Khamis, 1 November 2018

Al Maidah - Ayat 94 Ms 242 Baris Ke 2 Dari Atas


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala orang mukminin
لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللَّهُ بِشَيْءٍ مِنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُمْ وَرِمَاحُكُمْ
Demi Allah sungguh lagi mencuba akan kamu oleh Allah Ta’ala dengan satu daripada perburuan yang boleh dapat mencapai akan dia tangan kamu dan lembing kau daripada himar hutan dan kijang rusa dan burung di tempat bernama Hudaibiah pada hal mereka itu dalam ihram Umrah tahun ke enam kerana dalam ihram berburu haram adakah kamu junjung hukum atau tiada
لِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ ۚ
Supaya mengetahui Allah akan mereka takut akan dia dengan ghaib tiada lihat maka menjauh ia akan berburu dalam ihram kerana junjung tegah Allah
فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka barang siapa yang sengaja berburu kemudian daripada yang demikian itu tegah maka baginya azab yang sangat sakit neraka demikianlah orang yang sengaja langkah hukum Allah

Isnin, 29 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 93 Ms 241 - 242 Baris ke 6 Dari Bawah


لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
Tiada atas segala orang yang beriman dan beramal akan amal yang soleh-soleh itu dosa pada barang yang memakan mereka itu apabila memelihara mereka itu akan segala yang haram-haram dan beriman mereka itu dan beraal mereka itu akan amalan yang soleh-soleh
ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا
Kemudian memelihara mereka itu taqwa kepada Allah dan beriman mereka itu
ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا ۗ
Kemudian memelihara mereka itu akan zalim orang-orang dan mengelok mereka itu akan amalan yang soleh-soleh
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan Allah Ta’ala itu kasih IA akan segala orang yang berbuat baik amalan akan membalas IA akan mereka itu

Al Maidah - Ayat 92 Ms 241 Baris Ke 11 Dari bawah


أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا ۚ
Dan taat oleh kamu akan Allah Ta’ala pada suruh tegahnya dan taat oleh kau akan Rasul pada ajarannya dan perbuatannya dan kelakuannya dan pelihara oleh kamu daripada kerja maksiat
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
Maka jika berpaling kamu daripada taat akan Allah dan Rasul
فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Maka ketahui oleh kamu hanya atas Rasul Kami itu menyampaikan barang yang nyata sahaja balasan bantah kamu atas Kami

Khamis, 25 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 91 Ms 241 Baris Ke 7 Dari Atas


إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ
Hanya menghendaki syaitan bahawa menjatuh ia antara kamu itu akan berseteru-seteru dan bermarah-marah pada khamar dan judi itu apabila kau kerja akan dia daripada hilang aqal nur kemanusian yang memfariq daripada binatang dan membinasa harta yang jadi hina seorang dengan tiadanya dan menegah ia akan kamu daripada zikrullah dengan lidah dan hati dan daripada sembahyang
فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maka adakah kamu tinggal sekelian daripada mengeja erti tinggal oleh kamu

Isnin, 22 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 90 Ms 241 Baris Ke 2 Dari Atas


Tafsir Tanpa Tapak
Hukum Khamar (arak) Dan Judi
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala orang mukminin
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ
Hanya khamar dan judi dan berhala dan anak panah tikam pai itu kejahatan yang dibenci pada syarak daripada kerjaan syaitan maka jauh oleh kamu akan ini sekelian jangan kamu kerjakan
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mudah mudahan kamu dapat kemenagan dengan Syurga

Rabu, 17 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 89 Ms 240 Baris Ke 9 Dari Atas


لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ
Tiada di ambil akan kamu oleh Allah dengan lagha pada sumpah kamu yang tergelincir lidah seperti kata LA WALLAH WA BALA WALLAH tiada DEMI ALLAH dan Sebenar DEMI ALLAH
وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ
Dan tetapi mengambil IA akan kamu dengan barang yang kamu qosad akan sumpah
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ
Maka kaffaratnya apabila kena sumpah itu beri makan sepuloh orang miskin tiap-tiap secupak beras
مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ
Daripada makanan yang pertengahan yang kamu beri makan ahli kamu tiada yang baik sangat dan tiada yang hodoh
أَوْ كِسْوَتُهُمْ
Atau pakaian mereka itu yang dinama pakaian seperti baju dan serban kain pakai dan tiada memada ia beri seorang miskin
أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ
Atau merdeka hamba yang mukminah seperti kaffarah bunuh dan zihar
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ
Maka barang siapa tiada dapat suatu yang tersebut itu maka kena puasa tiga hari kaffarah tiada di syaratkan berturut-turut
ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ
Demikian ituah kaffarah sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan kena sumpah
وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ
Dan pelihara oleh kamu akan sumpah kamu jangan beri kena sumpah melainkan atas kerja kebajikan atau sulhu antara manusia
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Seperti dmikian itulah menyata Allah bagi kamu akan segala hukuman mudah-mudahan syukur kamu atas kenyataannya

Khamis, 11 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 88 Ms 240 Baris Ke 7 Dari Atas


وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ
Dan makan oleh kamu daripada barang yang direzeki akan kamu oleh Allah Ta’ala akan makanan yang halal yang lazat
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ
Dan takut kamu kepada Allah Tuhan yang kamu dengannya beriman sekelian

Rabu, 10 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 87 Ms 240 Baris Ke 3 Dari Atas


Dan (turun) tatkala bercita-cita kaum sahabat sepuloh orang atas melazimkan puasa dan berdiri malam buat ibadat dan tiada hampir perempuan dan bau-bauan dan tiada makan daging dan lemak dan tiada tidur atas hamparan tidur kerana mereka itu terdengar pengajaran Rasulullah sau hari yang menangis hati mereka itu iaitu Abu Bakar dan Ali bin Abi Tolib dan Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Umar dan Abu Zar Al Ghifari dan Salim Maula Ibnu Huzaifah dan Miqdad bin Al Aswad dan Salman al Farisi dan Mu’aqqal bin Muqrin dan Usman bin Maz’un
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
hai segala orang yang mukminin
لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ
jangan kamu mengharam segala makanan yang halal oleh Allah bagi kamu
وَلَا تَعْتَدُوا ۚ
dan jangan kamu melampampaui suruh Allah
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

bahawasa Allah itu tiada kasih ia akan segala orang yang melampau hukum

Selasa, 9 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 86 Ms 239 Baris Ke 5 Dari Bawah


وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan bermula segala mereka yang kafir dan dusta-dusta mereka itu dengan segala ayat kami bermula mereka itu segala yang empunya neraka jahim

Isnin, 8 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 85 Ms 239 Baris Ke 9 Dari Bawah


فَأَثَابَهُمُ اللَّهُ بِمَا قَالُوا جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Maka membalas akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan perkaaan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawah mahligainya dan pokok-pokoknya oleh beberapa sungai air tawar jernih
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
Kekal mereka itu dalamnya dan yang demikiian itu balasan segala orang mukminin yang soleh-soleh

Rabu, 3 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 84 Ms 239 Baris Ke 13 Dari Bawah


وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ
Kerana apa bagi kami tiada kami beriman dengan Allah dan barang yang datang akan kami daripada yang sebenar Quran erti tiada sebab yang menegah kami daripada beriman serta ada sebab yang menyuruh beriman
وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ
Dan kami tamak ahawa masuk akan kami oleh Tuhan kami serta segala kaum mukminin yang soleh-soleh

Al Maidah - Ayat 83 Ms 239 Baris Ke 7 Dari Atas


وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ
Dan apabila dengar mereka itu jamaah nasara yang datang dari Habasyah akan barang yang diturunkan kepada Rasul Nabi Muhammad Quran itu
تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ
Engkau lihat mata mereka itu penuh daripada air mata menagis kereana barang yang mengetahui mereka itu daripada yang benar
يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Kata mereka itu hai Tuhan kami telah beriman kami dengan Nabi engkau dan kata engkau maka suruh olehmu akan kami serta orang yang naik saksi yang mengaku dengan membenar Nabi engkau dan kitab engkau dan kata mereka itu jwab yahudi-yahudi yang mengaib mereka itu dengan masuk Islam

Rabu, 26 September 2018

Al Maidah - Ayat 82 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Bawah


۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan setengah manusia yerseteru bagi orang mukminin itu segala yahudi dan segala kafir musyrikin ahli Mekah kerana bertambah-tambah kufur mereka itu dan jahil mereka itu
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan yang terlebih hampir berkasih-kasih bagi segala orang yang mukminin itu segala mereka yang berkata kami ini nasara
ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab bahawa setengah daripada mereka itu qississin dan ruhban ulama dan ahli ibadah dan bahawa mereka itu tiada takabbur mereka itu daripada ikut yang benar seperti takabbur yahudi dan orang Mekah turun ini ayat ada jamaah Raja Najasyi negeri Habasyah yang datang dari Habasyah maka baca Rasulullah sollahu alaihi wasallam atas mereka itu surah yasin maka mengais mereka itu dan Islam mereka itu dan kata mereka itu apa yang terlebih mirip ini dengan barang yang turun atas Nabi Isa adalah mereka itu tujuh puluh orang datang bersama-sama Jaafar ibni Abi Tolib rodiyallah ‘anhu daripada Habasyah tahun yang keenam daripada Hijrah ketika itu Rasulullah tengah lingkung kota Khaibar maka sahabat yang pergi Hirah ke Habasyah tahun kelima lapan puloh dua orang lain daripada perempuan dan kanak-kanak dan Ummu Habibah binti Abi Sufian isteri Rasulullah nikah di Habasyah dengan mahar empat ratus dinar ampun kurnia daripada Raja Najasyi datang bersama Jaafar tahun itu juga

Pemakluman.......
Tafsir Nurul Ihsan telah dihentikan pembentangannya di Masjid Bukit Indah oleh Nazirnya (2015 - 2018) bermula 1 Oktoberi 2018, sehari selepas Pilihanraya Masjid yang berlaku pada 23 September 2018, setelah dibentangkan sejak 2013 lagi.

In shaa Allah penulisan tasir ini akan diteruskan walaupun tanpa pembentangannya. Jika ada kesempatan terluang yang diberikan Allah maka akan disambung semula in shaa Allah.



Al Maidah - Ayat 81 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Atas


وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ
Dan jika ada mereka itu beriman sekelian dengan Allah dan Nabi Muhammad dan barang yang diturun kepadanya daripada Quran nescaya tiada mengambil mereka itu akan orang kafir diperbuat auliya’ bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih tetapi ambil orang Islam
وَلَٰكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Dan tetapi kebanyakan daripada mereka itu fasiq sekelian

Isnin, 24 September 2018

Al Maidah - Ayat 80 Ms 238 Baris Ke 5 Dari Atas


تَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Engkau lihat Ya Muhammad akan kebanyakan daripada mereka itu bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih akan segala kafir ahli makkah kerana benci kepada engkau
لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ
Sejahat-jahat barang yang mendahulu bagi mereka itu oleh nafsu mereka itu daripada pekerjaan maksiat
أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Bahawa murka Allah atas mereka itu dan pada dalam azab mereka itu kekal sekelian

Al Maidah - Ayat 79 Ms 238 Baris Ke 3 Dari Atas


كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ
Adalah mereka itu tiada menegah seorang mereka itu daripada mungkar maksiat yang dikerjakan stngah mereka itu
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada perbuatan mereka itu

Selasa, 18 September 2018

Al Maidah - Ayat 78 Ms 237 Baris Ke 7 Dari Bawah


KISAH BANI ISRAEL KENA LAKNAT
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ
Telah melaknat akan segala orang kafir daripada Bani Israel Yahudi itu atas lidah Nabi Daud alaihissalam dan Nabi Isa Ibnu Maryam alaihissalam maka dilaknat oleh Nabi Daud itu segala yang mengambil ikan hari satu dan dimansukh budak-budak jadi kera beruk orang tua jadi babi iaitu orang Ilat tepi laut Sham dan yang dilaknat oleh Nabi Isa itu ashab Al Maidah hidaganan Nabi Isa yang turun dari langit tatkala memakan mereka itu dan tiada beriman dimansukhkan jadi kera beruk dan babi dengan doa Nabi Isa mereka itu lima ribu orang tiada pada mereka perempuan dan kanak-kanak
لذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Yang demikian itu dengan sebab barang yang derhaka mereka itu dengan mengambil ikan hari sabtu yang ditegah hukum Taurat suruh tazi’mah (memuliakan)

Al Maidah - Ayat 077 Ms 237 Baris 9 Dari Atas


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehm ya Muhammad hai ahli kitab yahudi nasara
لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ
Jangan kamu berlebih-lebihan pada agama kamu akan yang tiada Sebenar seperti yahudi menghina sangat Nabi Isa alaihissalam kata anak zina dan nasara memulia sangat Nabi Isa dikata tuhan atau anak tuhan atau satu daripada tiga tuhan
وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ
Dan jangan kamu ikut akan hawa nafsu kaum yang telah sesat mereka itu daripada dahulu-dahulu dengan sebab berlebih-lebihan pada kasih Isa dan benci
وَأَضَلُّوا كَثِيرًا
Dan menyesat mereka itu akan kebanyakan manusia yang semasanya dan yang kemudian
وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Dan sesat mereka itu sendiri daripada jalan agama yang betul

Al Maidah - Ayat 76 Ms 237 Baris Ke 6 Dari Atas


قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ
Kata olehmu ya Muhammad adakah kamu hendak sembah daripada lain Allah barang yang tiada memilik bagi kamu mudharat dan tiada manafaat
وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mendengar dan lagi amat mengetahui

Rabu, 12 September 2018

Al Maidah - Ayat 75 Ms 236 Baris Ke 4 Dari Bawah


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka kerana apa mereka itu tiada mahu taubat kepadaa Allah dan pinta ampun mereka itu akan dia daripada perkataan mereka itu tuhan tiga itu dan Allah Ta’al itu yang amat mengampuni bagi orang yang bertaubat jika taubat ia lagi amat Rahim ia kepada mereka itu
75
مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ
Tiada masih anak Mariam itu melainkan rasul jua
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ
Sungguh telah lalu daripada dahulunya beberapa banyak rasul maka ia seperti rasul yang dahulu-dahulu juka bukan ia tuhan seperti yang disangka oleh mereka itu nasara
وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ ۗ
Dan ibunya Mariam itu sangat-sangat benar adalah keduanya makan akan makanan seperti binatang yang lain-lain dan barngsiapa yang makan makanan itu tiada ia tuhan kerana               dan dhaifnya dan barang yang jadi daripada ke sungai kecil dan besar
انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآيَاتِ
Runding olehmu ya Muhammad betapa kami nyata bagi mereka itu akan segala itu kenyaaan atas keesaan kami
ثُمَّ انْظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Kemudian runding olehmu ya Muhammad betapa berpaling mereka itu daripada yang Sebenar serta mendirikan dalil