Dan diberi janji kepada segala orang yang kafir dan dusta mereka itu
dengan segala ayat Kami dan Hukum Kami bermula mereka itu segala orang yang
empunya neraka yang nama jahim
Menerbitkan semua tafsiran ayat dari kitab Tafsir Nurul Ihsan - sejak 12 Dis 2013
Ahad, 14 Januari 2018
Al Maidah - Ayat 9 Ms 212 Baris Ke 9 Dari Atas
Telah memberi janji oleh Allah Ta’ala akan segala mereka yang beriman
dan beramal akan amal yang soleh-soleh ini akan janji yang baik iaitu
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
Bagi mereka itu ampunan dan Pahala yang besar-besar iaitu syurga
Al Maidah - Ayat 8 Ms 211 Baris Paling Bawah
Hai segala mereka yang beriman hendaklah ada kamu itu mendiri akan
segala hukum Allah kerana Allah semata-mata jangan kerana nafsu hal saksi
dengan keadilan tiada dengan zalim
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ
عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ
Dan jangan menanggung akan kamu oleh kebencian kaum kafir kepada kamu
itu atas bahawa tiada kamu berbuat adil dengan sebab seteru mereka itu akan
kamu
اعْدِلُوا
Adil oleh kamu pada seteru dan kekasih
هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada suruh dan tegahnya kerana bahawasa
Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengetahui dengan barang yang kamu berbauat
amal daripada baik dan jahat maka membalas Ia akan kamu dengan perjanjian Allah
dengan orang mukminin dan kafir
Sabtu, 6 Januari 2018
Al Maidah - Ayat 7 Ms 211 Baris Ke 7 Dari Bawah
وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُمْ بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Dan ingat oleh kamu akan ni’mat Allah atas kamu dengan Islam dan
janjinya yang telah berjanji ia akan kamu dengnnya ketika kamu kata bagi Nabi
telah kami dengar dan telah kami taat suruh dan tegah engkau ya Rasulullah dan
takut oleh kamu akan Allah pada menyempurna suruh dan tegahnya kerana
bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengetahui dengan barang yang
dalam hati kamu dan yang lain terlebih aula
Al Maidah - Ayat 6 Ms 210 Baris Ke 8 Dari Bawah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا
قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ
Hai segala mereka yang beriman apabila kamu hendak berdiri pada
sembahyang dan berhadas
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ
إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
ۚ
Maka basuh oleh kamu akan segala muka kamu dan dua tangan kamu hingga
dua siku dan satupu oleh kamu dengan kepala kamu dan kaki kamu hingga dua mata
kaki empat anggota wudu’ dan ambil dua sunat wajib niat dan tertib jadi enam
fardhu wudu’ wajib sapu sekelian kepala pada Imam Malik dan Imam Ahmad wajib
serubu’ (1/4) pada imam Abu Hanifah dan barang yang dinama sapu pada Imam
Syafie
وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ
Dan jika ada kamu junub maka bersuci kamu dengan mandi junub niat angkat
hadas besar dan merata air bulu dengan kulit
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ
سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ
فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
Dan jika ada kamu sakit yang tiada boleh kena air atau atas musafir
tiada air atau dating akan seseorang daripada kamu itu daripada hadas atau kamu
sentuh akan perempuan atau setubuhnya maka tiada kamu dapat air kemudian
daripada tuntutannya
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ
Maka hendaklah kamu tayammum iaitu qosad tanah yang suci maka sapu oleh
kamu dengan muka kamu dan dua tangan kamu daripadanya dengan dua kali pukul dan
merata dua anggota itu dengan sapu tanah
مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ
مِنْ حَرَجٍ
Tiada menghendaki Allah Ta’ala bahawa menjadikan atas kamu itu daripada
kepecikan dengan fardhu wudu’ dan tayammum dan mandi junub itu
وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ
وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan tetapi menghendaki ia bahawa menyuci akan kamu daripada hadas kecil
dan besar dan dosa dan supaya menyempurna akan ni’matnya atas kamu dengan Islam
mdah mudahan kamu bersyukur akan ni’matnya
Al Maidah - Ayat 5 Ms 210 Baris Paling Atas
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ
Pada hari ini dihalalkan bagi kamu itu segala makanan yang lazat pada
orang tabiat yang selamat yang tiada datang warid nas pada haramnya
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
حِلٌّ لَكُمْ
Dan makanan segala mereka yang diberi akan kitab itu halal bagi kamu
erti sembelihan yahudi dan nasara halal bagi kamu
وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ ۖ
Dan makanan kamu halal bagi mereka itu
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
Dan perempuan yang merdeka daripada segala perempuan mukminah dan
perempuan yang merdeka daripada segala mereka yang diberi akan kitab iaitu
yahudi atau nasara
مِنْ قَبْلِكُمْ
Daripada dahulu kamu itu halal bahawa kamu nikahkan merek itu erti
halal nikah orang Islam dengan perempuan yahudi dan nasara
إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Apabila kamu datang akan mereka itu akan isi kahwin mereka itu
مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ
Hal kamu berkahwin tiada berzina
وَلَا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ ۗ و
Dan tiada ambil buat gundik
َمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ
حَبِطَ عَمَلُهُ
Dan barang siapa kufur murtad daripada iman maka sungguh telah batal
amalannya yang soleh-soleh
وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Hanya ia pada akhirat daripada orang yang kerugian apabila mati atas
murtad itu dan jika kembali Islam kena qoda’ masa murtad tiada amalan yang
dahulu tetapi dengan tiada pahalanya
Al Maidah - Ayat 4 Ms 209 Baris Ke 14 Dari Bawah
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ
Lagi menanyai mereka itu mukminin akan dikau Ya Muhammad makanan yang
dihalal bagi mereka itu
قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ
Kata olehmu telah dihalal bagi mereka itu akan segala makanan yang
lazat-lazat sedap-sedap
وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ
Dan halal perburuan barang binatang yang kamu ajar berburu daripada
segala binatang menghambat daripada anjing dan namir dan helang dan siwa (yang
menyamai) sekelian hal sudah terajar dan terbiasa
مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا
عَلَّمَكُمُ اللَّهُ ۖ
Yang kamu ajar akan mereka itu daripada barang yang mengajar akan kamu
oleh Allah Ta’ala daripada segala adab berburu
فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ
Maka makan oleh kamu daripada binatang yang diburu yang pegang ia atas
kamu sahaja dan tiada makan ia daripadanya bersalahan yang belum terajar tiada halal perburuannya maka alamatnya itu serbu
ia apabila dipercup dan terhenti ia apabila direnti berulang-ulang tiga kali
yang demikian itu
وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ ۖ
Dan sebut olehmu akan Bismillah atasnya ketika lepas perburuan itu
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
سَرِيعُ الْحِسَابِ
Dan takut oleh kamu akan Allah Ta’ala pada suruh dan tegahnya bahawasa
Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat cepat hisab dihisab sekelian hambaNya hari
kiamat kadar dua rakat sembahyang sunat subuh
Ahad, 31 Disember 2017
Al Maidah - Ayat 3, Baris ke 9 Ms 208
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ
Diharam atas kamu itu makan bangkai iaitu binatang yang dimakan mati
dengan tiada sembelih Syara’
وَالدَّمُ
Dan makan darah yang mengalir
وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ
Dan makan daging babi
وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
Dan makan barang yang disembelih bagi nama yang lain daripada nama
Allah seperti sembelih dengan nama jin dan raja
وَالْمُنْخَنِقَةُ
Dan makan yang mati tercekik leher
وَالْمَوْقُوذَةُ
Dan makan yang mati kena pukul
وَالْمُتَرَدِّيَةُ
Dan makan yang mati jatuh dari atas ke bawah
وَالنَّطِيحَةُ
Dan makan yang mati berlaga
وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا
ذَكَّيْتُمْ
Dan makan yang mati dimakan oleh binatang buas seperti ayam atau
kambing yang dimakan musang atau harimau
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Dan makan yang mati disembelih atas nama berhala
وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ
Dan haram bahawa kamu tikam paya tuntun bahagiannya dan hukum dengan
azlam iaitu anak panah kecil tiada bulu dan batang ada ia tujuh batang pada
khadam ka’bah ada atasnya tanda-tanda menurut mereka itu padanya suruh dan
tegahnya
ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ
Bermula yang demikian itu fasiq kerjaan bukan taat dan turun pada
Arafah tahun haji wada’
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ
دِينِكُمْ
Pada hari ini putus jadi dengan segala orang kafir itu daripada agama kamu
daripada cadang-cadang mereka itu akan murtad kamu kerana dilihat kuatnya Islam
فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ
Maka jangan kamu takut akan mereka itu maka takut oleh kamu akan daku
dengan ikut suruhKu
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
Pada hari inilah telah aku cukupkan bagi kamu akan agama kamu segala
hukumnya dan fardhu dan sunatnya maka tiada turun kemudian itu halal atau haram
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
Dan Aku sempurnakan atas kamu akan segala ni’matKu dengan dapat masuk
Mekah dengan aman
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Dan telah Aku redhakan bagi kamu agama Islam itu maka Rasulullah
kemudian daripada ini delapan puloh satu hari wafat dan kemudian daripada
واتقوا يوما
Dua puloh satu hari wafat ia
فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ
مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ
Maka barang siapa yang sangat mudharat pada kelaparan yang berkehendak
makan yang haram yang tersebut itu jalan tiada mengehaja bagi maksiat maka
makan ia
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka bahawasanya Allah Ta’ala amat mengampuni lagi amat Rahim pada
mengharusnya bersalahan orang yang menyengehaja maksiat seperti penyamun dan
orang bughah maka tiada halal baginya
Al Maidah - Ayat 2 Ms 207 Baris 8 Dari Bawah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا
تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ
Hai segala mereka yang beriman jangan kamu halal segala Syariat Allah
yang fardhu dengan tinggal dan haram dengan seperti berburu pada tanah haram
وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ
Dan tiada menghalal bulan syahrul haram dengan fardhu padanya
وَلَا الْهَدْيَ
Dan tiada menghalal binatang yang dihadiah pada tanah haram
وَلَا الْقَلَائِدَ
Dan tiada menghalal qalaid binatang yang digantung pada lehernya
daripada kayu tanah haram supaya aman
وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ
يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ
Dan jangan kamu halal akan segala orang yang qosad datang baitil haram
menuntut rezeki daripada Tuhan mereka itu dengan meniaga wa ridhwanan dan
keredhaan Allah dengan kerja haji
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ
Dan apabila kamu halal daripada ihram maka berburu oleh kamu ini suruh
ibahah
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ
صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا ۘ
Dan jangan mengusaha akan kamu oleh benci satu kaum kafir kerena tahan
mereka itu akan kamu daripada masjidil haram itu bahawa kamu melampau hukum
atas mereka itu dengan bunuh dan lainnya
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ
وَالتَّقْوَىٰ ۖ
Dan bertolong-tolong kamu atas kerja kebajikan dan takut Allah Ta’ala
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ
وَالْعُدْوَانِ ۚ
Dan jangan kamu bertolong-tolong atas mengerja maksiat dan melangkah hukum
Allah
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
Dan takut oleh kamu akan Allah
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bahawasa Allah Ta’ala itu amat sangat siksa mereka yang menyalahi
hukumNya
Al Maidah - Ayat 1 Ms 207 ke 7 Dari Atas
Surah Al Maidah
Seratus dua puloh dua atau tiga ayat
بسم الله الرحمن
الرحيم
Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا
بِالْعُقُودِ ۚ
Hai segala mereka yang beriman sempurnakan oleh kamu dengan segala
janji Allah dan manusia
أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِ
Dihalalkan bagi kamu segala binatang an’am makan kemudian daripada
sembelihnya iaitu unta lembu kambing
إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ غ
حرمت عليكم الميتة
Lagi akan datang
َيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ
حُرُمٌ
Hal kamu tiada menghalal perburuan dan kamu
dalam ihram haji
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ
Bahasanya Allah Ta’aa itu menghukum Ia akan
barng yang dikehendaki daripada menghalal dan mengharam tiada I’tirad atasnya
Khamis, 28 Disember 2017
An Nisa' - Ayat 176 Ms 206 Baris Ke 9 Dari Bawah
يَسْتَفْتُونَكَ
قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ ۚ
Lagi minta fatwa mereka itu akan dikau kata olehmu
ya Muhammad bermula Allah Ta’ala memfatwa akan kamu pada kalalah
إِنِ امْرُؤٌ
هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ
Jika seorang mati yang tiada baginya anak lelaki
dan cucu lelaki dan bapa itu kalalah dan ada baginya saudara perempuan syaqiq
atau sebapa
فَلَهَا نِصْفُ
مَا تَرَكَ ۚ
Maka baginya nisfu barang yang tinggal oleh
saudaranya
وَهُوَ
يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ ۚ
Dan ia saudara lelaki mempusaka akan dia jika
tiada baginya anak lelaki atau cucu lelaki ‘asobah dan jika ada anak lelaki
atau cucu lelaki maka saudara mahjub dan jika ada anak perempuan maka baginya
barang yang lebih dan jika saudara itu seibu maka baginya sudus
فَإِنْ كَانَتَا
اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ ۚ
Dan jika ada saudara perempuan itu dua orang atau
lebih maka baginya dua thuluth daripada barang yang ditinggal
وَإِنْ كَانُوا
إِخْوَةً رِجَالًا وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۗ
Dan jika ada mereka itu saudara itu lelaki dan
perempuan maka bagi seorang lelaki seumpama bahagian dua orang perempuan
يُبَيِّنُ
اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا ۗ
Menyatakan Allah Ta’ala bagi kamu segala hukum
agama bahawa jangan kamu sesat
وَاللَّهُ
بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan bermula Allah Taala dngna tiap-tiap suatu itu
amat mengetahui
Selesai Pembentangan Surah An Nisa' di Masjid Bukit Indah Pada 28 Dis 2017, Maka akan bermula pula pembentangan Surah Al Maidah pada awal tahun 2018
Selesai Pembentangan Surah An Nisa' di Masjid Bukit Indah Pada 28 Dis 2017, Maka akan bermula pula pembentangan Surah Al Maidah pada awal tahun 2018
Rabu, 20 Disember 2017
An Nisa' - Ayat 175 Baris Ke 11 Dari Atas
فَأَمَّا
الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ
مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Maka adapun segala mereka yang beriman dengan
Allah dan bergantung mereka itu dengannya maka lagi memasuk ia akan mereka itu
pada rahmat daripadaNya dan kelebihan dan menghidayah akan mereka itu kepada
jalan agama yang betul iaitu agama Islam
An Nisa' - Ayat 174 Baris Ke 10 Dari Atas
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ
Hai segala manusia sungguh telah dating akan kamu
itu keterangan hidayah daripada Tuhan kamu atas kamu iaitu Nabi Muhammad
sollahu alaihi wasallam dan Quran
وَأَنْزَلْنَا
إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا
Dan kami turun kepada kamu nur yang nyata iaitu
Quran
An Nisa' - Ayat 173 Baris Paling Atas
فَأَمَّا
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ
وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
Maka adapun segala mereka yang beriman dan beramal
mereka itu akan amal yang soleh-soleh maka lagi menyempurnakan Allah akan
mereka itu akan pahala mereka itu dan tambah ia akan mereka itu barang yang
tiada pernah mata melihat dan tiada telinga mendengar dan tiada terlintas atas
hati manusia daripada syurga dan barang yang di dalamnya
وَأَمَّا
الَّذِينَ اسْتَنْكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan adapun segala mereka yang menegah menyembah
Allah dan takabur mereka itu maka lagi mengazab ia akan mereka itu akan azab
yang sangat sakit neraka dengan ular kalanya
وَلَا يَجِدُونَ
لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Dan tiada dapat mereka itu bagi mereka itu daripada
lain Allah itu wali dan tiada yang menolong melepas mereka itu daripada azab
neraka
Ahad, 17 Disember 2017
An Nisa' - Ayat 172 Baris Ke 5 Dari Bawah
لَنْ
يَسْتَنْكِفَ الْمَسِيحُ أَنْ يَكُونَ عَبْدًا لِلَّهِ وَلَا الْمَلَائِكَةُ
الْمُقَرَّبُونَ ۚ
Tiada menegah Isa Masih itu bahawa ada ia hamba
bagi Allah semata-mata dan tiada menegah segala Malaikat yang muqarrabun bahawa
ada mereka itu hamba bagi Allah seperti dakwa Nasrani bahasanya Malaikat itu
Tuhan atau anak perempuan Allah
وَمَنْ
يَسْتَنْكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا
Dan barang siapa yang menegah daripada
sembahyangnya dan takabbrur ia maka lagi mahsyar Allah akan mereka itu
kepadanya sekelian pada Akhirat di balas menurut tafsil
Isnin, 11 Disember 2017
An Nisa' - Ayat 171 M/s 205 Baris Paling Atas
يَا أَهْلَ
الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ
Hai ahli kitab yahudi nasrani jangan kamu melampau
had hukum pada agama kamu seperti berlebih lebihan yahudi benci Nabi Isa dikata
anak zina dan berlebih lebihan kasih nasrani dikata anak Allah
وَلَا تَقُولُوا
عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ
Dan jangan kamu kata atas Allah Ta’ala melainkan
perkataan yang benar daripada Maha Suci Allah Ta’ala daripada syirik dan anak
إِنَّمَا
الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ
مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ
Hanya Masih Isa anak Maryam itu pesuruh Allah
Ta’ala dan kelebihan dilontar akan dia kepada Maryam dan ruh daripadanya dan
tiada ia anak Allah atau tuhan sertanya atau thalith thalathah seperti barang
yang kamu dakwa kerana yang empunya ruh itu bersusun dan Tuhan maha suci
daripada bersusun dan daripada nisbah bersusun kepadanya
فَآمِنُوا
بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ
Maka bferiman oleh kamu dengan Allah Ta’ala dan
segala rasulNya dan jangan kamu kata Tuhan itu thalathah Allah dan Isa dan
Maryam
انْتَهُوا
خَيْرًا لَكُمْ ۚ
Berhenti oleh kamu daripada yang demikian itu
terlebih baik bagi kamu daripadanya iaitu tauhidkan Allah
إِنَّمَا
اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
Hanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang esa
سُبْحَانَهُ
أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ
Maha sucinya Allah Ta’ala bahawa ada bagiNya anak
atau ibu bapa atau keduanya
لَهُ مَا فِي
السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
bagiNya barang yang di dalam tujuh lapis langit
dan barang yang di dalam bumi kejadian dan milik maka milik itu menafikan
nubuwwah kerana milik sifat Tuhan dan nubuwwah sifat hamba seperti tiada boleh
tuhan jadi nabi jadi tuhan maka Nabi Isa hamba bukan tuhan
وَكَفَىٰ
بِاللَّهِ وَكِيلًا
dan memadalah dengan Allah Ta’aa itu saksi yang
demikian itu
An Nisa' - Ayat 170 Ms 204 Baris Paling Bawah
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْرًا
لَكُمْ ۚ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
Hai manusia sungguh telah dating akan kamu oleh
Rasul Aku Muhammad dengan Sebenar daripada Tuhan kamu maka hendaklah kamu
beriman dengannya terlebih baik bagi kamu daripada kufur yang kamu padanya dan
jika kamu kufur dengannya maka bahasanya bagi Allah Ta’ala itu barang yang pada
dalam tujuh petala langit dan bumi milik dan kajadian dan hamba maka tiada
mudharat akan dia kufur kamu seperti manafaat akan dia iman kamu
وَكَانَ اللَّهُ
عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat
Mengetahui lagi Amat Hakim
Rabu, 29 November 2017
An Nisa' - Ayat 168 & 169 Ms 204 Baris ke 11 Dari Bawah
إِنَّ الَّذِينَ
كَفَرُوا وَظَلَمُوا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ
طَرِيقًا
إِلَّا طَرِيقَ
جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
Bahawasa segala mereka yang kafir mereka itu dan
zalim mereka itu akan nabinya dengan sembunyi sifatnya itu tiada ada Allah Ta’ala
bahawa mengampuni bagi mereka itu dna tiada bahawa hidayah akan mereka itu
jalan agama melainkan jalan neraka jahannam kekal mereka itu padanya
selama-lamanya
وَكَانَ ذَٰلِكَ
عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Dan adalah yang demikian itu atas Allah Ta’ala
sangat mudah
Label:
An Nisa' - Ayat 168 & 169
Selasa, 28 November 2017
An Nisa' - Ayat 167 Ms 204 Baris ke 11 Dari Atas
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ
اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا ضَلَالًا بَعِيدًا
Bahawasa
segala mereka yang telah jadi kafir mereka itu dan menegah mereka itu akan
manusia daripada agama Allah Ta’ala itu sungguh telah sesat mereka itu akan
sesat yang jauh daripada yang Sebenar iaitu yahudi
An Nisa' - Ayat 166 Ms 204 Baris ke 7
لَٰكِنِ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنْزَلَ إِلَيْكَ ۖ
أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ
شَهِيدًا
Tetapi
Allah Ta’ala naik saksi IA dengan barang yang diturun kepada engkau Quran turun
akan dia dengan ilmunya dan segala malaikat naik saksi mereka itu dan memadalah
dengan Allah Ta’ala itu saksi atas yang demikian itu
Langgan:
Catatan (Atom)









