Ahad, 20 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 120 Ms 192 - 193

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ
Mengwas was ia akan panjang umur mereka itu dan mencita-cita akan mereka itu dapat angan-angan pada dunia dan tiada jaza’ balasan akhirat
وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan tiada menjanji akan mereka itu oleh syaitan itu melainkan tipu daya jua

An Nisa' - Ayat 119 Ms 192

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ
Dan sungguh aku hendak sesat akan ereka itu daripada jalan yan Sebenar dan sungguh aku hendak panjang banyak anggan-angan mereka itu dengan panjang umur dan tiada bangkit kubur dan tiada hisab
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ
Dan sungguh aku hendak suruh mereka itu maka membelah mereka itu akan telinga naim yang diperbuat pada bahair unta beranak kelima betina dibelah telinga dilepas merdeka
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ
Dan sungguh aku hendak suruh mereka itu maka mengubah mereka itu akan kejadian Allah agamanya dengan kufur dan menghalal yang haram dan mengharam yang halal
وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Dan barang siapa yang ambil syaitan ikutan daripada lain Allah Ta’ala
فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا

Maka sungguh telah rugi ia akan sebagai rugi yang nyata kerana kembalinya kepada neraka yang muaabbad

An Nisa' - Ayat 118 Ms 192

لَعَنَهُ اللَّهُ ۘ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

Dan berkata ia syaitan sungguh aku hendak ambil daripada hamba engkau itu bahagian aku yang tetap aku seru mereka itu kepada taatkan aku iaitu Sembilan ratus Sembilan puluh Sembilan orang dalam seribu bagi syaitan masuk neraka seorang bai Allah masuk Syurga

Khamis, 17 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 117 Ms 192

إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا إِنَاثًا
Tiada disembah mereka itu kafir musyirikin daripada lain Allah itu melainkan betina
وَإِنْ يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَانًا مَرِيدًا

Dan tiada menyembah mereka itu melainkan syaitan yang sangat jahat telah dilaknat akan dia oleh Allah Ta’ala daripada rahmatNya

Rabu, 16 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 116 Ms 192

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
Bahawasanya Allah Ta’ala tiada mengampuni dosa bahawa disyirik denganNya dan mengampunia Ia barang yang lain demikian itu bagi mereka yang dikehendaki
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Dan barang siapa yang syirik dengan Allah Ta’ala maka sungguh telah sesat ia akan sebagai sesat yang jauh daripada yang Sebenar makna syirik I’tiqad yang lain daripada Allah boleh memberi sakit demam mati hidup seperti Allah Ta’ala jua.

Khamis, 10 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 115 Ms 191 - 192

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan bermula mereka yang menyalahi akan Rasulullah daripada kemudian barang yang nyata baginya hidayah dan mengikut ia akan lain jalan segala orang yang mukminin

نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ
Kami beri perintah akan dia barang yang ia pilih daripada dholalahnya pada dunia

وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ
Dan kami masuk akan dia neraka jahannam pada akhirat

وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan sejahat-jahat tempat kembali ia


Selasa, 8 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 114 Ms 191

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ
Tiada kebaikkan pada banyak bercakap-cakap mereka itu

إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ
Melainkan mereka yang menyuruh dengan sedekah atau berbuat kebajikan atau mendamai antara manusia yag berselisihan

وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan bermula mereka yang memperbuat yang demikian itu kerana menuntut keredhaaan Alah maka bagi kami beri akan dia Pahala yang besar ia itu Syurga

Rabu, 2 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 113 Ms 191

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ

Dan jika mengurniakan Allah Ta’ala atas engkau ya Muhammad dan rahmatNya dengan ‘ismah engkau nescaya bercita-cita satu toifah daripada mereka itu kaum To’mah bahawa menyesat mereka itu melainkan diri mereka itu jua

وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ
Dan tiada menyesat mereka itu melainkan diri mereka jua

وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ
Dan tiada mudharat mereka itu akan dikau suatu

وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Dan telah diturunkan Allah atas engkau itu akan kitab Quran dan hikmat

وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ
Dan mengajar ia akan dikau barang yang tiada engkau ketahui daripada segala hukum dan yang ghaib-ghaib

وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
Dan adalah kurnia Allah atas engkau itu sangat besar

An Nisa' - Ayat 112 Ms 191

وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan kesalahan dosa kecil atau dosa besar kemudian menuduh ia dengannya akan seorang yang lain atas daripadanya maka sungguh telah menanggung ia akan dusta dan dosa yang nyata

Selasa, 1 Ogos 2017

An Nisa' - Ayat 111 Ms 190- 191

وَمَنْ يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ

Dan bermula mereka yang mengusaha ia akan dosa maka hanya usaha akan dia atas dirinya tiada atas orang lainnya

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatannNya

An Nisa' - Ayat 110 Ms 190

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


Dan bermula mereka yang mengerja kejahatan atau zalim dirinya kemudian taubat minta ampun akan Allah Ta’ala nescaya mendapat ia akan Allah Ta’ala Amat Mengampuni lagi Amat Rahim baginya

Isnin, 31 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 109 Ms 190

هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ جَادَلْتُمْ عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Bermula kamu hai segala mereka kamu lawan bantah ganti daripada mereka itu pada hidup dunia ini

فَمَنْ يُجَادِلُ اللَّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maka siapakah lawan bantah ganti mereka itu pada hari kiamat esok

أَمْ مَنْ يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا

Atau mereka yang ada atas mereka itu jadi wakil tiada seorang

Rabu, 26 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 108 Ms 190

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ
Sembunyi mereka itu daripada manusia dan tiada sembunyi mereka itu darpada Allah dan Ia serta mereka itu dengan ilmuNya
 إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ
Kerana cita-cita hati mereka itu barang yang tiada redha Allah darpada perkataan atas sumpah dusta To'mah kata tiada curi
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Dan adalah Allah Ta'ala dengan barang yang kamu kerjakan itu meliputi ilmu

Selasa, 25 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 107 Ms 190

وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ 
Dan jangan engkau lawan ganti daripada segala orang yang khianat akan diri mereka itu dengan mengerjakan maksiat 
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada kasih IA akan orang yang banyak khianat banyak dosa

Khamis, 20 Julai 2017

An Nisa' - Aya 106 Ms 190

وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan minta ampun olehmu akan Allah daripada cita-cita lawan ganti bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 105 Ms 189 - 190

Dan tatkala curi To’mah bin Abiraq akan baju rantai  dan sembunyi akan dia pada seorang Yahudi maka di dapati padanya dekat To’mah kirim dan bersumpah To’mah ia tiada curi maka minta kaumnya akan Nabi sollahu alaihi wasallam bahawa lawan daripada To’mah dan lepaskan dia maka turun

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Bahawasanya kami telah kami turun kepada engkau ya Muhammad akan kitab dengan Sebenar supaya engkau hukum antara manusia dengan barang yang mengajar akan dikau oleh Allah Ta’ala dan janan aada engkau bagi segala orang yang khianat itu lawan ganti

Rabu, 19 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 104 Ms 189

dan turun tatkala menyuruh Nabi solllahu alahi wasallam satu toifah pada ikut Abi Sufian dan sahabatnya pada ketika kembali mereka daripada Uhud maka mengadu hal mereka itu akan banyak kena luka

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
Dan jangan kamu dhaif pada ikut kaum kafir kamu bunuh akan mereka itu

إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
Jika ada kamu sakit maka bahawasa mereka itupun sakit seperti barang yang kamu sakit juga dan kamu ada harap daripada Allah Ta’ala barang yang mereka itu tiada harap daripada Syurga dan ampun dosa maka sayugia bahawa kamu terlebih gemar daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatanNya 

An Nisa' - Ayat 103 Ms 189

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
Maka apabila selesai kamu akan sembahyang maka hendaklah kamu sebut akan Allah banyak-banyak pada berdiri dan duduk dan berbaring atas lambung kamu arti tiap-tiap kelakuan

فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
Maka apabila aman kamu maka diri oleh kamu akan sembahyang dengan segala haknya

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bahawasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang mukminin fardhu yang di waktu maka tiada dita’khir daripadanya, 

Isnin, 17 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 102 Ms 188 - 189


وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
Dan apabila ada engkau ya Muhammad pada mereka itu maka engkau diri bagi mereka itu akan sembahyang pada dalam peperangan

فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ
Maka hendaklah berdiri satu toifah daripada mereka itu serta engkau sembahyang dan ta’khir satu toifah berhadapan seteru

وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ
Dan hendaklah memegag mereka itu akan senjata-senjata mereka itu

فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ
Maka apabila sujud mereka itu maka hendaklah mereka itu toifah yang lain daripada belakang kamu memelihara hingga selesai sembahyang

وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ
Dan hendaklah dating toifah yang lain yang belum sembahyang itu maka hendaklah sembahyang mereka itu serta engkau

وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ
Dan hendaklah mengambil mereka itu akan peliharaan mereka itu dan senjata mereka itu hingga selesai sembahyang dan sungguhn telah mengerjakan Sollahu alaihi wasallam yang demikian itu dengan tempat nama batin nakhli

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ
Telah bercita-cit oleh segala orang kafir  bahawa kamu lalai daipada senjata kamu dan mata benda kamu

فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ
Maka timpa mereka itu atas kamu sekali timpa inilah ilah suruh pegang senjata

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ
Dan tiada maaf atas kamu jika ada dengan kamu itu penyakit daripada hujan atau ada kamu itu kesakitan bahawa kamu leta senjata kamu tiada pegang

وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ
Dan ambil oleh kamu akan peliharaan kamu daripada seteru kamu barang sekuasa-kuasa

إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Bahawasa Allah Ta’ala telah sedia bagi segala kafir akan azab yang hina
https://www.youtube.com/watch?v=g-Y-H4Fywe4
Cara2 Solat Khauf.... 

An Nisa' - Ayat 101 Ms 188

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
Dan apabila kamu musafir pada bumi maka tiada mengapa atas kamu bahawa kamu kembali sembahyang yang empat rakaat kepada dua rakaat

إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Jika kamu takut bahawa fitnah akan kamu oleh segala orang kafir iaitu musafir perjalanan empat puluh lapan mil dua marhalah perjalanan empat berada pada Mazhab As Syafie enam pada Hanafi

إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا

Bahawasa segala kafir itu adalah mereka itu bagi kamu seteru yang nyata sembahyang syiddatul Khauf