Selasa, 4 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 54 Ms 173

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
Tetapi adakah hasad mereka itu akan manusia Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam atas barang yang didatang mereka itu oleh Allah Ta’ala daripada kurnia jadi nubuwwah dan banyak isteri arti bercita-cita mereka itu akan hilangnya daripada Nabi dan kata mereka itu jika ada ia Nabi nescaya membimbing ia daripada perempuan
فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Maka sungguh telah kami datang akan anak cucu toknya Nabi Ibrahim itu akan kitab nubuwwah seperti Musa dan Daud dan Sulaiman
وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكًا عَظِيمًا
Dan kami beri akan mereka itu kerajaan yang besar maka adalah bagi Daud Sulaiman sembilan puluh sembilan isteri dan bagi Sulaiman seribu antaramerdeka tiga ratus gundik tujuh ratus


Isnin, 3 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 53 Ms 173

أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ
Tetapi adakah bagi mereka tu Yahudi bahaginya daripada jadi raja arti tiada bagi mereka itu satu daripadanya
فَإِذًا لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا

Maka ketika itu tiada diberi mereka itu akan manusia sebesar naqir mata biji tamarpun daripada injil mereka itu

Khamis, 29 September 2016

An Nisa' - Ayat 52 Ms 172 - 173

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ
Bermula mereka itu segala merek yang telah dilaknat akan mereka oleh Allah Ta’ala
وَمَنْ يَلْعَنِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا
Dan barang siapa yang dilaknat akan dia oleh Allah Ta’ala tiadalah engkau dapat baginya pertolongan yang menegahnya daripada azabNya


Isnin, 26 September 2016

An Nisa' - Ayat 51 Ms 172

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ
Tiadakah engkau lihat Ya Muhammad kepada segala mereka yang diberi bahagian daripada kitab Taurah beriman mereka itu dengan dua berhala yang nama jibti dan thoghut dengan sujud bagi keduanya
وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
Dan kata mereka itu bagi segala kafir Mekah Abi Sufian dan segala sahabatnya ketika kata mereka itu baginya kamilah terlebih betul jalan kerana kami perintah Baitillah dan kami beri minum orang haji dan kami mulia akan jamuan makkah dan kami tolong lepas orang kena tawan dan kami perbuat atau Muhammad dan sungguh menyalahi ia akan agama bapa-apa dan memutus Rahim dan tinggal tanah haram
هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا
Kamu itu terlebih betul daripada segala orang mukminin itu jalan

Ahad, 25 September 2016

An Nisa' - Ayat 50 Ms 172

انْظُرْ كَيْفَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ
Lihat olehmu betapa memperbuat mereka itu atas Allah Taala akan dusta dengan yang demikian itu
وَكَفَىٰ بِهِ إِثْمًا مُبِينًا
Dan memadalah dengannya dosa yang nyata dan turun pada Ka’ab ibni Al Asyraf dan tujuh puloh daripada yahudi sertanya tatkala datang mereka itu ke Mekah dan dilihat segala yang mati perang badar dan menyuruh mereka itu akan musyrikin Mekah dengan ambil balu ia dan perang Nabi sollahu alahi wasallam dan membatal mereka itu perjanjian dengan Nabi.

Rabu, 21 September 2016

An Nisa' - Ayat 49 Ms 172

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ
Tiadakah engkau ihat ya Muhammad keapda segala mereka yang suci mereka itu akan diri mereka itu iaitu yahudi sekira-kira berkata mereka itu
نحنُ أبناءُ الله أحبائه
Kami ini segala anak-anak Allah dan kekasihnya erti tiada kerajaan itu dengan tazkiah puji diri mereka itu
بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ
Tetapi Allah ta’ala itu yang mentazkiah mereka yang dikehendaki dengan iman
وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Dan tiada zalim mereka itu sebenar urat yang di biji tamarpun

An Nisa' - Ayat 48 Ms 171 - 172

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
Bahawasa Allah Ta’ala itu tiada ampun Ia dosa bahawa disyirik denganNya dan ampun Ia barang yang lain yang demikian itu daripada segala dosa bagi mereka yang dikehendaki ampun dengan dimasuk akan dia syurga dengan tiada azab dan mereka yang dikehendaki diazabkan dia daripada segala mukminin dengan dosa kemudian memasuk akan dia jannah syurga
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Dan barang siapa yang syirik dengan Allah maka sungguh telah mengerja ia akan dosa yang besar-besar 

Isnin, 19 September 2016

An Nisa' - Ayat 47 Ms 171

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
Hai segala mereka yang diberi akan kitab Taurat
آمِنُوا بِمَا نَزَّلْنَا
Beriman oleh kamu dengan barang yang telah Kami turunkan daripada Quran
مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ
Jalan membenar Ia bagi barang yang erta kmu daipada Taurat
مِنْ قَبْلِ أَنْ نَطْمِسَ وُجُوهًا فَنَرُدَّهَا عَلَىٰ أَدْبَارِهَا
Dahulu daripada  bahawa Kami hapus muka barang yang padanya daripada mata dan hidung dan kening maka kami kembali akan dia atas belakangnya maka kami jadikan dia seperti pengukuk papan sekeping
أَوْ نَلْعَنَهُمْ كَمَا لَعَنَّا أَصْحَابَ السَّبْتِ ۚ
Atau kami laknat mereka itu dengan dengan mansukh jadi kera beruk seperti barang yang kami laknat segala orang yang mempunyai hari sabtu ambil ikan dengan mansukh mereka itu jadi kera
وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولًا

Dan adalah qoda’ Allah ta’ala itu perbuat akan dia dan tatkala turun ini Islam Abdullah bin Salam ketika ia balik daripada Sham dahulu daripada dating kepada ahlinya maka kata qil ia itu wai’d janji dengan syarat maka tatkala Islam setengah mereka itu di angkat dan kata qil adalah thumis atau mansukh itu dahulu sedikit daripada berdiri qiyamat

Rabu, 7 September 2016

An Nisa' - Ayat 46 Ms 170 - 171

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ
Setengah daripada segala yahudi itu mengubah mereka itu akan kalimah yang diturunkan Allah dalam taurah daripada sifat Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam اسمر      putih merah ربعة  sederhana tubuh جعد الشعر ikal rambut   أكحل العين bercelak mata daripada tempatnya dengan dam دم       طوال tinggi سب الشعر terdahlu rambut أزرق العين mata biru
وَيَقُولُونَ
Dan berkata mereka itu bagi Nabi apabila suruh ia akan mereka itu dengan suatu
سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا
Telah kami dengan perkataan engkau dan kami derhaka akan suruh engkau
وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ
Dan perdengar olehmu tiada dengan dan kata mereka itu
وَرَاعِنَا
Dan sungguh ditegah daripada khitab dengannya dan iaitu kalimah maki lughah mereka itu
لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ
Memaling dengan lidah mereka itu
وَطَعْنًا فِي الدِّينِ ۚ
Dan mengkeji pada agama Islam
وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا
Dan jika bahawa mereka itu berkata mereka itu
سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
Telah dengar kami dan taat kami ganti وَعَصَيْنَا dan kata
وَاسْمَعْ
Sahaja jangan kata غَيْرَ مُسْمَعٍ dan kata
وَانْظُرْنَا
Dan kata nanti kami ganti رَاعِنَا itu
لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ
Nescaya adalah terlebih baik bagi mereka itu dan terlebih adil daripada perkataan mereka itu
وَلَٰكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ
Dan tetapi telah dilaknat akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dariapda rahmatnya dengan sebab kufur mereka itu
فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا
Maka tiada beriman mereka itu dengan Allah melainkan sedikit daripada mereka itu seperti Abdllah bin Salam dan segala sahabatnya dan ka’ab bin Al Ahbar

Selasa, 6 September 2016

An Nisa' - Ayat 45 Ms 170

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ ۚ
Dan Allah Ta’ala terlebih mengetahui dengan segala seteru daripada kamu maka mengkhabar Ia akan kamu dengan mereka itu supaya kamu jauh daripada mereka itu
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا

Dan memadai dengan Allah Ta’ala itu wali yang memelihara kamu daripada mereka itu dan memada Ia dengan Allah Ta’ala itu yang menolong menegah kamu daripada tipu merekka itu

Isnin, 5 September 2016

An Nisa' - Ayat 44 Ms 170

 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ
Tiadakah engkau lihat Ya Muhammad kepada segala mereka yang diberi akan bahagian daripada kitab iaitu yahudi
يَشْتَرُونَ الضَّلَالَةَ
Membeli mereka itu akan dholalah dengan tukar hidayah
وَيُرِيدُونَ أَنْ تَضِلُّوا السَّبِيلَ
Dan menghendaki mereka itu bahawa menyesat akan kamu jalan agama yang sebenar supaya kamu semacam mereka itu


Ahad, 4 September 2016

An Nisa' - Ayat 43 Ms 169 - 170

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ
Hai segala orang yang beriman jangan kamu hampir akan sembahyang dan kamu itu banyak daripada minuman yang memabukkan kerana sebab turun ini sembahyang jamaah daripada sahabat ketika mabuk
 حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Hingga kamu ketahui barang yang kamu baca dengan bahawa sembuhnya kamu daripada mabuk
وَلَا جُنُبًا
Dan tiada disembunyi dengan junub
إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ
Melainkan orang yang musafir dengan tayammum hngga kamu mandi junub maka harus kamu sembahyang dan kata qil dikehendaki menghampir tempat sembahyang masuk masjid melainkan lalu sahaja dengan istisna’ musafir itu kerana baginya hukum asing iaitu
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
dan jika ada kamu itu sakit tiada boleh kena air atau msafir dan kamu junub atau berhadas atau datang seorang daripada kamu itu daripada hadas atau kamu menyentuh akan perempuan yang bkan mahram yang ada keinginan dan pada Ibnu Abbas iaitu jima’ maka kamu tiada dapat air bersuci dengannya bagi sembahyang kemudian daripada sentuh
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
Maka hendaklah tayammum kamu akan tanah yang suci maka tepuk kamu dua kali akan akan tanah debu dengan dua tangan kamu
فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ
Maka sapu oleh kamu dengan segala muka kamu dan tangan kamu hingga dua siku
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu ada Ia Amat Memaaf lagi Mengampuni

Rabu, 31 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 42 Ms 168

يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَعَصَوُا الرَّسُولَ لَوْ تُسَوَّىٰ بِهِمُ الْأَرْضُ
Pada hari itu bercita-cita oleh segala orang kafir dan orang derhaka akan Rasul itu bahawa ada sama dengan mereka itu bumi arti jadi tanah daripada besar huru haranya
وَلَا يَكْتُمُونَ اللَّهَ حَدِيثًا
Dan tiada boleh bersembunyi mereka itu akan Allah akan citra barang yang dikerja

Isnin, 29 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 41 Ms 169

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا


Maka betapa hal orang kafir apabila kami dating daripada tiap-tiap umat itu dengan saksi iaitu nabinya naik saksi atas umatnya dengan amalannya dan kami bawa dating dengan engkau ya Muhammad atas mereka itu sekeliam umat jadi saksi


Tambahan 
Hadis berkaitan....

(حديث مرفوع) قَالَ : وَذَكَرَ سُفْيَانُ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ عُبَيْدَةَ السَّلْمَانِيِّ ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اقْرَأْ " . قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ الْقُرْآنُ . قَالَ : " نَعَمْ " . قَالَ : فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى إِذَا انْتَهَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ : فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاءِ شَهِيدًا سورة النساء آية 41 . قَالَ : " حَسْبُكَ الآنَ " . فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

An Nisa' - Ayat 40 Ms 169

Hasil carian imej untuk ‫في سنبله مائة حبة‬‎
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ
Bahawasa Allah itu tiada zalim akan seorang seberat zarrah sekalipun semut kecil dengan kurang daripada segala kebajikan atau melibat pada kejahatan
وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا
Dan jika ada seberat zarrah itu kebajikan nescaya menggganda Ia akan dia pahala daripada sepuluh hingga tujuh ratus
وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan mengurnia Ia daripada sisiNya akan pahala yang besar tiada kuasa akan dia oleh seorang

Khamis, 25 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 39 Ms 169

وَمَاذَا عَلَيْهِمْ لَوْ آمَنُوا بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقَهُمُ اللَّهُ ۚ
Dan tiada satu mudharat atas mereka itu jika beriman mereka itu dengan Allah semata dan hari yang akhir dan manafaat mereka itu daripada barang yang direzeki akan mereka itu oleh Allah Ta’ala arti tiada satu mudharat atas mereka itu dan yang mudharat itu pada barang mereka itu atasnya
وَكَانَ اللَّهُ بِهِمْ عَلِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala dengan mereka itu amat mengetahui maka mambalas Ia dengan amalan mereka itu baik atau jahat

Rabu, 24 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 38 Ms 168 - 169

وَالَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ ۗ
Dan segala mereka yang menafkah akan segala harta-harta mereka itu kerana riya’ beri lihat manusia mukmin kerana Allah Ta’ala dan tiada beriman mereka itu dengan Allah dan tiada beriman dengan hari kiamat itu bagi mereka itu azab yang sangat seperti segala orang munafiqin dan kafir Mekah
وَمَنْ يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاءَ قَرِينًا

Dan bermula mereka yang ada syaitan baginya kerana ikut suruhannya itu maka sejahat-jahat kawan sahabat pada ia

Isnin, 15 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 37 Ms 168

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
Segala mereka yang bakhil dengan barang yang wajib atasnya mereka itu dan menyuruh akan manusia dengan bakhil pula dan sembunyi mereka itu akan barang yang memberi akan mereka itu oleh Allah Ta’ala daripada kurnianya daripada ilmu dan zakat harta itu bagi mereka itu azab yang sangat nyata yahudi
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا
Dan kami sedia bagi segala orang kafir ini akan azab yang hina


Ahad, 14 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 36 Ms 168

۞ وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
Dan sembah oleh kamu akan Allah sanya dan jangan kamu syirik denganNya akan sesuatu
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Dan dengan kedua ibubapa itu berbuat baik dan lemah lembut
وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ
Dan berbuat baik dengan orang yang empunya kerabat dan anak yatim dan segala miskin dan jiran empunyat kerabat
 وَالْجَارِ الْجُنُبِ
Dan jiran yang jauh bukan kerabat
وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
Dan kawan dengan tepi rusuk iaitu isteri atau kawan musafir
وَابْنِ السَّبِيلِ
Dan orang musafir
وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ
Dan barang yang yang milik oleh tangan kamu daripada segala hamba
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Bahawasa Allah Ta’ala tiada kasih akan mereka yang ada takabbur lagi bermegah-megah sombong dengan pemberian Allah Ta’ala

Khamis, 11 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 35 Ms 168

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا
Dan jika kamu takut akan bersalahan kedua laki isteri
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا
Maka angkat oleh kamu seorang hakim daripada ahli suami dan seorang daripada ahli isteri dengan redha keduanya dan wakil suami akan hakimnya pada talaq dan diterima tebusan dan isteri wakil pada hakimnya pada khulu’ dan bayar tebusan maka ijtihad kedua pada buat mslihat daripada sulhu atau cerai
إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ
Jika menghendaki kedua hakim akan sulhu nescaya memberi taufiq Allah Ta’ala antar keduanya daripada sulhu atau cerai
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan yang Amat mengetahui yang azhir lagi mengetahu yang batin