Rabu, 20 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 173 Baris Paling Atas

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
Maka adapun segala mereka yang beriman dan beramal mereka itu akan amal yang soleh-soleh maka lagi menyempurnakan Allah akan mereka itu akan pahala mereka itu dan tambah ia akan mereka itu barang yang tiada pernah mata melihat dan tiada telinga mendengar dan tiada terlintas atas hati manusia daripada syurga dan barang yang di dalamnya
وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنْكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan adapun segala mereka yang menegah menyembah Allah dan takabur mereka itu maka lagi mengazab ia akan mereka itu akan azab yang sangat sakit neraka dengan ular kalanya
وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Dan tiada dapat mereka itu bagi mereka itu daripada lain Allah itu wali dan tiada yang menolong melepas mereka itu daripada azab neraka

Ahad, 17 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 172 Baris Ke 5 Dari Bawah

لَنْ يَسْتَنْكِفَ الْمَسِيحُ أَنْ يَكُونَ عَبْدًا لِلَّهِ وَلَا الْمَلَائِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ
Tiada menegah Isa Masih itu bahawa ada ia hamba bagi Allah semata-mata dan tiada menegah segala Malaikat yang muqarrabun bahawa ada mereka itu hamba bagi Allah seperti dakwa Nasrani bahasanya Malaikat itu Tuhan atau anak perempuan Allah
وَمَنْ يَسْتَنْكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا

Dan barang siapa yang menegah daripada sembahyangnya dan takabbrur ia maka lagi mahsyar Allah akan mereka itu kepadanya sekelian pada Akhirat di balas menurut tafsil

Isnin, 11 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 171 M/s 205 Baris Paling Atas

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ
Hai ahli kitab yahudi nasrani jangan kamu melampau had hukum pada agama kamu seperti berlebih lebihan yahudi benci Nabi Isa dikata anak zina dan berlebih lebihan kasih nasrani dikata anak Allah
وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ
Dan jangan kamu kata atas Allah Ta’ala melainkan perkataan yang benar daripada Maha Suci Allah Ta’ala daripada syirik dan anak
إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ
Hanya Masih Isa anak Maryam itu pesuruh Allah Ta’ala dan kelebihan dilontar akan dia kepada Maryam dan ruh daripadanya dan tiada ia anak Allah atau tuhan sertanya atau thalith thalathah seperti barang yang kamu dakwa kerana yang empunya ruh itu bersusun dan Tuhan maha suci daripada bersusun dan daripada nisbah bersusun kepadanya
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ
Maka bferiman oleh kamu dengan Allah Ta’ala dan segala rasulNya dan jangan kamu kata Tuhan itu thalathah Allah dan Isa dan Maryam
انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ
Berhenti oleh kamu daripada yang demikian itu terlebih baik bagi kamu daripadanya iaitu tauhidkan Allah
إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
Hanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang esa
سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ
Maha sucinya Allah Ta’ala bahawa ada bagiNya anak atau ibu bapa atau keduanya
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
bagiNya barang yang di dalam tujuh lapis langit dan barang yang di dalam bumi kejadian dan milik maka milik itu menafikan nubuwwah kerana milik sifat Tuhan dan nubuwwah sifat hamba seperti tiada boleh tuhan jadi nabi jadi tuhan maka Nabi Isa hamba bukan tuhan
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

dan memadalah dengan Allah Ta’aa itu saksi yang demikian itu

An Nisa' - Ayat 170 Ms 204 Baris Paling Bawah

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
Hai manusia sungguh telah dating akan kamu oleh Rasul Aku Muhammad dengan Sebenar daripada Tuhan kamu maka hendaklah kamu beriman dengannya terlebih baik bagi kamu daripada kufur yang kamu padanya dan jika kamu kufur dengannya maka bahasanya bagi Allah Ta’ala itu barang yang pada dalam tujuh petala langit dan bumi milik dan kajadian dan hamba maka tiada mudharat akan dia kufur kamu seperti manafaat akan dia iman kamu
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim

Rabu, 29 November 2017

An Nisa' - Ayat 168 & 169 Ms 204 Baris ke 11 Dari Bawah

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَظَلَمُوا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ طَرِيقًا
إِلَّا طَرِيقَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
Bahawasa segala mereka yang kafir mereka itu dan zalim mereka itu akan nabinya dengan sembunyi sifatnya itu tiada ada Allah Ta’ala bahawa mengampuni bagi mereka itu dna tiada bahawa hidayah akan mereka itu jalan agama melainkan jalan neraka jahannam kekal mereka itu padanya selama-lamanya
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Dan adalah yang demikian itu atas Allah Ta’ala sangat mudah

Selasa, 28 November 2017

An Nisa' - Ayat 167 Ms 204 Baris ke 11 Dari Atas

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا ضَلَالًا بَعِيدًا

Bahawasa segala mereka yang telah jadi kafir mereka itu dan menegah mereka itu akan manusia daripada agama Allah Ta’ala itu sungguh telah sesat mereka itu akan sesat yang jauh daripada yang Sebenar iaitu yahudi

An Nisa' - Ayat 166 Ms 204 Baris ke 7

لَٰكِنِ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنْزَلَ إِلَيْكَ ۖ أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Tetapi Allah Ta’ala naik saksi IA dengan barang yang diturun kepada engkau Quran turun akan dia dengan ilmunya dan segala malaikat naik saksi mereka itu dan memadalah dengan Allah Ta’ala itu saksi atas yang demikian itu 

Isnin, 27 November 2017

An Nisa' - Ayat 165 Baris Paling Bawah

رُسُلًا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ
Beberapa rasul itu menyukai sekelian akan orang yang beriman dengan syurga dan menakuti sekelian orang kafir dengan neraka
لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ
Supaya tiada ada bagi manusia atas Allah hujjah perkataan kemudian daripada bangkit rasul hai Tuhan kami apa tiada engkau bangkit kepada kami rasul engkau maka kami boleh ikut hukum engkau dan kami jadi mukminin maka dibangkit rasul itu memutus uzur mereka itu
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mulia pada kerajaanNya lagi Amat Hakim pada perbuatanNya dan turun tatkala ingkar yahudi akan nubuwwah Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam ketika ditanyai mereka itu

Ahad, 26 November 2017

An Nisa' - Ayat 164 Ms 203 Baaris Ke 6 Dari Bawah

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ
Dan kami suruh beberapa banyak rasul sungguh kami ceritera mereka itu atas engkau daripada dahulu dan beberapa banyak rasul tiada kami kisah akan mereka itu atas engkau diriwayat Allah Ta’ala telah bangkit lapan ribu nabi-nabi empat ribu daripada Bani Israel dan empat ribu daripada lain-lainnya
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا

Dan telah bertutur Allah akan Nabi Musa beberapa banyak kalimah dengan tiada wasitah dibuang hijab terdengar makna yang berdiri dengan zat

Rabu, 22 November 2017

An Nisa' - Ayat 163 Ms 203 Baris ke 13 dari bawah

۞ إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ ۚ
Bahawasa kai telah kami wahyu kepada engkau ya Muhammad seperti barang yang telah kami wahyu kepada Nai Nuh dan segala nabi-nabi daripada kemudiannya
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ ۚ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا

Dan seperti kami wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Ya’akub dan segala anak-anak Nabi Ya’akub dan Nabi Isa dan Nabi Ayyub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman dan kami dating akan Nabi Daud kitab Zabur dalamnya tasbih dan tahmid dan puji Allah dan ajaran tiada halal atau haram

Isnin, 20 November 2017

An Nisa' - Ayat 162 Ms 203 Baris Ke 4

لَٰكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ
Tetapi bermula segala orang yang tetap ilmu daripada mereka itu seperti Abdullah ibnu Salam dan segala orang mukminin muhajirin dan ansar itu beriman mereka itu dengan barang yang diturunkan kepada engkau dan barang yang diturunkan dahulu daripada engkau daripada Quran dan Taurat dan Injil
وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ ۚ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
Dan segala orang yan mendirikan sembahyang lima waktu dan segala yang memberi zakat dan segala yang beriman dengan Allah dan hari akhirat itu
أُولَٰئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا

Bermula segala mereka itu lagi kami beri akan mereka tu Pahala balasan besar-besar syurga

Ahad, 19 November 2017

An Nisa' - Ayat 160 & 161 Ms 202 Baris Ke 3 Dari Bawah

فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ
Maka dengan sebab zalim daripada segala yahudi itu telah kami haram atas mereka itu akan makanan yang lazat-lazat yang dihalal bagi mereka itu
وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ ۚ
Dan dengan sebab tegah mereka itu daripada agama Allah akan kebaikkan manusia dan mengambil mereka akan riba dan sungguh telah ditegah mereka itu daripadanya dan makan mereka itu akan harta manusia dengan batil tiada beridha-ridha
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Dan telah kami sediakan bagi segala yang kafir daripada mereka itu azab yang sangat sakit

Isnin, 13 November 2017

An Nisa' - Ayat 159 Ms 202 Baris ke 9 Dari Bawah

وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ
Dan tiada seorang daripada ahli kitab melainkan bahawa beriman ia dengan Nabi Isa bahawa Abdullah wa rasuluhu dahulu daripada matinya ketika lihat Malakul Maut masa tiada di manafaat iman
ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا

Dan hari kiamat adalah Isa atas mereka itu jadi saksi dengan barang yang diperbuat mereka itu ketika disuruh kepada mereka itu maka jadi saksi ia atas Yahudi dengan dusta dan Nasrani dengan ambilnya I’tiqad anak Allah

An Nisa' - Ayat 158 Ms Baris 202 Ke 12 Dari Bawah

بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ ۚ
Tetapi telah mengangkat akan dia Isa oleh Allah kepadaNya maka jadi ia “insiyan” “Malakiyan” “Ardiyan” “Samawiyan” erti Manusia Malaikat Bumi Langit
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mulia pada miliknya lagi amat hakim pada perbuatan

Selasa, 7 November 2017

An Nisa' - Ayat 156 & 157 Ms 201 - 202 Baris Paing Bawah

وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَىٰ مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ
Dan dengan sebab kufur mereka itu dan kata mereka itu Siti Mariam akan perkataan dusta yang besar tuduh berzina dan kata mereka itu bahawa telah kami bunuh Nabi Isa anak Mariam Rasulullah itu telah kami azabkan mereka itu dengan neraka
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ۚ
FirmanNya tiada membunuh mereka itu akan dia Nabi Isa dan tiada sula mereka itu akan dia dan tetapi diserupa bagi mereka itu yang dibunuh dan disula itu rupa Isa iaitu kawan mereka itu maka zon mereka itu Isa adapun Isa diangkat Allah pada langit yang kedua di pakai bulu dan nur dan dibuang lazat makan dan minum bersama-sama Malaikat
وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ ۚ
Dan bahawasa segala mereka yang bersalah-salahan mereka itu pada Isa itu sungguh pada syak daripadanya kata setengah mereka itu muka Isa tubuh bukan tubuh Isa ia bukan Isa dan kata yang lain dialah Isa
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ
Tiada bagi mereka itu dengannya ilmu ketahui yang dibunuh itu yakin Isa
إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ
Melainkan ikut sangka-sangka sahaja
وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا

Dan tiada membunuh mereka itu akan dia dengan yakin Isa tetapi sangka-sangka


An Nisa' - Ayat 155 Ms 201 Baris ke 8 Dari Bawah

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ ۚ
Maka dengan membinasa mereka itu akan janji mereka itu dan kufur mereka itu dengan segala ayat Allah Ta’ala dan membunuh mereka itu akan segala anbiya-anbiya dengan tiada Sebenar dan kata mereka itu bagi Nabi Muhammad hati kami tertutup itu telah kami laknatkan mereka itu daripada rahmat kami
بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Tetapi telah menutup Allah atas hati mereka itu dengan sebab kufur mereka itu maka tiada beriman mereka itu melainkan sedikit seperti Abdullah bin Salam dan sahabatnya

Isnin, 30 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 154 Ms 201 Baris Ke 8 Dari Atas

 وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ
Dan kami angkat atas kepala mereka itu bukit tursina
بِمِيثَاقِهِمْ
Dengan ambil perjanjian mereka itu
وَقُلْنَا لَهُمُ
Dan kami kata bagi mereka itu
ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا
Masuk oleh kamu akan pintu kampong baitul maqdis hal kamu sujud tunduk kepala
وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ
Dan kami kata bagi bagi mereka itu jangan kamu langgar hukum pada mengambil ikan hari sabtu yang ditegah
وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan kami ambil daripada mereka itu akan perjanjian yang kukuh

An Nisa' - Ayat 153 Ms 200 - 201 Baris ke 4 Dari Bawah

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ
Lagi meminta akan dikau Ya Muhammad oleh ahli kitab yahudi bahawa engkau turun atas mereka itu kitab daripada langit jumlah sekali turun seperti yang diturun atas Musa maka jika engkau membenar yang demikian itu
فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِكَ
Maka sungguh telah meminta mereka itu akan Musa yang terlebih besar daripada yang demikian lagi
فَقَالُوا
Maka kata mereka itu
أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً
Perlihat akan kami Allah itu terang-terang
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ
Maka mengambil akan mereka itu oleh lintar mati mereka itu dengan sebab zalim mereka itu pada permintaan yang tiada layak
ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ
Kemudian mengambil mereka itu akan ‘ijil buat tuhan akan disembah
مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ
Kemudian daripada barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan mukizat wahdaniah Allah
فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maka kami maafkan daripada yang demikian itu dan kami memberi akan Musa sultan kekuasaan yan nyata sekira-kira taat mereka itu akan suruhan dengan membunuh diri mereka itu tujuh puloh ribu pada satu hari taubat daripada sembah ‘ijil

An Nisa' - Ayat 152 Ms 200 Baris ke 9 Dari Bawah

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ أُولَٰئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ
Dan segala mereka yang beriman dengan Allah dan rasulNya dan tiada memfariq antara seorang daripada mereka itu bermula mereka itu lagi kami datang akan mereka itu akan segala Pahala amalan mereka itu iaitu syurga
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 151 Msa 200 Baris 12 Dari Atas

أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ
Bermula mereka itu merekalah yang kafir sekelian dengan Sebenar-benar
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Dan kami sedia bagi segala kafir itu akan azab yang sangat hina neraka