Khamis, 7 September 2017

An Nisa' - Ayat 124 Ms 193

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Dan barang siapa beramal suatu daripada segala amal yang soleh-soleh daripada laki-laki atau perempuan dan ia beriman dengan Allah dan rasul
فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
 Maka bermula segala mereka itu masuk mereka itu akan syurga dan tiada dizalimi mereka itu sebesar mata biji tamar



An Nisa' - Ayat 123 Ms 193

لَيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ
Tiada masuk syurga dan lepas neraka itu dengan angan-angan kamu hai muslimun dan tiada dengan angan-angan ahli kitab tetapi dengan iman dan amal yang soleh
مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ
Barang siapa yang mengerjakan kejahatan nescaya dibalas dengannya iman pada akhirat atau pada dunia dengan bala dan percubaan
وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Dan tiada dapat baginya daripada lain Allah itu wali dan tiada yang menolong

Selasa, 29 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 122 Ms 193

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
 Dan bermula segala mereka yang beriman dan beramal mereka iu akan amalan yang soleh-soleh itu lagi kami masukkan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawahnya oleh segala sungai
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
Hal kekal mereka itu pada dalamnya selama-lama
وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ
Hal janji Allah yang Sebenar
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

Dan tiada seorang yang terlebih benar daripada Allah Ta’ala perkataan

An Nisa' - Ayat 121 Ms 193

أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلَا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا

Bermula mereka itu tempat kembali mereka itu neraka jahannam tiada dapat mereka itu daripadanya berpaling kepada lain tempat 

Ahad, 20 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 120 Ms 192 - 193

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ
Mengwas was ia akan panjang umur mereka itu dan mencita-cita akan mereka itu dapat angan-angan pada dunia dan tiada jaza’ balasan akhirat
وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan tiada menjanji akan mereka itu oleh syaitan itu melainkan tipu daya jua

An Nisa' - Ayat 119 Ms 192

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ
Dan sungguh aku hendak sesat akan ereka itu daripada jalan yan Sebenar dan sungguh aku hendak panjang banyak anggan-angan mereka itu dengan panjang umur dan tiada bangkit kubur dan tiada hisab
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ
Dan sungguh aku hendak suruh mereka itu maka membelah mereka itu akan telinga naim yang diperbuat pada bahair unta beranak kelima betina dibelah telinga dilepas merdeka
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ
Dan sungguh aku hendak suruh mereka itu maka mengubah mereka itu akan kejadian Allah agamanya dengan kufur dan menghalal yang haram dan mengharam yang halal
وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Dan barang siapa yang ambil syaitan ikutan daripada lain Allah Ta’ala
فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا

Maka sungguh telah rugi ia akan sebagai rugi yang nyata kerana kembalinya kepada neraka yang muaabbad

An Nisa' - Ayat 118 Ms 192

لَعَنَهُ اللَّهُ ۘ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

Dan berkata ia syaitan sungguh aku hendak ambil daripada hamba engkau itu bahagian aku yang tetap aku seru mereka itu kepada taatkan aku iaitu Sembilan ratus Sembilan puluh Sembilan orang dalam seribu bagi syaitan masuk neraka seorang bai Allah masuk Syurga

Khamis, 17 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 117 Ms 192

إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا إِنَاثًا
Tiada disembah mereka itu kafir musyirikin daripada lain Allah itu melainkan betina
وَإِنْ يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَانًا مَرِيدًا

Dan tiada menyembah mereka itu melainkan syaitan yang sangat jahat telah dilaknat akan dia oleh Allah Ta’ala daripada rahmatNya

Rabu, 16 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 116 Ms 192

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
Bahawasanya Allah Ta’ala tiada mengampuni dosa bahawa disyirik denganNya dan mengampunia Ia barang yang lain demikian itu bagi mereka yang dikehendaki
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Dan barang siapa yang syirik dengan Allah Ta’ala maka sungguh telah sesat ia akan sebagai sesat yang jauh daripada yang Sebenar makna syirik I’tiqad yang lain daripada Allah boleh memberi sakit demam mati hidup seperti Allah Ta’ala jua.

Khamis, 10 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 115 Ms 191 - 192

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan bermula mereka yang menyalahi akan Rasulullah daripada kemudian barang yang nyata baginya hidayah dan mengikut ia akan lain jalan segala orang yang mukminin

نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ
Kami beri perintah akan dia barang yang ia pilih daripada dholalahnya pada dunia

وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ
Dan kami masuk akan dia neraka jahannam pada akhirat

وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan sejahat-jahat tempat kembali ia


Selasa, 8 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 114 Ms 191

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ
Tiada kebaikkan pada banyak bercakap-cakap mereka itu

إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ
Melainkan mereka yang menyuruh dengan sedekah atau berbuat kebajikan atau mendamai antara manusia yag berselisihan

وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan bermula mereka yang memperbuat yang demikian itu kerana menuntut keredhaaan Alah maka bagi kami beri akan dia Pahala yang besar ia itu Syurga

Rabu, 2 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 113 Ms 191

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ

Dan jika mengurniakan Allah Ta’ala atas engkau ya Muhammad dan rahmatNya dengan ‘ismah engkau nescaya bercita-cita satu toifah daripada mereka itu kaum To’mah bahawa menyesat mereka itu melainkan diri mereka itu jua

وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ
Dan tiada menyesat mereka itu melainkan diri mereka jua

وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ
Dan tiada mudharat mereka itu akan dikau suatu

وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Dan telah diturunkan Allah atas engkau itu akan kitab Quran dan hikmat

وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ
Dan mengajar ia akan dikau barang yang tiada engkau ketahui daripada segala hukum dan yang ghaib-ghaib

وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
Dan adalah kurnia Allah atas engkau itu sangat besar

An Nisa' - Ayat 112 Ms 191

وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan kesalahan dosa kecil atau dosa besar kemudian menuduh ia dengannya akan seorang yang lain atas daripadanya maka sungguh telah menanggung ia akan dusta dan dosa yang nyata

Selasa, 1 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 111 Ms 190- 191

وَمَنْ يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ

Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan dosa maka hanya usaha akan dia atas dirinya tiada atas orang lainnya

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatannNya

An Nisa' - Ayat 110 Ms 190

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


Dan bermula mereka yang mengerja kejahatan atau zalim dirinya kemudian taubat minta ampun akan Allah Ta’ala nescaya mendapat ia akan Allah Ta’ala Amat Mengampuni lagi Amat Rahim baginya

Isnin, 31 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 109 Ms 190

هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ جَادَلْتُمْ عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Bermula kamu hai segala mereka kamu lawan bantah ganti daripada mereka itu pada hidup dunia ini

فَمَنْ يُجَادِلُ اللَّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maka siapakah lawan bantah ganti mereka itu pada hari kiamat esok

أَمْ مَنْ يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا

Atau mereka yang ada atas mereka itu jadi wakil tiada seorang

Rabu, 26 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 108 Ms 190

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ
Sembunyi mereka itu daripada manusia dan tiada sembunyi mereka itu darpada Allah dan Ia serta mereka itu dengan ilmuNya
 إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ
Kerana cita-cita hati mereka itu barang yang tiada redha Allah darpada perkataan atas sumpah dusta To'mah kata tiada curi
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Dan adalah Allah Ta'ala dengan barang yang kamu kerjakan itu meliputi ilmu

Selasa, 25 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 107 Ms 190

وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ 
Dan jangan engkau lawan ganti daripada segala orang yang khianat akan diri mereka itu dengan mengerjakan maksiat 
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada kasih IA akan orang yang banyak khianat banyak dosa

Khamis, 20 Julai 2017

An Nisa' - Aya 106 Ms 190

وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan minta ampun olehmu akan Allah daripada cita-cita lawan ganti bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 105 Ms 189 - 190

Dan tatkala curi To’mah bin Abiraq akan baju rantai  dan sembunyi akan dia pada seorang Yahudi maka di dapati padanya dekat To’mah kirim dan bersumpah To’mah ia tiada curi maka minta kaumnya akan Nabi sollahu alaihi wasallam bahawa lawan daripada To’mah dan lepaskan dia maka turun

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Bahawasanya kami telah kami turun kepada engkau ya Muhammad akan kitab dengan Sebenar supaya engkau hukum antara manusia dengan barang yang mengajar akan dikau oleh Allah Ta’ala dan janan aada engkau bagi segala orang yang khianat itu lawan ganti