TEGAH BERKASIH KASIHAN YAHUDI DAN NASARA
۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil akan yahudi dan nasara perbuat wali bersetia pada tolong dan berkasih-kasih jamaah putih merah
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
Setengah mereka itu yahudi dan nasara wali setengah bertolong tolong dan berkasih-kasih setengah dengan setengah sebab bersatu mereka itu pada kufur
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ
Dan barang siapa yang ambil auliya' mereka itu daripada kamu dengan bersetia-setia bertolong-tolong dan berkasih-kasih maka bawahasanya ia daripada jumlah mereka itu
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada memberi petunjuk Ia akan segala ya g zalim dengan sebab mewali setia orang kafir
Menerbitkan semua tafsiran ayat dari kitab Tafsir Nurul Ihsan - sejak 12 Dis 2013
Rabu, 18 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 51 Ms 229 Baris Ke 11
Isnin, 16 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 50 Ms 229 Baris Ke 7
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ
Maka
adakah hukum Jahiliyyah itu tuntut mereka itu iaitu hukum ikut hawa nafsu
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا
لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan
tiada seorang yang terlebih pandai daripada Allah Ta’ala menghukum pada kaum
yang yakin mereka itu
Al Maidah - Ayat 49 Ms 228 Baris Ke 3 Dari Bawah
Dan
bahawa hukum olehmu ya Muhammad antara mereka itu ahli kitab itu dengan barang
hukum yang diturun oleh Allah kepada engkau
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Dan
jangan engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
Maka
jaga olehmu ya Muhammad akan mereka itu bahawa fitnah bagi menyesatkan mereka
itu akan dikau daripada meninggalkan setengah barang hukum yang telah
diturunkan oleh Allah Ta’ala kepada engkau
فَإِنْ تَوَلَّوْا
Maka
jika berpaling mereka itu daripada hukum yang diturun dan kehendak mereka itu
yang lainnya
فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ
يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka
ketahu olehmu ya Muhammad hanya menghendaki Allah Ta’ala bahawa mengena ia akan
mereka itu azab dunia dengan setengah dosa mereka itu dan balas atas sekelian
dosa mereka itu pada Akhirat
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan
bahawa kebanyakan daripada manusia iu fasiq sekelian
Rabu, 11 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 48 Ms 227 Baris Ke 2 Dari Bawah
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD QURAN
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Dan
telah kami turun kepada engkau Ya Muhammad akan kitab Quran dengan sebenar
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ
الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ
Jalan
membenar bagi barang yang antara hadapannya daripada kitab Taurah dan injil dan
saksi atasnya
فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
ۖ
Maka
hukumkan olehmu Ya Muhammad antara mereka itu ahli kitab yahudi nasara dengan
hukuman barang yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ
مِنَ الْحَقِّ ۚ
Dan
jangan engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu tinggal daripada barang yang
datang akan dikau daripada yang sebenar
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً
وَمِنْهَاجًا ۚ
Bagi
tiap-tiap kami jadi daripada kamu hai segala umat-umat itu syariat dan jalan
yang nyata pada agama yang berjalan mereka itu atasnya maka syariat dan jalan
agama itu berlainan maka bagi Taurah syariat dan injil syariat lainnya dan bagi
Quran syariat lain menghalal Allah padanya barang yang dikehendaki dan
mengharam barang yang dikehendakinya kerana Allah Ta’ala hendak mengetahui
mereka yang taat daripada yang maksiat maka perkara yang tiada berlainan dan
tiada berubah pada segala agama itu tauhid dan ikhlas bagi Allah erti
mengesakan Allah dan suci ibadat bagi Allah semata-mata dan iman dengan barang
yang di bawa datang oleh segala rasul muwafaqah segala nabi-nabi pada kalimah
syahadah ‘La ilaha ILAllah tiada tuhan melainkan Allah
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً
وَاحِدَةً
Dan
jika dikehendaki Allah nescaya menjadikan ia akan kamu ummat yang satu atas
syariat yang satu
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ
Dan
tetapi masing-masing ia akan agama kamu supaya mencuba ia akan kamu pada barang
yang mendatang ia akan kamu daripada syariat yang berlainan supaya melihat ia
akan kamu orang yang taat kamu daripada yang maksiat
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ
Maka
bersegera-segera dan berlumba-lumba oleh kamu kerja segala kebajikan
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
Kepada
Allah Ta’ala tempat kembali kamu sekelian dengan bangkit hari kiamat
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ
تَخْتَلِفُونَ
Maka
mengkhabar ia akan kamu dengan barang yang tiada kamu padanya bersalah salahan
kamu daripada perkerjaan agama dan membalas akan tiap-tiap daripada kamu dengan
amalannya baik jahat
Selasa, 10 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 47 Ms 227 Baris Ke 6 Dari Bawah
Dan
hendaklah menghukum oleh ahli Kitab Injil dengan barang yang telah diturunkan
Allah Ta’ala padanya dan barang siapa tiada menghukum dengan barang yang telah
diturunkan oleh Allah maka mereka itu mereka itulah yang fasiq sekelian.
Al Maidah - Ayat 46 Ms 227
وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِعِيسَى
ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ ۖ
وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ
Dan
telah kami ikut atas bekas mereka itu nabi-nabi itu dengan Nabi Isa ibnu Maryam
hal membenarkan ia bagi barang yang hadapannya daripada Taurah dan kami
datangkan dia Injil padanya pertunjuk daripada sesat dan nur kenyataan segala
hukum-hukum
وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ
التَّوْرَاةِ
Dan
membenar bagi barang yang di hadapan daripada Taurah kerana barang yang ada
padanya daripada segala hukum
وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ
Dan
hidayah dan pengajaran bagi segala orang yang takutkan Allah dengan junjung
suruh dan tegahnya
Selasa, 3 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 45 Ms 226 Baris Ke 5 Dari Bawah
HUKUM QISAS DALAM AL QURAN
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا
Dan
kami fardhukan di atas mereka pada dalamnya taurah
أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ
بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ
بِالسِّنِّ
Bahawasa
nyawa seseorang dibunuh dengan sebab membunuh orang dan mata seorang dibutakan
(seorang) dengan sebab dibutakan mata orang dan hidung seorang dipotong dengan
sebab memotong hidung orang dan telinga seorang dikerat dengan sebab kerat
telinga orang lain dan gigi seorang dicabut dengan sebab mencabut gigi orang
وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ
Dan
segala luka itu qisas berbaas-balas arti dibalas apabila dapat seperti luka
tangan dan kaki dan zakar dan dua bibir mulut dan dua biji zakar dan dua tapak
kaki dan yang tiada dapat qisas itu wajib padanya hukum iaitu satu juzuk
daripada diat nyawa nisbah kurangnya pada harga dengan difardu ia hama harga
seratus maka dengan luka jadi Sembilan puloh jadi kurang satu ‘usyur yakni satu
daripada sepuloh maka wajib diat ‘usyur diat yakni satu daripada sepuloh
bahagian diat nyawa maka hukum qisas ini difardhu atas yahudi maka iaitu tetap
pada syariat kita pula
فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ
ۚ
Maka
barang siapa yang bersedekah denganya qisas itu maka iaitu jadi kaffarah
baginya dosanya
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Dan
barang siapa yang tiada menghukum dengan barang yang dihukum yang Allah T’ala
turunkan dia maka bermula mereka itu mereka itulah yang zalim sekelian
Isnin, 2 Julai 2018
Al Maidah - Ayat 44 Ms 226 Baris Ke 4 Dari Atas
إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى
وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا
وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ
Bahawasa
kami telah kami turun akan kitab Taurah pada Nabi Musa ada pada dalamnya
hidayah kepada jalan yang betul daripada yang sesat dolalah dan nur menerang
bagi segala hukum agama menghukum dengannya oleh segala nabi-nabi daripada bani
Israel yang Islam mereka itu berserah bagi Allah semata mata menghukum bagi
segala yahudi dan segala ulama dan fuqaha’
بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ
Dengan
sebab barang yang disuruh pelihara mereka itu akan dia daripada kitab allah
bahawa jangan ditukar-tukar akan dia
وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ
Dan
adalah mereka itu atasnya jadi saksi bahawa Taurah itu Sebenar
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ
Maka
jangan kamu takut akan manusia hai yahudi pada menzahirkan hukum yang Sebenar pada
kamu daripada sifat Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam dan huum rejam dan
lain
وَاخْشَوْنِ
Dan
taku oleh kamu akan daku pada menyembunyikan hukum
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا
ۚ
Dan
jangan kamu tukarkan dengan segala ayatku itu kepada harga yang sedikit
daripada dunia kamu ambil akan dia atas sembunyinya
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Dan
barang siapa yang tidak menghukum dengan barang yang telah diturunkan oleh
Allah Ta’ala maka bermula mereka itu mereka itulah yang kafir sekelian
Al Maidah - Ayat 43 Ms225 Baris Kedua Dari Bawah
وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِنْدَهُمُ
التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ
Dan
betapa meminta hukum mereka itu akan dikau adalah pada mereka itu kitab Taurah
yang ada di dalamnya hukum Allah dengan rejam ertinya tiada qosad mereka itu
dengan datang kepada engkau hendak ketahui yang benar tetapi kerana menjadi
hukum yang ringan
ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ
Kemudian
berpaling mereka itu daripada kemudian yang demikian itu
وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ
Dan
tiada mereka itu sekelian dengan beriman
Dibentang pada Hari Selasa 3 Julai 2018 di Masjid Bukit Indah dalam kuliah Subuh rengkas.
Dibentang pada Hari Selasa 3 Julai 2018 di Masjid Bukit Indah dalam kuliah Subuh rengkas.
Sabtu, 23 Jun 2018
Al Maidah - Ayat 42 Ms 225 Baris Ke 11
Banyak
pendengaran mereka itu bagi dusta
أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ ۚ
Banyak
memakan mereka itu bagi yang haram seperti rasuah upah hukum
فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ
أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ
Maka
jika datang mereka itu akan dikau supaya engkau hukum maka hukum olehmu antara
mereka atau berpaling engkau daipada mereka itu dengan tiada hukum ini pilihan
ayat mansukh dengan
وانِ احكُم بينهم
Dan
hukum oleh kamu antara mereka itu maka wajib dihukum antara mereka itu apabila
angkat dakwa pada kita muslimin pada yang terlebih sah dua qaul Imam Syafie dan
jika serah muslim wajib hukum dengan ijma’ ulama
وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ
شَيْئًا ۖ
Dan
jika engkau berpaling daripada hukum mereka itu maka tiada memberi mudharat
mfereka itu akan dikau suatu
وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ
بِالْقِسْطِ ۚ
Dan
jika engkau menghukum maka hukum olehmu antara mereka itu dengan keadilan
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Kerana
bahawasa Allah Ta’ala kasih Ia akan segala orang yang menghukum dengan adil
Tarikh Bentang : 26 Jun 2018 ; Hari : Selasa ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh
Tarikh Bentang : 26 Jun 2018 ; Hari : Selasa ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh
Al Maidah - Ayat 41 Ms 224 Baris Ke 5
Jangan
mendukacita akan dikau oleh segala mereka yang bersegera mereka itu pada
mengerja pekerjaan yang jadi kufur
مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا
بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ ۛ
Daripada
segala mereka yang berkata mereka itu “amanna” telah beriman kami berkata kami berkata
dengan mulut mereka itu sahaja dan tiada beriman di hati mereka itu itu iaitu
segala orang munafiqin.
وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمَّاعُونَ
لِلْكَذِبِ
Dan
setengah daripada segala orang yahudi itu banyak mendengar mereka itu bagi
dusta yang diperbuat oeh ulama mereka itu
سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ
ۖ
Banyak
mendengar mereka itu daripada engkau ya Muhammad bagi kaum yang lain yang tiada
datang mereka itu akan dikau mereka itu yahdi khaibar berzina dua orang mohson
maka benci mereka itu direjam keduanya maka suruh mereka itu yahudi quraidhah
menyanyai Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam daripada hukum keduanya
يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ
مَوَاضِعِهِ ۖ
Menukar
mereka itu akan kalimah hukum daripada segala tempatnya dalam Taurah seperti
ayat rejam dan sifat nabi
يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَٰذَا فَخُذُوهُ
Berkata
mereka itu jika didatangkan kepada kamu ini hukum balun sahaja maka ambil oleh
kamu akan dia
وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ
Dan
jika tiada datang kamu akan dia maka pelihara oleh kamu akan dia erti jika
Muhammad fatwa balun sahaja kamu terima dan jika rejam kamu jangan terima maka
pergi mereka itu kepada Nabi bersama-sama dua orang yang berzina itu maka
menyuruh nabi dengan rejam maka enggan mereka itu kata Jibrail jadi antara
engkau dengan mereka itu Ibnu Suria alim yahudi maka sabda nabi adakah kamu
kenal orang muda putih bular nama suria kata mereka itu “na’am” ya itu terlebih
alim yahdi atas bumi dengan Taurah maka di baw datang ibnu suria, maka sabda
nabi engkaukah ibnu suria yang terlebih alim yahudi berkata ia “na’am”
begitulah orang kata, sabda Nabi bagi mereka itu adakah kamu redha ia menghukum
kata mereka itu “na’am” maka sabda Nabi aku Tanya akan dikau dengan nama Allah
Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Ia yang membuka akan laud an melepas akan kamu
dan mengkaram Ali Firaun, adakah kamu dapat dalam kitab kamu rejam atas orang
mohson, berka ia naam, maka menyuruh rejam mabi dua orang yang berzina pada
pintu masjid Madinah, maka mohson itu yang sudah bersamai jima’ dalam nikah
وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ
تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ
Dan
barangsiapa yang menghendaki Allah Ta’ala akan fitnahnya maka tiada dapat
engkau miik daripada Allah suatu pada menolongnya
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ
أَنْ يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ
Bermulal
mereka itu segala mereka yang tiada menghendaki Allah bahawasa mensucikan hati
mereka itu daripada kufur dan munafiqin dan jika dikehendaki nescaya jadi ia
beriman
لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ
Bagi
mereka itu pada dunia itu kehinaan dan kena jizyah hasil kepala
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan
bagi mereka itu pada Akhirat azab yang besar2
Tarikh Bentang : 25 Jun 2018 ; Hari : Isnin ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh
Tarikh Bentang : 25 Jun 2018 ; Hari : Isnin ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh
Isnin, 2 April 2018
Al Maidah - Ayat 40 Ms 224 Baris Pertama
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Tiadakah
engkau ketahui bahawasanya Allah Ta’ala itu baginya milik tujuh petala langit
dan bumi
يُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَيَغْفِرُ لِمَنْ
يَشَاءُ ۗ
Mengazab
ia kepada merek yang dikehendki daripada seterunya dan mengampuni Ia bagi
mereka yang dikehendaki daripada kekasihNya
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan
bermula Allah Ta’ala di atas tiap-tiap suatu itu amat kuasa
**** utk peringatan - ayat 40 adalah ayat terakhir yang dibentang pada Selasa 3 Apr 2018 di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Hari Selasa 3/4/18 pembentang akan mendaftar di wad jantung di PPUM, dan akan menjalani pembedahan bypass pada Khamis 5/4/18, mohon doa dari semua yang membaca mesej ini, mudah-mudahan Allah beri kemudahan sebelum, semasa dan selepas pembedahan untuk terus menyambung kerja-kerja dakwah.
Isnin, 26 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 39
فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ
Maka
barang siapa yang taubat daripada kemudian zalimnya dan beramal soleh ia
فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ
Maka
bahawasa Allah Ta’ala itu memberi taubat ia atasnya
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Bahawasa
Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengampuni lagi amat Perahim
Al Maidah - Ayat 38 Ms 223 Baris 9 Dari Bawah
HUKUM
MENCURI
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُو ا
أَيْدِيَهُمَا
Dan
bermula lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri itu maka kerat oleh kamu
akan tangan keduanya pada pergelangan tangan kanan dan jika balik kerat kaki
kiri dan yang ketika tangan kiri dan yang kempat kaki kanan kemudia dita’zir
dengan apa yang difikir oleh raja-raja
جَزَاءً بِمَا كَسَبَا
Balasan
dengan barang yang diusahakan mencuri
نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ
Siksa
daripada Allah bagi keduanya teladan bagi lainnya
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan
bermula Allah Ta’ala itu Tuhan Yang Amat Berkekerasan di atas kerjaannya lagi
amat Halim pada perbuatanNya.
Al Maidah - Ayat 37 Ms 223 Baris 13 Dari Atas
يُرِيدُونَ أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ
وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنْهَا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ
Cita-cita
mereka itu bahawa keluar mereka itu daripada neraka tetapi tiada mereka itu
dikeluar daripadanya dan bagi mereka itu azab yang berkekalan selama-lama
didalam neraka
Ahad, 25 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 36
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ أَنَّ لَهُمْ
مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لِيَفْتَدُوا بِهِ مِنْ عَذَابِ
يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَا تُقُبِّلَ مِنْهُمْ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bahawasa
segala orang kafir itu jika bagi mereka itu barang yang dalam bumi sekelian dan
seumpama sertanya supaya tebus mereka itu dengannya akan diri mereka itu
daripada azab hari qiyamat nescaya tiada diterima daripada mereka itu dan bagi
mereka itu azab yang sangat sakit
Rabu, 21 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 35 Ms 222 Baris Ke 3 Dari Bawah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا
اللَّهَ
Hai
segala orang mukminin takut oleh kamu akan Allah Ta’ala pada tiap-tiap yang
kerja dan yang tinggal
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
Dan
tuntut oleh kamu kepada akan wasilah perhubungan yang menghampirkan diri kepada
Allah maka zikirullah dengan lidah dan hati yang dinama muraqabah dan
musyahadah dan dawam al Hudhur dan baca Quran dan selawat dan doa da sekelian
bagi taat kebajikan sunah itu wasilah hamba kepada Allah Ta’ala yang boleh jadi
mendengar Allah pendengaran dan penglihatan Allah penglihatannya dan tangannya
dan langkahnya dan tanparnya Allah Akbar maka wasilah pada Allah seperti
persembahan pada raja-raja
وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ
Dan
bersungguh-sungguh oleh kamu pada jalan kerana meninggi agamaNya dengan perang
seterunya yang nyata dan yang sembunyi kafir munafiq mudah mudahan kamu dapat
kemenangan kamu dengan syurga dan lepas daripada neraka
Selasa, 20 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 34 Ms 222 Baris Ke 11 Dari Bawah
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ
تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ
Melainkan
segala mereka yang telah taubat dahulu bahawa kamu tangkap atas mereka itu
فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka
ketahui oleh kamu bahawasa Allah Ta’ala itu mengampuni bagi mereka itu haknya
tiada hak Adami lagi amat kasih sayang dengan mereka itu maka gugur had
menyamun kemudian daripada taubat seperti wajib bunuh dan sula dan kerat tangan
kanan dan kaki kiri kerana hak Allah maka tiada gugur bunuh balas dan harta dan
had zina dan mencuri dan minum khamar dan tuduh zina kerana perkara itu hak
anak Adam
Isnin, 19 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 33 Ms 221 Baris Ke 3 Dari Bawah
HUKUM MENYAMUN
Dan
turun pada ‘Ariniyiin satu qabilah daripada Arab delapan orang datang mereka
itu ke Madinah dan mereka itu sakit maka mengizin Nabi Sollahu alaihi wasalam
bagi mereka itu keluar pergi duduk di kandang unta lima belas ekor meminum
susunya dan kencingnya maka tatkala sihat mereka itu membunuh akan gembala unta
itu dan mengambil mereka itu akan unta itu maka menyuruh Nabi pada tangkap
mereka itu Kirz bin Jabir Al Mahri dua puloh orang maka ditangkap mereka itu
dan diazab mata mereka itu dengan besi hangat dan dikerat tangan mereka itu dan
jemur pada tengah panas sampai mati
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Hanya
balasan segala mereka yang perang akan Allah dan RasulNya dengan perang orang
muslimin
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا
Dan
berbuat fasid mereka itu pada bumi akan sebagai fasid dengan menyamun jalan itu
أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ
تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ
ۚ
Bahawa
dibunuh mereka itu atau disula mereka itu atau dikerat tangan dan kaki mereka
itu daripada selain tangan kanan kaki kiri atau di buang daripada negeri maka
dibunuh itu bagi mereka yang membunuh orang dan tiada ambil harta dan sula itu
bagi mereka yang bunuh dan ambil harta dan kerat tangan itu bagi yang ambil
harta sahaja tiada dibunuh dan buang negeri itu bagi mereka yang menakuti jalan
sahaja maka sula tiga hari kemudian daripada bunuh dan dihubung dengan buang
negeri itu penjara
ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ
Bermula
demikian itu balasan itu bagi mereka itu kehinaan pada dalam dunia
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan
bagi mereka itu pada Akhirat aab yang amat besar azab neraka
Selasa, 13 Mac 2018
Al Maidah - Ayat 32 Ms 221 Baris ke 10 Dari Atas
Daripada
kerana yang demikian itu perbuatan qabil membunuh habil itu telah kami
fardhukan wajib atas bani Israel
أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ
أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ
Bahawasanya
barang siapa yng membunuh satu nyawa dengan tiada sebab bunuh nyawa waris atau
dengan tiada sebab berbuat fasiq dalam bumi daripada kufur atau zina atau
menyamun dan seumpamanya
فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
Maka
seolah-olah membunuh ia akan manusia sekelian
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا
النَّاسَ جَمِيعًا ۚ
Dan
barang siapa yang menghidupkan akan dia maka seolah-olah menghidup ia akan
manusia sekelian daripada sekira-kira binasa hormatnya dan pelihara maka binasa
hormat seorang seperti binasa hormat orang kesemua demikin jua peliharanya
وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا
بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ
لَمُسْرِفُونَ
dan
sungguh telah dating akan mereka itu bani Israel itu oleh beberapa banyak rasul
kami dengan beberapa banyak mukjizat empat ribu rasul antara Musa dan Isa kata
setengah tuJuh puloh ribu kemudian bahawa kebanyakan daripada mereka itu
kemudian daripada yang demikian itu sungguh melampaui sekelian akan had hukum
Allah dengan mengerja perkerjaan yang jadi kufur dan membunuh orang dan lainna
yang demikian itu
Langgan:
Catatan (Atom)
