Ahad, 26 Ogos 2018

Al Maidah 0 Ayat 67 Ms 234 Baris 11


RASULULLAH MENYAMPAIKAN RISALAH
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ
Hai rasul aku Muhammad
بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ
Sampaikan olehmu sekelian barang yang diturunkan kepada engkau daripada Tuhan engkau dan jangan engkau sembunyi suatu kerana takut kena kejahtan kafir yahudi nasara musyrikin arab
وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ
Dan jika tiada engau perbuat persampai sekelian yang diturun
فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ
Maka tiada engkau persampai risalahnya kerana sembunyi setengah ayat seperti sembunyi kesemua
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ
Dan Allah Ta’ala itu memelihara IA akan dikau daripada kejahatan manusia adalah Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam orang jaga malam-malam hingga turun ayat ini sabdanya pergilah kamu sungguh telah pelihara akan dikau oleh Allah Ta’ala
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Bahawa Allah Ta’ala itu tiada memberi pertunjuk IA kepada segala kaum kafir kepada agama yang betul

Rabu, 15 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 66 Ms 234 Baris Ke 2


وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ
Dan jikalau mereka itu diberi akan taurat dan injil dengan ikut hukum keduanya dan barang yang diturunkan kepada mereka itu daripada segala kitab-kitab daripada Tuhan mereka itu
لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ
Nescaya memakan mereka itu daripada atas kepala mereka itu dan daripada bawah kaki mereka itu kinayah daripada banyak
مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ
Setengah daripada mereka itu jamaah yang adil ikut suruh Allah dan Rasul tiada taqsir pada amalan seperti Abdullah Ibnu Salam dan sekelian yang beriman dengan Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ
Dan kebanyakan daripada mereka itu sejahat-jahat barang yang berbuat amalan mereka itu tiada menurut hukum


Al Maidah - Ayat 65 Ms 233 Baris Ke 2 Dari Bawah


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأَدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Dan jika bahawa ahli kitab nasara yahudi itu beriman dengan Nabi Muhammad dan memeilihara mereka itu daripada jadi kafir nescaya kami ampun daripada mereka itu akan segala dosa mereka itu yang dahulu daripada beriman dan kami masukkan mereka itu ke dalam syurga yang bernama Jannah An Nai’m

Khamis, 9 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 064 Ms 233 Baris Ke 3 Dari Atas


وَقَالَتِ الْيَهُودُ
Dan berkata orang yahudi tatkala sempit rezeki mereka itu sebab mendustakan Nabi Muhammad dahulu sekaya-kaya manusia yahudi
يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ ۚ
Tangan Allah terrbelenggu dengan rantai terkengkang daripada mengeluarkan rezeki kinayah daripada bakhil tiada terbuka tangan dengan murah rezeki firmanNya
غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ
Dibelenggu tanan mereka itu daripada kerja kebajikan
وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ
Dan dilaknat mereka itu dengan sebab perkataan mereka itu
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ
Tetapi dua tangan Allah itu terbuka kedua-dua
يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
Memberi reeki IA kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada meluas rezeki dan sempit sekira-kira hikmah Allah dan muslihat hamba tiada I’tiradh atasnya
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ
Demi Allah lagi bertambah banyak daripada mereka itu yahudi kerana barang yang turun kepada engkau daripada Tuhan engkau Quran itu akan jahat dan kufur mereka itu kerana kufur mereka itu denganya
وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ
Dan kami jadikan antara mereka itu berseteru-seteru dan bermarah-marah setengah akan setengah hingga hari kiamat maka tiap-tiap satu firqah daripada dua belas firqah tiada muwafaqah dengan lainnya
كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ ۚ
Tiap-tiap kali menyala mereka itu akan api bagi perang dengn Nabi Muhammad dengan perbuat muwafaqah memadam akan dia oleh Allah Ta’ala dengan disejuk pakatan itu tiada jadi perang
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ
Dan berbuat fasiq mereka itu pada dalam bumi akan sebagai fasid dengan maksiat kepada Allah dan membinasakan harta orang
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Dan Allah Ta’ala tiada kasih IA akan segala orang yang berbuat fasad dan membinasakan orang disiksa IA (Allah) mereka itu

Al Maidah - Ayat 63 Ms 232 Baris Paling Bawah


لَوْلَا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
Kerana apa tiada menegah akan mereka itu oleh ulama’ dan tuqaha’ mereka itu daripada perkataan bohong mereka itu yang jadi dosa dan makan mereka itu akan yag haram
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada mereka itu kerja akan dia

Rabu, 8 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 62 Ms 232 Baris Ke 5 Dari Bawah


وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
Dan engkau lihat akan kebanyakan daripada mereka itu yahudi itu bersegera mereka itu pada mengejakan dosa bohong dan lainnya dan zalim dan makan mereka itu akan yang haram seperti rasuah upah hukum
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada mereka itu berbuat amalan ini

Ahad, 5 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 61 Ms 232 Baris Ke 9 Dari Bawah


وَإِذَا جَاءُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا
Dan apabila datang mereka itu akan kamu ya Muhammaad kata mereka itu aamanna telah beriman kami
وَقَدْ دَخَلُوا بِالْكُفْرِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُوا بِهِ ۚ
Dan sungguh telah masuk mereka itu kepada kamu dengan kufur dan mereka itu keluar daripada kamu pun dengannya jua tiada beriman
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا يَكْتُمُونَ
Dan Allah Ta’ala terlebih mengetahui dengan barang yang ada mereka itu sembunyikan dalam hati mereka itu

Al Maidah - Ayat 60 Ms 232 Baris Ke 8


قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ
Kata olehmu adakah aku hendak khabar akan kamu dengan orang yang terleih jahat balasan neraka pada sisi Allah Ta’ala daripada orang yang kamu ingkar adanya benci sebab beriman itu
مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ
Iaitu mereka yang telah dilaknat akan dia oleh Allah Ta’ala dan murka IA atasnya dan jadi ia daripada mereka itu kera beruk dan babi dan sembah thaghut ikut syaitan pada maksiat akan Allah mereka itu yahudi yang ambil ikan hari sabtu di mansukh budah-budak jadi kera beruk orang tua jadi babi
أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا
Bermula mereka itulah sejahat-jahat tempat kembali neraka
وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
Dan terlebih sesat daripada jalan agama yang betul

Selasa, 31 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 59 Ms 232 Baris Ke 2


KEKEJIAN YAHUDI
Dan turun tatkala berkata yahudi bagi Nabi sollahu alaihi wassallam dengan siapa tuan beriman daripada rasul maka sabdanya dengan Allah dan barang yang diturunkan kepada kami maka tatkala disebut Isa kata mereka itu tiada kami ketahui agama yang terlebih dihodoh daripada agama kamu dan tiada kami beriman dengan Isa
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehmu hai ali kitab
هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ

Tiada kamu benci daripada kami melankan sebab kami beriman dengan Allah dan barang yang diturun kepada kami dan barang yang diturunkan kepada nabi-nabi yang dahulu daripada kami sahaja bukan lain sebab
وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
Dan bahawa kebanyakan kamu itu fasiq sekelian kerana iman dengan Allah dan segala kitab Allah itu wajib dan tiada daripada jenis yang patut angkara dan benci maka orang yang tiada beriman dengan Allah dan kitab itu kafir


Al Maidah - Ayat 58 Ms 231 Baris Ke 6 Dari Bawah


 
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ
Dan apabila kamu seru kepada sembahyang dengan bang nescaya diambil mereka itu akan dia perbuat olok-olok dan bermain-main dengan gelak-gelak
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab hawa mereka itu kaum yang tiada beraqal sekelian.

Jumaat, 27 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 57 Ms 231 Baris Ke 14


TEGAH BERSETIA DENGAN ORANG KAFIR
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil segala mereka yang mengambil agama kamu perbuat olok-olok dan bermain-main daripada segala mereka yang diberi kitab dahulu daripada kamu daripada yahudi nasara dan segala kafir itu perbuat auliya’ iaitu bersetia dan bertolong-tolong dan berkasih-kasih
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada mengauliya’ akan mereka itu jika ada kamu itu beriman Sebenar-benarnya

Al Maidah - Ayat 56 Ms 231 Baris ke 9


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan barang siapa yang berwali bersetia kepada Allah dan RasulNya dan segala orang mukminin itu maka bahawasanya jamaah ikutan Allah Ta’ala mereka itulah yang menang sekelian kerana ditolong Allah akan mereka

Rabu, 25 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 55 Ms 231 Baris Ke 6


dan turun tatkala berkata Abdullah bin Salam ya Rasulallah bahawa kaum kami ditinggalkan mereka itu akan kami
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
hanya wali bersetia yang memerintah kamu itu Allah dan rasulNya dan segala orang mukminin yang mendirikan mereka itu akan sembahyang lima waktu dan mengeluar mereka itu akan zakat harta dan mereka itu khusyu’ baik hati sekelian

Selasa, 24 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 54 - Ms 230 Baris Ke 12


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
Hai segala orang mukminin barang siapa yang murtad daripada kamu agamanya kepada kufur ini khabaran dengan barang yang mengetahui Allah akan jjadinya dan sungguh telah murtad tiga kaum pada zaman Rasulullah banu mudlaj kaum ikutan aswad al munsi yang dakwa nabi Banu Hanifah kaum ikuan musailamah al kazzab yang mendakwa nabi banu asad kaum ikutan talhah ibnu khuwailid yang dakwa nabi maka aswad al munsi dan musailamah al kazab mati kena bunuh dan tolhah Islam akhirnya dan murtad tujuh firqah pada masa Khalifah Abi Bakar As Siddiq dan satu firqah pada masa Khalifah Saidina Umar AL Khattab
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
Maka lagi membawa datang Allah Ta’ala dengan kaum yang kasih ia akan mereka itu dan kasih mereka itu akan Dia sabda Nabi mereka itu kaum ini diisyarat kepada Abi Musa al Ash’ari
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ
Yang lemah lembut atas segala orang mukminin yang kasar atas segala orang kafirin
يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Bersungguh-sungguh perang mereka itu pada jalan agama Allah kerana meninggikan agamaNya
وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ
Dan tiada takut mereka itu akan kekejian orang yang mengkeji seperti takut orang munafiqin akan kekejian orang kafir
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
Bermula demikian itu membawa datang kaum yang kasih akan dia dan lembah lembut atas orang mukminin kasar atas kafir itu ni’mat Allah Ta’ala mengurnia IA akan dia mereka yang dikehendaki daripada segala hambaNya
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Luas ni’matNya lagi Amat mengetahui dengan orang yang ahli mahu dapat ni’mat itu

Al Maidah - Ayat 53 Ms 230 Baris Ke 6


وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا
Dan berkata oleh segala orang mukminin bagi setengah mereka itu orang mukminin apabila dibuka keaiban orang munafiqin kerana ta’ajjub
أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ ۙ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ ۚ
Adakah mereka itu munafiqin itu segala mereka yang bersumpah dengan nama Allah akan bersungguh-sungguh sumpah mereka itu bahawa mereka itu serta kamu pada agama firmannya
حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ
Telah batal segala amalan mereka itu yang soleh-soleh

Rabu, 18 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 52 Ms 229 Baris Ke 5 Dari Bawah



فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
Maka engkau lihat ya Muhammad akan segala mereka yang ada pada dalam hati mereka itu sakit dhaif I’tiqad seperti Abdllah ibni Ubai yang munafiq
يُسَارِعُونَ فِيهِمْ
Bersegera mereka itu pada mewali mereka itu yahudi dan nasara
يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ
Berkata mereka itu kami takut bahawa kena kami daerah berubah masa daripada kalah perang Muhammad dan tiada sempurna kerja Muhammad firmannya
فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ
Maka sungguh Allah Ta’ala bahawa mendatang ia dengan pertolongan dan menang perang atau pekerjaan daripada sisinya dengan buka malu atau aib orang munafiqin dan kekejian mereka itu
فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ
Maka jadi mereka itu atas barang yang tersembunyi pada dalam hati mereka itu menyesal sekelian daripada syak pada Nai bersetia orang kafir

Al Maidah - Ayat 51 Ms 229 Baris Ke 11

TEGAH BERKASIH KASIHAN YAHUDI DAN NASARA
۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil akan yahudi dan nasara perbuat wali bersetia pada tolong dan berkasih-kasih jamaah putih merah
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
Setengah mereka itu yahudi dan nasara wali setengah bertolong tolong dan berkasih-kasih setengah dengan setengah sebab bersatu mereka itu pada kufur
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ
Dan barang siapa yang ambil auliya' mereka itu daripada kamu dengan bersetia-setia bertolong-tolong dan berkasih-kasih maka bawahasanya ia daripada jumlah mereka itu
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada memberi petunjuk Ia akan segala ya g zalim dengan sebab mewali setia orang kafir

Isnin, 16 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 50 Ms 229 Baris Ke 7



أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ
Maka adakah hukum Jahiliyyah itu tuntut mereka itu iaitu hukum ikut hawa nafsu
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan tiada seorang yang terlebih pandai daripada Allah Ta’ala menghukum pada kaum yang yakin mereka itu

Al Maidah - Ayat 49 Ms 228 Baris Ke 3 Dari Bawah


  وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
Dan bahawa hukum olehmu ya Muhammad antara mereka itu ahli kitab itu dengan barang hukum yang diturun oleh Allah kepada engkau
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Dan jangan engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
Maka jaga olehmu ya Muhammad akan mereka itu bahawa fitnah bagi menyesatkan mereka itu akan dikau daripada meninggalkan setengah barang hukum yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala kepada engkau
فَإِنْ تَوَلَّوْا
Maka jika berpaling mereka itu daripada hukum yang diturun dan kehendak mereka itu yang lainnya
فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka ketahu olehmu ya Muhammad hanya menghendaki Allah Ta’ala bahawa mengena ia akan mereka itu azab dunia dengan setengah dosa mereka itu dan balas atas sekelian dosa mereka itu pada Akhirat
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan bahawa kebanyakan daripada manusia iu fasiq sekelian

Rabu, 11 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 48 Ms 227 Baris Ke 2 Dari Bawah


KEMULIAAN NABI MUHAMMAD QURAN
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Dan telah kami turun kepada engkau Ya Muhammad akan kitab Quran dengan sebenar
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ
Jalan membenar bagi barang yang antara hadapannya daripada kitab Taurah dan injil dan saksi atasnya
فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ
Maka hukumkan olehmu Ya Muhammad antara mereka itu ahli kitab yahudi nasara dengan hukuman barang yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ
Dan jangan engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu tinggal daripada barang yang datang akan dikau daripada yang sebenar
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ
Bagi tiap-tiap kami jadi daripada kamu hai segala umat-umat itu syariat dan jalan yang nyata pada agama yang berjalan mereka itu atasnya maka syariat dan jalan agama itu berlainan maka bagi Taurah syariat dan injil syariat lainnya dan bagi Quran syariat lain menghalal Allah padanya barang yang dikehendaki dan mengharam barang yang dikehendakinya kerana Allah Ta’ala hendak mengetahui mereka yang taat daripada yang maksiat maka perkara yang tiada berlainan dan tiada berubah pada segala agama itu tauhid dan ikhlas bagi Allah erti mengesakan Allah dan suci ibadat bagi Allah semata-mata dan iman dengan barang yang di bawa datang oleh segala rasul muwafaqah segala nabi-nabi pada kalimah syahadah ‘La ilaha ILAllah tiada tuhan melainkan Allah
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
Dan jika dikehendaki Allah nescaya menjadikan ia akan kamu ummat yang satu atas syariat yang satu
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ
Dan tetapi masing-masing ia akan agama kamu supaya mencuba ia akan kamu pada barang yang mendatang ia akan kamu daripada syariat yang berlainan supaya melihat ia akan kamu orang yang taat kamu daripada yang maksiat
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ
Maka bersegera-segera dan berlumba-lumba oleh kamu kerja segala kebajikan
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
Kepada Allah Ta’ala tempat kembali kamu sekelian dengan bangkit hari kiamat
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Maka mengkhabar ia akan kamu dengan barang yang tiada kamu padanya bersalah salahan kamu daripada perkerjaan agama dan membalas akan tiap-tiap daripada kamu dengan amalannya baik jahat