Rabu, 10 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 87 Ms 240 Baris Ke 3 Dari Atas


Dan (turun) tatkala bercita-cita kaum sahabat sepuloh orang atas melazimkan puasa dan berdiri malam buat ibadat dan tiada hampir perempuan dan bau-bauan dan tiada makan daging dan lemak dan tiada tidur atas hamparan tidur kerana mereka itu terdengar pengajaran Rasulullah sau hari yang menangis hati mereka itu iaitu Abu Bakar dan Ali bin Abi Tolib dan Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Umar dan Abu Zar Al Ghifari dan Salim Maula Ibnu Huzaifah dan Miqdad bin Al Aswad dan Salman al Farisi dan Mu’aqqal bin Muqrin dan Usman bin Maz’un
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
hai segala orang yang mukminin
لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ
jangan kamu mengharam segala makanan yang halal oleh Allah bagi kamu
وَلَا تَعْتَدُوا ۚ
dan jangan kamu melampampaui suruh Allah
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

bahawasa Allah itu tiada kasih ia akan segala orang yang melampau hukum

Selasa, 9 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 86 Ms 239 Baris Ke 5 Dari Bawah


وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan bermula segala mereka yang kafir dan dusta-dusta mereka itu dengan segala ayat kami bermula mereka itu segala yang empunya neraka jahim

Isnin, 8 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 85 Ms 239 Baris Ke 9 Dari Bawah


فَأَثَابَهُمُ اللَّهُ بِمَا قَالُوا جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Maka membalas akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan perkaaan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawah mahligainya dan pokok-pokoknya oleh beberapa sungai air tawar jernih
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
Kekal mereka itu dalamnya dan yang demikiian itu balasan segala orang mukminin yang soleh-soleh

Rabu, 3 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 84 Ms 239 Baris Ke 13 Dari Bawah


وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ
Kerana apa bagi kami tiada kami beriman dengan Allah dan barang yang datang akan kami daripada yang sebenar Quran erti tiada sebab yang menegah kami daripada beriman serta ada sebab yang menyuruh beriman
وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ
Dan kami tamak ahawa masuk akan kami oleh Tuhan kami serta segala kaum mukminin yang soleh-soleh

Al Maidah - Ayat 83 Ms 239 Baris Ke 7 Dari Atas


وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ
Dan apabila dengar mereka itu jamaah nasara yang datang dari Habasyah akan barang yang diturunkan kepada Rasul Nabi Muhammad Quran itu
تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ
Engkau lihat mata mereka itu penuh daripada air mata menagis kereana barang yang mengetahui mereka itu daripada yang benar
يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Kata mereka itu hai Tuhan kami telah beriman kami dengan Nabi engkau dan kata engkau maka suruh olehmu akan kami serta orang yang naik saksi yang mengaku dengan membenar Nabi engkau dan kitab engkau dan kata mereka itu jwab yahudi-yahudi yang mengaib mereka itu dengan masuk Islam

Rabu, 26 September 2018

Al Maidah - Ayat 82 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Bawah


۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan setengah manusia yerseteru bagi orang mukminin itu segala yahudi dan segala kafir musyrikin ahli Mekah kerana bertambah-tambah kufur mereka itu dan jahil mereka itu
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan yang terlebih hampir berkasih-kasih bagi segala orang yang mukminin itu segala mereka yang berkata kami ini nasara
ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab bahawa setengah daripada mereka itu qississin dan ruhban ulama dan ahli ibadah dan bahawa mereka itu tiada takabbur mereka itu daripada ikut yang benar seperti takabbur yahudi dan orang Mekah turun ini ayat ada jamaah Raja Najasyi negeri Habasyah yang datang dari Habasyah maka baca Rasulullah sollahu alaihi wasallam atas mereka itu surah yasin maka mengais mereka itu dan Islam mereka itu dan kata mereka itu apa yang terlebih mirip ini dengan barang yang turun atas Nabi Isa adalah mereka itu tujuh puluh orang datang bersama-sama Jaafar ibni Abi Tolib rodiyallah ‘anhu daripada Habasyah tahun yang keenam daripada Hijrah ketika itu Rasulullah tengah lingkung kota Khaibar maka sahabat yang pergi Hirah ke Habasyah tahun kelima lapan puloh dua orang lain daripada perempuan dan kanak-kanak dan Ummu Habibah binti Abi Sufian isteri Rasulullah nikah di Habasyah dengan mahar empat ratus dinar ampun kurnia daripada Raja Najasyi datang bersama Jaafar tahun itu juga

Pemakluman.......
Tafsir Nurul Ihsan telah dihentikan pembentangannya di Masjid Bukit Indah oleh Nazirnya (2015 - 2018) bermula 1 Oktoberi 2018, sehari selepas Pilihanraya Masjid yang berlaku pada 23 September 2018, setelah dibentangkan sejak 2013 lagi.

In shaa Allah penulisan tasir ini akan diteruskan walaupun tanpa pembentangannya. Jika ada kesempatan terluang yang diberikan Allah maka akan disambung semula in shaa Allah.



Al Maidah - Ayat 81 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Atas


وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ
Dan jika ada mereka itu beriman sekelian dengan Allah dan Nabi Muhammad dan barang yang diturun kepadanya daripada Quran nescaya tiada mengambil mereka itu akan orang kafir diperbuat auliya’ bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih tetapi ambil orang Islam
وَلَٰكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Dan tetapi kebanyakan daripada mereka itu fasiq sekelian

Isnin, 24 September 2018

Al Maidah - Ayat 80 Ms 238 Baris Ke 5 Dari Atas


تَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Engkau lihat Ya Muhammad akan kebanyakan daripada mereka itu bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih akan segala kafir ahli makkah kerana benci kepada engkau
لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ
Sejahat-jahat barang yang mendahulu bagi mereka itu oleh nafsu mereka itu daripada pekerjaan maksiat
أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Bahawa murka Allah atas mereka itu dan pada dalam azab mereka itu kekal sekelian

Al Maidah - Ayat 79 Ms 238 Baris Ke 3 Dari Atas


كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ
Adalah mereka itu tiada menegah seorang mereka itu daripada mungkar maksiat yang dikerjakan stngah mereka itu
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada perbuatan mereka itu

Selasa, 18 September 2018

Al Maidah - Ayat 78 Ms 237 Baris Ke 7 Dari Bawah


KISAH BANI ISRAEL KENA LAKNAT
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ
Telah melaknat akan segala orang kafir daripada Bani Israel Yahudi itu atas lidah Nabi Daud alaihissalam dan Nabi Isa Ibnu Maryam alaihissalam maka dilaknat oleh Nabi Daud itu segala yang mengambil ikan hari satu dan dimansukh budak-budak jadi kera beruk orang tua jadi babi iaitu orang Ilat tepi laut Sham dan yang dilaknat oleh Nabi Isa itu ashab Al Maidah hidaganan Nabi Isa yang turun dari langit tatkala memakan mereka itu dan tiada beriman dimansukhkan jadi kera beruk dan babi dengan doa Nabi Isa mereka itu lima ribu orang tiada pada mereka perempuan dan kanak-kanak
لذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Yang demikian itu dengan sebab barang yang derhaka mereka itu dengan mengambil ikan hari sabtu yang ditegah hukum Taurat suruh tazi’mah (memuliakan)

Al Maidah - Ayat 077 Ms 237 Baris 9 Dari Atas


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehm ya Muhammad hai ahli kitab yahudi nasara
لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ
Jangan kamu berlebih-lebihan pada agama kamu akan yang tiada Sebenar seperti yahudi menghina sangat Nabi Isa alaihissalam kata anak zina dan nasara memulia sangat Nabi Isa dikata tuhan atau anak tuhan atau satu daripada tiga tuhan
وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ
Dan jangan kamu ikut akan hawa nafsu kaum yang telah sesat mereka itu daripada dahulu-dahulu dengan sebab berlebih-lebihan pada kasih Isa dan benci
وَأَضَلُّوا كَثِيرًا
Dan menyesat mereka itu akan kebanyakan manusia yang semasanya dan yang kemudian
وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Dan sesat mereka itu sendiri daripada jalan agama yang betul

Al Maidah - Ayat 76 Ms 237 Baris Ke 6 Dari Atas


قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ
Kata olehmu ya Muhammad adakah kamu hendak sembah daripada lain Allah barang yang tiada memilik bagi kamu mudharat dan tiada manafaat
وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mendengar dan lagi amat mengetahui

Rabu, 12 September 2018

Al Maidah - Ayat 75 Ms 236 Baris Ke 4 Dari Bawah


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka kerana apa mereka itu tiada mahu taubat kepadaa Allah dan pinta ampun mereka itu akan dia daripada perkataan mereka itu tuhan tiga itu dan Allah Ta’al itu yang amat mengampuni bagi orang yang bertaubat jika taubat ia lagi amat Rahim ia kepada mereka itu
75
مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ
Tiada masih anak Mariam itu melainkan rasul jua
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ
Sungguh telah lalu daripada dahulunya beberapa banyak rasul maka ia seperti rasul yang dahulu-dahulu juka bukan ia tuhan seperti yang disangka oleh mereka itu nasara
وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ ۗ
Dan ibunya Mariam itu sangat-sangat benar adalah keduanya makan akan makanan seperti binatang yang lain-lain dan barngsiapa yang makan makanan itu tiada ia tuhan kerana               dan dhaifnya dan barang yang jadi daripada ke sungai kecil dan besar
انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآيَاتِ
Runding olehmu ya Muhammad betapa kami nyata bagi mereka itu akan segala itu kenyaaan atas keesaan kami
ثُمَّ انْظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Kemudian runding olehmu ya Muhammad betapa berpaling mereka itu daripada yang Sebenar serta mendirikan dalil

Isnin, 3 September 2018

Al Maidah - Ayat 74 Ms 236 Baris Ke 8 Dari Bawah


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka kerana apa mereka itu tiada mahu taubat kepadaa Allah dan pinta ampun mereka itu akan dia daripada perkataan mereka itu tuhan tiga itu dan Allah Ta’al itu yang amat mengampuni bagi orang yang bertaubat jika taubat ia lagi amat Rahim ia kepada mereka itu

Al Maidah - Ayat 73 Ms 236 Baris Ke 10 Dari Atas


لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata
إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ
Bahawasa Allah itu satu daripada tiga tuhan iaitu Isa dan ibunya ini perkataan Nasturiah dan marqusiah daripada nasara
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ
Dan tiada daripada tuhan itu melainkan Tuhan yang esa
وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ
Dan jika tiada berhenti mereka itu nasara daripada barang yang mereka itu kata tuhan tiga itu
لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sungguh lagi mengena akan orang yang kafir daripada mereka itu azab yang sangat sakit neraka


Al Maidah - Ayat 72 Ms 236 Baris Paling Atas


TAFSIL KEKEJIAN NASARA
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata bahasa Allah Ta’ala ialah Masih anak Maryam ini perkataan Yaaqubiah
وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ
Dan berkata Nabi Isa hai Bani Israel sembah oleh kamu akan Allah Ta’ala Tuhan kamu aku dan Tuhan kamu ini hamba bukan aku tuhan yang seperti yang kamu kata itu
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Bahawasanya barang siapa syirik dengan Allah I’tiqad satu hamba kata Allah atau perbuatannya seperti perbuatan Allah pada menghidup memati maka sungguh telah mengharamkan Allah Ta’ala di atas bahawa masuknya akan syirik
وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ
Dan tempat kembalinya neraka
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Dan tiada bagi segala orang yang zalim dengan kufur dan syirik itu daripada pertolongan yang boleh melepas daripada azab Allah

Al Maidah - Ayat 71 Ms 235 Baris Ke 6 Dari Bawah


 وَحَسِبُوا أَلَّا تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُوا وَصَمُّوا
Dan setengah mereka itu bahawa tiada jadi fitnah di atas dusta Rasul dan bunuh itu mka buta mereka itu daripada jalan yang benar dan tuli mereka itu daripada mendengar
ثُمَّ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
Kemudian memberi taubat Allah Ta’ala atas mereka itu tatkala mereka itu bertaubat
ثُمَّ عَمُوا وَصَمُّوا كَثِيرٌ مِنْهُمْ ۚ
Kemudian buta mereka itu dan tuli mereka itu pula yang kedua kali kebanyakan daripada mereka itu
 وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat melihat dengan barang yang berbuat amal mereka itu maka membalas ia akan mereka itu dengannya

Dibentang pada 3 Sept 18 di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Rabu, 29 Ogos 2018

Ayat 70 Ms 235 Baris ke 11


PERJANJIAN
لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Sungguh telah kami ambil perjanjian bani Israel atas iman dengan Allah dan segala rasulnya
وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلًا ۖ كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُهُمْ
Dan kami suruh kepada mereka itu akan beberapa pesuruhnya satu rasul kemudian daripada stu rasul tiap-tiap kali datang akan mereka itu rsul dengan barang yang tiad ingin oleh nafsu mereka itu daripada yang benar-benar mendusta mereka itu akan dia
فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ
Satu firqah rasul mendustakan mereka itu seperti isa dan Muhammad dan satu firqah rasul lagi membunuh mereka itu seperti Zakaria dan Yahya

Al Maidah - Ayat 69 Ms 235 Baris Ke 5


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئُونَ وَالنَّصَارَىٰ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bahawasa segala orang mukminin dan segala yahudi dan segala sobiin satu firqah daripada yahudi dan segala nasara itu mereka yang beriman setengah daripada mereka itu dengan Allah Ta’ala dan hari akhirat dan beramal ia akan amal yang soleh maka tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada akhirat kerana ada iman dengan Allah dan rasul dan hari akhirat yang mewajib syurga

Ahad, 26 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 68 Ms 234 Baris Ke 4 Dari Bawah


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehmu hai Ahli Kitab yahdi nasara
لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ ۗ
Tiada kamu atas suatu daripada agama yang kebilangn hingga kamu diri akan Taurah dan Injil dengan ikut huum keduanya dan setengah daripadanya beriman dengan Aku
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۖ
Demi Allah sungguh lagi menambah akan kebaikan daripada mereka itu oleh barang yang diturun kepada engkau daripada Tuhan engkau Quran itu akan zalim dengan kufur mereka itu kerana kufur mereka itu dengannya
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maka jangan engkau dukacita atas segala kaum kafir jika mereka itu tiada beriman dengan engkau sekalipun