 242 Baris Ke 2 Dari Atas


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala orang mukminin
لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللَّهُ بِشَيْءٍ مِنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُمْ وَرِمَاحُكُمْ
Demi Allah sungguh lagi mencuba akan kamu oleh Allah Ta’ala dengan satu daripada perburuan yang boleh dapat mencapai akan dia tangan kamu dan lembing kau daripada himar hutan dan kijang rusa dan burung di tempat bernama Hudaibiah pada hal mereka itu dalam ihram Umrah tahun ke enam kerana dalam ihram berburu haram adakah kamu junjung hukum atau tiada
لِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ ۚ
Supaya mengetahui Allah akan mereka takut akan dia dengan ghaib tiada lihat maka menjauh ia akan berburu dalam ihram kerana junjung tegah Allah
فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka barang siapa yang sengaja berburu kemudian daripada yang demikian itu tegah maka baginya azab yang sangat sakit neraka demikianlah orang yang sengaja langkah hukum Allah

Isnin, 29 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 93 Ms 241 - 242 Baris ke 6 Dari Bawah


لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
Tiada atas segala orang yang beriman dan beramal akan amal yang soleh-soleh itu dosa pada barang yang memakan mereka itu apabila memelihara mereka itu akan segala yang haram-haram dan beriman mereka itu dan beraal mereka itu akan amalan yang soleh-soleh
ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا
Kemudian memelihara mereka itu taqwa kepada Allah dan beriman mereka itu
ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا ۗ
Kemudian memelihara mereka itu akan zalim orang-orang dan mengelok mereka itu akan amalan yang soleh-soleh
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan Allah Ta’ala itu kasih IA akan segala orang yang berbuat baik amalan akan membalas IA akan mereka itu

Al Maidah - Ayat 92 Ms 241 Baris Ke 11 Dari bawah


أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا ۚ
Dan taat oleh kamu akan Allah Ta’ala pada suruh tegahnya dan taat oleh kau akan Rasul pada ajarannya dan perbuatannya dan kelakuannya dan pelihara oleh kamu daripada kerja maksiat
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
Maka jika berpaling kamu daripada taat akan Allah dan Rasul
فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Maka ketahui oleh kamu hanya atas Rasul Kami itu menyampaikan barang yang nyata sahaja balasan bantah kamu atas Kami

Khamis, 25 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 91 Ms 241 Baris Ke 7 Dari Atas


إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ
Hanya menghendaki syaitan bahawa menjatuh ia antara kamu itu akan berseteru-seteru dan bermarah-marah pada khamar dan judi itu apabila kau kerja akan dia daripada hilang aqal nur kemanusian yang memfariq daripada binatang dan membinasa harta yang jadi hina seorang dengan tiadanya dan menegah ia akan kamu daripada zikrullah dengan lidah dan hati dan daripada sembahyang
فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maka adakah kamu tinggal sekelian daripada mengeja erti tinggal oleh kamu

Isnin, 22 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 90 Ms 241 Baris Ke 2 Dari Atas


Tafsir Tanpa Tapak
Hukum Khamar (arak) Dan Judi
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala orang mukminin
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ
Hanya khamar dan judi dan berhala dan anak panah tikam pai itu kejahatan yang dibenci pada syarak daripada kerjaan syaitan maka jauh oleh kamu akan ini sekelian jangan kamu kerjakan
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mudah mudahan kamu dapat kemenagan dengan Syurga

Rabu, 17 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 89 Ms 240 Baris Ke 9 Dari Atas


لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ
Tiada di ambil akan kamu oleh Allah dengan lagha pada sumpah kamu yang tergelincir lidah seperti kata LA WALLAH WA BALA WALLAH tiada DEMI ALLAH dan Sebenar DEMI ALLAH
وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ
Dan tetapi mengambil IA akan kamu dengan barang yang kamu qosad akan sumpah
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ
Maka kaffaratnya apabila kena sumpah itu beri makan sepuloh orang miskin tiap-tiap secupak beras
مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ
Daripada makanan yang pertengahan yang kamu beri makan ahli kamu tiada yang baik sangat dan tiada yang hodoh
أَوْ كِسْوَتُهُمْ
Atau pakaian mereka itu yang dinama pakaian seperti baju dan serban kain pakai dan tiada memada ia beri seorang miskin
أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ
Atau merdeka hamba yang mukminah seperti kaffarah bunuh dan zihar
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ
Maka barang siapa tiada dapat suatu yang tersebut itu maka kena puasa tiga hari kaffarah tiada di syaratkan berturut-turut
ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ
Demikian ituah kaffarah sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan kena sumpah
وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ
Dan pelihara oleh kamu akan sumpah kamu jangan beri kena sumpah melainkan atas kerja kebajikan atau sulhu antara manusia
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Seperti dmikian itulah menyata Allah bagi kamu akan segala hukuman mudah-mudahan syukur kamu atas kenyataannya

Khamis, 11 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 88 Ms 240 Baris Ke 7 Dari Atas


وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ
Dan makan oleh kamu daripada barang yang direzeki akan kamu oleh Allah Ta’ala akan makanan yang halal yang lazat
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ
Dan takut kamu kepada Allah Tuhan yang kamu dengannya beriman sekelian

Rabu, 10 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 87 Ms 240 Baris Ke 3 Dari Atas


Dan (turun) tatkala bercita-cita kaum sahabat sepuloh orang atas melazimkan puasa dan berdiri malam buat ibadat dan tiada hampir perempuan dan bau-bauan dan tiada makan daging dan lemak dan tiada tidur atas hamparan tidur kerana mereka itu terdengar pengajaran Rasulullah sau hari yang menangis hati mereka itu iaitu Abu Bakar dan Ali bin Abi Tolib dan Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Umar dan Abu Zar Al Ghifari dan Salim Maula Ibnu Huzaifah dan Miqdad bin Al Aswad dan Salman al Farisi dan Mu’aqqal bin Muqrin dan Usman bin Maz’un
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
hai segala orang yang mukminin
لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ
jangan kamu mengharam segala makanan yang halal oleh Allah bagi kamu
وَلَا تَعْتَدُوا ۚ
dan jangan kamu melampampaui suruh Allah
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

bahawasa Allah itu tiada kasih ia akan segala orang yang melampau hukum

Selasa, 9 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 86 Ms 239 Baris Ke 5 Dari Bawah


وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan bermula segala mereka yang kafir dan dusta-dusta mereka itu dengan segala ayat kami bermula mereka itu segala yang empunya neraka jahim

Isnin, 8 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 85 Ms 239 Baris Ke 9 Dari Bawah


فَأَثَابَهُمُ اللَّهُ بِمَا قَالُوا جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Maka membalas akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan perkaaan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawah mahligainya dan pokok-pokoknya oleh beberapa sungai air tawar jernih
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
Kekal mereka itu dalamnya dan yang demikiian itu balasan segala orang mukminin yang soleh-soleh

Rabu, 3 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 84 Ms 239 Baris Ke 13 Dari Bawah


وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ
Kerana apa bagi kami tiada kami beriman dengan Allah dan barang yang datang akan kami daripada yang sebenar Quran erti tiada sebab yang menegah kami daripada beriman serta ada sebab yang menyuruh beriman
وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ
Dan kami tamak ahawa masuk akan kami oleh Tuhan kami serta segala kaum mukminin yang soleh-soleh

Al Maidah - Ayat 83 Ms 239 Baris Ke 7 Dari Atas


وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ
Dan apabila dengar mereka itu jamaah nasara yang datang dari Habasyah akan barang yang diturunkan kepada Rasul Nabi Muhammad Quran itu
تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ
Engkau lihat mata mereka itu penuh daripada air mata menagis kereana barang yang mengetahui mereka itu daripada yang benar
يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Kata mereka itu hai Tuhan kami telah beriman kami dengan Nabi engkau dan kata engkau maka suruh olehmu akan kami serta orang yang naik saksi yang mengaku dengan membenar Nabi engkau dan kitab engkau dan kata mereka itu jwab yahudi-yahudi yang mengaib mereka itu dengan masuk Islam